Aku mengangguk.

"Entahlah, selepas dia kena tangkap, Jason yang uruskan. Tapi aku rasa kalau Jason yang urusan, mana mungkin dia selambar polis," teka Ian.

Aku hanya diam tidak mengatakan apa-apa lagi. Selepas Ian menceritakan kisah bagaimana perempuan itu kena tangkap ketika aku koma dulu, aku agak terkejut.

Rupanya ahli keluarga aku mahu mempercayai kata Jason selepas Ian memperkenalkan orang itu. Sejujurnya aku tidak menjangka semua ini. Aku fikirkan keluarga aku akan tetap membela wanita itu, tapi nampaknya tidak.

Mereka setuju untuk menangkap dia dan tidak langsung memberi kesian seperti yang selalu dilakukan mereka selama ini.

Pada awalnya aku agak iri hati tidak dapat bersama disituasi itu kerana aku sendiri mahu melihat muka kalahnya wanita itu. Semua perbuatan wanita itu memang tidak boleh dimaafkan dan kalau boleh aku sendiri mahu menghukumnya.

"Kau tahu ke yang Emerline dapat ambil alih badan kau hari tu?" Aku memandang ke arah Ian yang menyoal kepada aku.

Kepala aku dianggukkan, "tapi waktu tu aku dah tak dapat halang dia."

Aku masih ingat lagi kejadian ketika aku cuba mencederakan diri aku sendiri pada hari aku bergaduh dengan Beth. Malam itu aku terada sungguh tertekan sehingga Emerline dapat mengambil alih badan aku.

Awalnya aku cuba menghalang tetapi akhirnya aku kalah. Aku tidak tahu apa yang telah dia lakukan selama dia mengambil alih badan aku itu, tapi aku dapat rasa dia ada berbuat sesuatu pada keluarga aku.

"Jadi sekarang Emerline sudah tenang ke?"

"Aku tak tahu."

Ian hanya mengeluh pasrah. Aku tahu dia risau tapi rasanya dia tidak perlu risaukan aku sampai begitu. Ini adalah masalah aku bukan dia. Jadi buat apa dia mahu risaukan masalah aku ini.

"Ian, aku rasa kau tak perlulah risaukan aku. Ini masalah aku bukan kau," ujar aku.

Air muka Ian yang risau tadi tiba-tiba sahaja berubah marah. Matanya memandang tepat ke arah aku. Aku ada salah cakap ke?

"Rechel, aku tak suka kau cakap macam tu. Aku dah kawan dengan kau sudah lama dan aku dah tahu segalanya. Jadi kenapa aku tak boleh risaukan kau? Apa guna aku sebagai kawan kau kalau aku tak tolong kau? Ke kau fikir aku ni hanya menyusahkan kau?" nadanya seakan kecewa dengan kata aku tadi.

Bukan maksud aku mengatakan bahawa dia menyusahkan aku malah kini aku yang berasa menyusahkan dia.

Dia sudah banyak menolong aku hadapi semua ini tapi aku tidak pernah dapat menolong dia dalam masalah dia. Aku hanya tidak mahu membebani dia sahaja.

"Aku memang berterima kasih sebab kau mahu tolong aku tapi aku rasa, aku ni hanya akan menyusahkan kau."

"Kau tak pernah menyusahkan aku. Aku tolong kau sebab aku mahu. Kau kawan aku dan aku tak nak kehilangan kau," suaranya mula melembut.

Aku tersenyum nipis mendengar jawapan itu. Ada kawan seperti Ian ini memang seronok ya. Dia sanggup korbankan diri untuk jaga aku yang tidak tahu bila akan pergi.

Kalau dia tahu apa yang difikirkan oleh aku di dalam kepala ini, adakah dia masih mahu menjadikan aku kawan dia? Ataupun hanya akan menambahkan risaunya.

Aku tidak tahu.

Apa yang difikirkan lelaki ini juga aku tak dapat baca, apatah lagi jawapan yang dia akan keluarkan tentang soalan tadi.

"Rechel, boleh tak kau janji untuk sentiasa jujur dengan aku?"

Sedikit terkejut aku mendengar permintaan itu. Tangan aku menggenggam kuat kain selimut katil ini sambil aku mengetap bibir ini. Otak aku pula masih berfikir akan jawapan yang patut aku keluarkan.

"Aku akan cuba, tapi aku tak janji," balas aku. Aku masih tidak tahu jawapan sebenar.

Nak tanya, korang nak tak kalau aku buat funfact tentang cerita ini

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Nak tanya, korang nak tak kalau aku buat funfact tentang cerita ini. Dekat sana aku akan beritahu apa yang aku tak pernah mention dalam karya ini.

Silent Melody [✔️]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin