Tok! Tok!Niat Cello ingin menyua meggi ke dalam mulut segera terbantut. Bersama muncung sedepa, lelaki itu melangkah laju menguak pintu dorm dengan kasar.
"Cello, Ukai ada dekat dalam?" Soal Leman tanpa salam.
"Apa kau ni? Ukai takde dekat sini la." Balasnya laju.
"Dari petang tadi, dia tak balik dorm." Terang Leman risau.
"Man, Ukai tak balik lagi?" Soal Syam berdiri di sebelah Cello tiba-tiba.
"Belum" Balas Leman laju.
Qalra memasang telinga tanpa suara. Perbualan tiga lelaki di muka pintu itu seakan menarik dirinya untuk melihat.
Ting!
(1) mesej form 017*******
Private Number : Kalau kau nak kawan kau ni hidup! Datang Bilik Renang sekarang.
Private Number : (Imej)
Tubuh lemah Ukai diikat pada sebuah kerusi mula menjengah di pandangannya.
'Shit!'
Tanpa berfikir panjang. Jaket segera disarungkan pada tubuh dengan kasar, sejurus menapak keluar dengan laju.
Perbualan tiga jejaka di muka pintu itu dilimpasi tanpa pamit.
"Qal! Kau nak pergi mana?" Soal Cello beriak pelik.
"Aku ada hal." Balasnya mendatar seraya meneruskan langkah dengan laju.
Adabi Letto Pov
Meggi cup di atas meja disuakan ke dalam mulut dengan perlahan. Macbook yang memaparkan kawasan Sekolah di hadapannya di pandang sekilas.
"Uhuk! Uhuk!...Qal?"
Susuk tubuh Qalra berlari laju ke dalam bilik renang membuatkan suapannya terhenti.
Malas semakkan otak. Jari digerakkan lincah di atas keyboard sebelum paparan Cctv bilik renang mula terpampang.
"Ukai?" Soalnya beriak terkejut.
Tanpa berfikir panjang. Topeng muka dan topi hitam segera dicapai sejurus menapak keluar dari dalam bilik dengan laju.
Tiba di hadapan pintu bilik renang. Kaki panjang miliknya di atur dengan perlahan seraya menyembunyikan tubuh di balik dinding.
YOU ARE READING
She Not He
HumorQalra. Qal. Nama yang berbeza. Namun orang yang sama. Masuk ke dalam Sekolah Aliran hanya kerana 'Satu Minat' yang tidak semua perempuan gemari Rasanya sungguh Nice... Dipertemukan pula dengan 6 jejaka yang tak disangka akan merubah segalanya. Ikut...