Bab 7

71 28 0
                                    

"Pa, kitorang keluar kejap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Pa, kitorang keluar kejap. Nanti balik Kitorang belikan papa Aiskrim." Ujar Ezrel berlalu menaiki motor 125zr biru. Manakala Ezqal sibuk merapikan rambut di atas motor 125zr hitam miliknya.

"Aku taknak Aiskrim, tu bukan makanan aku. Kau tolong belikan aku KFC jelah." Ujar tuan Asril tiba-tiba. Membuatkan dua jejaka kembar itu menoleh laju.

Kelihatan lelaki berusia itu tenang mengisi baja ke dalam pasu bunga keladi di halaman rumah.

"Amboi! Pa, dibagi Peha Nak Betis pula." Tutur Ezrel lancar.

"Jangan kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga." Balas tuan Asril kembali, turut berperi bahasa.

"Apa kaitan, pa?" Soal Ezqal. Ezrel turut mengangguk setuju seraya menggaru belakang kepala yang tidak gatal.

"Yelah. Jangan disebab kau dua kedekut nak belikan aku KFC. Kau dua aku tak bagi keluar, dekat dapur tu banyak je pinggan kotor yang masih belum dicuci." Ujar tuan Asril tanpa memandang wajah tercengeng kedua anak lelakinya itu.

"Oh. Faham." Balas Ezqal pendek.

"Haha...yelah pa. Nanti kitorang belikan papa KFC." Balas Ezrel berlalu dari halaman rumah sederhana itu dengan laju. Diikuti Ezqal.





"Qal!...Ukai! Welcome to Alam Dunia!" Teriak Cello mendepakan tangan.

Qalra tanpa suara leka membersihkan habuk yang terlekat pada baju. Manakala Ukai sekadar menoleh sekilas sebelum berpaling ke hadapan semula.

Jalanan yang mereka guna itu direnung tanpa lepas.

Sebuah longkang kering yang bersambung terus ke longkang tepi jalan raya utama.

"Cello. Bukan sekolah tu pun alam dunia ke? Takkan la sekolah kita tu, alam akhirat pula?" Soal Ukai tiba-tiba seraya menggaru belakang kepala yang tidak gatal.

"Err...Haha. Abaikan jelah. Jom! Tu, grab dah sampai." Balas Cello berlari laju menaiki kereta Axia yang tersadai di tepi jalan. Cover line.


20 minit mereda jem. Akhirnya kenderaan Axia itu, berhenti di hadapan Poluto Mall. Usai menapak keluar, tiga kaki melangkah ke dalam dengan laju tanpa menoleh kiri dan kanan.

"Qal. Kau nak beli apa sebenarnya ni?" Soal Ukai. Cello mengangguk setuju sebelum turut memandang Qalra seolah menunggu jawapan.

Tanpa membalas pertanyaan dari kedua lelaki itu, tubuh dibawa laju ke dalam kedai peralatan sukan.

Masuk sahaja. Punch bag yang tersusun cantik di atas rak kedai itu, segera dicapai sebelum dibawa ke hadapan dengan laju. Nak bayar la apa lagi.

She Not HeWhere stories live. Discover now