Bab 3

110 27 0
                                    

Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tok! Tok!

"Cello! Kau buka pintu tu!" Laung Syam dari ruang dapur. Kedua lelaki itu sedang bersiap ingin menuju ke Dewan Perdana.

"Sahabat! Aku baru sahaja selesai mandi saat ini. Berikan lah aku masa walau hanya sedikit!" Balas Cello, turut menjerit dari dalam bilik.

"Takpe! biar aku buka." Ujar Qalra dari dalam bilik setelah selesai mengisi perut dengan meggi.

Kaki di atur dengan laju ke arah pintu sebelum menguak pintu tersebut, tanpa suara.

Buka sahaja. Lelaki berkaca mata besar itu dipandang bersama kening kiri terjongket sekilas.

"Err...sir Fariq nak jumpa dengan awak. Awak budak baru tu kan? By the way, apa nama awak?" Soal lelaki bermata empat itu. Tiba-tiba.

"Ok. Qal." Balasnya pendek.

"Ok, kalau macam tu saya pergi dulu. Nice to meet you Qal." Ucap lelaki itu tersenyum manis sebelum beredar.

Qalra mengangguk sekilas sejurus menutup pintu kembali. Kaki di atur ke dalam bilik tanpa suara.

Setibanya di dalam bilik. Kunci bilik yang didudukinya itu dicapai. Sesudah itu, mangga pada pintu dikunci dengan teliti sebelum meneruskan langkah.

"Qal, kami gerak dulu. Rasanya esok kau dah boleh ikut kitorang." Tutur Syam di muka pintu seraya mengikat tali kasut yang tersarung di kaki.

"Betul tu Qal. Esok kau dah boleh mengikuti aku dan juga syam." Tambah Cello tiba-tiba.

Lelaki itu menggunakan seluar trek-suit hitam serta baju t-shirt corak bunga raya. Manakala di dalam pelukan nya terdapat dua buah buku tebal.

"Aku keluar kejap, nak jumpa Sir Fariq." Balasnya ringkas. Mendapat anggukan laju dari kedua jejaka di muka pintu itu.

"Okey, kitorang gerak dulu. Bai!" Pamit Cello berjalan seiring dengan Syam.



Pintu bilik berwarna kelabu di hadapannya diketuk dengan perlahan sebelum meneruskan langkah ke dalam bilik itu tanpa salam.

"Sir" Tegurnya setelah tiba di dalam sejurus berdiri di hadapan meja lelaki seusia dengan tuan Asril itu tanpa reaksi.

"Ara, tak payah formal sangat dengan uncle. Sekarang ni bukan waktu latihan." Ujar Sir Fariq.

"Kenapa uncle nak jumpa dengan Ara?" Soalnya, tidak lagi memanggil lelaki berusia itu dengan panggilan formal.

"Jom ikut uncle." Ajak Sir Fariq sebelum berlalu keluar. Kaki dibawa melangkah di belakang lelaki berusia itu tanpa suara.

She Not HeWhere stories live. Discover now