Bab 5

74 27 0
                                    

Tok! Tok!

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।


Tok! Tok!

Pintu dorm '4041' terkuak dari dalam sebelum wajah seseorang mula menjengah di pandangan.

"Yow! Jemput la masuk. " Pelawa lelaki itu. Riang.

Tanpa salam Syam segera menapak masuk diikuti Qalra yang melangkah di belakang tubuh.

Usai melangkah masuk, mereka berdua berlalu mengambil duduk di atas sofa. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang terhidang di atas meja dorm itu dipandang tanpa suara.

"Wei! Kau budak yang baru masuk aliran martial art tu, kan?" Soal lelaki yang membuka pintu itu tadi.

Qalra menoleh sekilas.

Memori seseorang yang telah menarik dirinya duduk ke dalam bulatan perjumpaan kelas martial art tempoh hari memenuhi kotak minda.

"Ya." Balasnya sepatah. Jinjan di atas meja dicapai sebelum disuakan ke dalam mulut dengan perlahan.

Tak elok membazir.

"Err...korang dah kenal ke?" Soal Syam menjadi tunggul tidak berbayar sejak tadi.

"Kenal gitu-gitu je. By the way, nama aku Aiman.Tapi orang panggil aku, Leman." Terang lelaki itu tersenyum lebar. 'Leman?'

"Kitorang kenal pura-pura je. Aku Qal." Ujarnya tiba-tiba turut memperkenalkan diri.

Syam di sofa sebelah tercengeng.

"Err...Haha ya, kenal pura-pura je. Eh! korang makan la dulu, aku panggilkan budak empat orang tu kejap." Tutur Leman segera berlalu. Syam mengangguk setuju.

15 minit menunggu. Cello muncul bersama tiga orang lelaki berwajah baru di sisinya.

"Eh, Qal? Lah! Saya lupa pula awak roomate Cello dan Syam...Hehe." Ujar lelaki bermata empat itu ceria sebelum turut berlalu mengambil tempat duduk di atas sofa.

Guy with glasses again.

"Macam mana kau kenal dengan Qal?" Soal Cello. Mengambil tempat duduk di sebelah lelaki bermata empat itu dengan kasar.

"Oh! Haritu sir Fariq arahkan saya untuk panggil Qal." Jelas lelaki bermata empat itu laju. Cello mengangguk faham.

"Qal, lupa pula nak kenalkan diri dengan awak haritu. Saya Rizqi. " Sambung lelaki bermata empat itu lagi.

"Ok." Balasnya pendek.

"Hah! yang berjambul ni, Ukai. Dan yang bermata sepet tu, Chueng." Terang Leman tanpa dipinta sejurus meletakkan semangkuk rendang ayam di atas meja.

She Not Heजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें