Part 3

161 15 7
                                    

💕Annyeonghaseyo!!!😆 Hihihi..aku tak boleh stop tulis FF..lepas published..aku terus buat part baru😉 maafkan aku kalau ada typo dalam part ini..okay!! Selamat membaca!!💞❄

[Jimin POV]

Aku berjalan sekitar taman permainan yang tiada sesiapa..maklumlah..hujan..inilah tempat melepak kitorang bertiga..dan tempat dimana aku berjumpa dengan y/n buat kali pertama masa aku budak kecil..

[Flashback]

Aku bermain gelongsor tanpa henti..tiba-tiba aku terdengar suara budak perempuan menangis "Siapa pulak yang menangis petang-petang ni?" aku melangkah ke arah suara tangisan itu.. "Hey! Kenapa awak nangis ni?" terlihat seorang budak perempuan menangis..

"A-aisk-rim saya j-jatuh.." dia tunjuk ke bawah yang terlihat aiskrim perisa strawberry mencair di atas permukaan tanah "Takpe..saya ganti yang baru..jom ikut saya pergi kedai..bahaya tinggalkan awak kat sini sorang2.." aku hulurkan tangan supaya dia bangun..dia memegang tanganku dan kami menuju ke kedai ais krim..

"Awak nak perisa apa?" aku tanya.. "Strawberry!!" dia cakap dengan teruja dan senyum.. 'Wah..comelnya budak ni..' aku pon mengangguk "Abang! 1 aiskrim strawberry dan 1 aiskrim mint chocolate okay?"

•Lepas beli aiskrim•

Kami berdua duduk di bangku yang tersedia di taman permainan ni..aku pandang budak perempuan tu.. 'Makan pon comel..hihihi' aku cakap dalam hati.. dan budak tu pandang aku "Terima kasih sebab belanja saya aiskrim!" dia mempamerkan senyuman yang cukup indah..

"Takder apalah..nama awak apa?? Saya Park Jimin..panggil jer Jimin.." aku perkenalkan diri aku.. "Nama saya Kang Y/N..panggil saya Y/N" dia menghulurkan tangan dia..

[End of Flashback]

[Jimin POV]

Hujan sudah berhenti..aku duduk salah satu bangku..dan melihat sekeliling.. "J-jimin!?" suara seorang gadis yang cukup aku kenal menyapa aku "Hey Jieun!!" dia terus peluk aku

"Wey!! Asal kau tak bagitahu aku yang kau dah balik pendek!?" dia pukul dada aku sambil menangis "Aku baru nak call kau..tapi kau dah datang.." aku cakap sambil usap belakang dia..dia nangis siot.."Kau tahu tak aku rindu gilerr kat kau!!? Dahlah kau tak reply mesej aku pastu tak jawab call aku..aku ingat tak dapat jumpa kau lagi.." dia membebel..

"Kau pon tahukan aku pergi sebab apa..shhh..dah..aku dah balik dah pon..jangan nangis..hodoh muka kau bila nangi- Eeee!!! Hinguss!! woiii baju aku!!" penampakan cecair berlendir berwarna kuning pekat yang melekat pada jaket aku.. "Kau memangkan..setiap kali nangis hingus kau keluar dulu..bukan sikit2 banyak bodoh!!" aku jarakkan muka aku dari jaket yang sudah terkena hingus Jieun..bestie durjana ni

"Sorry...aku nak ubah tapi tak boleh😂" dia tersengih.. 'Nasib kau kawan aku' aku bercakap dalam hati

[Y/N POV]

Aku masih di tepi tingkap..memandang kawasan perumahan yang sederhana.. "Bosan~" aku mengeluh..aku tutup tingkap dan keluar bilik..

Aku turun ke tingkat bawah..dan menuju ke ruang tamu "kooki-" percakapan aku terbantut bila aku terlihat tiada siapa di situ.. 'Mana dia ni? cuba cari kat dapur..dia selalu melantak jer' sebaik sahaja aku masuk dapur..tapi masih tiada kehadiran dia..

[C] My Cheater Boyfriend || JJK FanficWhere stories live. Discover now