Suasana Baru

2.5K 126 24
                                    

"Oklah Ali, Uncle dengan Ejen Karya nak kena pergi jumpa mentor lain. Kau jalan² lah dengan yang lain," mereka berdua pun meninggalkan Ali dan Alicia.

Tiba² Jet datang ke arah mereka dengan senyuman sinis. "Hey korang, tengok, pembelot M.A.T.A dah sampai. Tah apa dia buat kat sini" Jet mengejek Ali.

Roza menyambung "Entah, dah belot berani lagi nak tunjuk muka kat sini. Entah² datang jadi pengintip musuh!" Iman, Khai, Moon dan Alicia pun melindungi Ali.

"Korang ni, tak baik cakap macam tu tau. Ali ni kan kawan kita" Iman menasihati mereka. "Bukannya apa Iman, tapi Ali yang bantu musuh untuk jadi kuat. Nasib baik Dato' Othman selamat" Mika menyampuk.

"Entah dia, kalau bukan sebab dia yang kalahkan musuh kita haritu, mesti dah kena buang dari M.A.T.A" kata² mereka membuatkan Ali berasa sedih dan kecewa.

"Takpe Ali, jangan dengar cakap diaorang tu. Dah jom kitaorang bawak kau dengan Alicia pusing² tengok Akademi" Khai senyum manis.

"Aah Ali, Akademi baru ni best gila! Power² tempat dia" Moon melompat dengan riang.
Ali tersenyum dengan gelagat mereka. Sekurang kurangnya, dia masih ada kawan² yang percaya dengannya.

Alicia memegang bahu Ali tanda simpati sebelum berjalan mengikuti Khai, Moon dan Iman. Betul apa yang dikata Moon, Akademi baru ni memang jauh lebih canggih dan cantik daripada Akademi lama walaupun dari luaran, tak jauh bezanya.

Sedang seronok berkeliling, satu pengumuman bergema di seluruh Akademi. "Perhatian kepada Ali, sila datang ke briefing room sekarang" Ali memandang ke arah kawan² nya dan menganguk.

"Tapi ko tau ke mana briefing room? Kalau tak sini aku teman kau pergi sana" Khai menawarkan bantuan.

"Oh a'ah lah aku terlupa ni Akademi baru, hehe. Thanks Khai, kau memang Naisu" Ali dan Khai pun berjalan menuju ke briefing room.

"Ha ni lah dia, oklah kau masuk, aku tunggu kat luar." Ali pun masuk ke dalam briefing room dan bertemu dengan Hologram dua ketua teras dan general.

"Hai, Ali. Bagaimana dengan Akademi baru?" Ketua teras yang berteraskan Tekno memulakan percakapan.

"Best! Tapi saya pakai gasing Ejen Aliya untuk berlatih nanti. Yang tinggal kasut Aero Boots dan skuter je. Yoyo saya dah hancur, Nikki tendang." Ali merespon

"Itu pun kesilapan kamu juga! Siapa suruh memandai mandai bantu orang yang kamu belum kenal betul²" Marah Ejen Ganz, ketua teras kombat.

"Sudah Ganz. Tolong kawal emosi, ini hari pertama dia kat Akademi baru. Ali, itu sebab nya kami panggil kamu datang ke sini. General" Ejen Dayang memandang ke arah General Rama.

"Baik, ini yoyo baru kamu yang dicipta khas oleh Ejen Dayang dan telah diupgrade dengan beberapa kegunaan baru. Kami harap kamu menggunakan yoyo ini dengan baik dan berlatih dengan bersungguh sungguh. Kami memohon maaf kerana tidak memberitahu kamu tentang Ejen Aliya" Keluar sebuah bekas yang menyimpan Yoyo baru Ali

"Terima kasih General, Ejen Dayang dan Ejen Ganz. Saya akan berusaha untuk menjadi seperti Ejen Aliya walaupun tanpa menggunakan I.R.I.S. Terima kasih juga kerana tidak buang saya dari M.A.T.A walaupun kesalahan saya layak dihukum mati. Saya janji, saya takkan hampakan kamu semua."

Ketiga - tiga orang yang berada di hadapan Ali tersenyum termasuklah si rambut afro, Ejen Ganz. "Baiklah, kamu boleh bersurai"

Ali keluar dengan senyum lebar sampai membuatkan Khai tertanya tanya. "Camne kat dalam tadi, korang cakap pasal apa sampai ko senyum mengalahkan Joker?" Khai gelak.

"Aku dah dapat yoyo baru ketua teras tekno buat khas. Tak sangka ketua teras tetap terima aku dalam M.A.T.A lagi."

"Untung lah kawan aku seorang ni. Ketua teras pun pandang kau. Prestasi kau makin meningkat, siap kalahkan musuh kita seorang² lagi. Naisu lah kau"

Ali pun gelak mendengar kata² Khai dan berterima kasih kepadanya sebab selalu dengan  Ali. Murid Akademi lain yang mendengar perbualan mereka bertambah cemburu kecuali Iman, Moon, Alicia, Bulat dan Zass yang bertambah bangga dengan Ali.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now