Bab 10

81 27 0
                                    

Hari Sukan Sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hari Sukan Sekolah...

Qalra mengatur langkah dengan perlahan ke bahagian bangku penonton yang lengang. Sesudah itu, punggung mula dilabuhkan tanpa suara.

Figura Ukai sedang membuat pemanasan badan mula menjengah di pandangannya.

"Perhatian! Semua Peserta Sila Mengambil Tempat." Suara mikrofon meminta peserta untuk bersedia itu berjaya membuatkan penonton di bahagian bangku berwarna merah mula bersorak kuat.

Frrriiitt!~

Bunyi tiupan wisel kedengaran nyaring menyebabkan semua peserta tangkas melompat ke dalam kolam, sejurus menguak air dengan laju.

Ukai kekal mendahului perlumbaan. Sebelum jasad seseorang mula memintas.

Di pusingan terakhir. Ukai dapat merapatkan jarak dengan pihak lawan, menyebabkan tangan panjang milik lelaki itu terlebih dahulu menyentuh dinding kolam. Sejurus menyebabkan pihak lawan nya berada di tempat kedua.

"Wei, Qal! Aku Menang!" Teriak Ukai. Seraya melambai tangan penuh perasaan.

Ibu jari di angkat tinggi bersama senyuman nipis.

"Qal!" Kepala dibawa menoleh sekilas.

"Leman. Kenapa?" Soalnya memandang wajah pucat lelaki itu pelik.

"Qal. Aku takut la, aku ada acara 100 meter, dengan 200 meter. Temankan aku boleh?" Pinta Leman tersenyum kelat.

Sengihan lucu terlakar di bibirnya sebelum mengangguk setuju dengan permintaan lelaki itu.

"Ok." Balasnya pendek. Tanpa bantahan kaki di atur dengan perlahan di sisi Leman menuju ke arah padang.

Tiba di padang. Suara pengumuman meminta peserta 100 meter untuk membuat persediaan mula kedengaran.

"Man. Aku tahu kau boleh. Buat je apa yang kau mampu. Aku support kau dari bangku penonton je, eh?" Soalnya, tersenyum nipis memandang wajah takut Leman.

"Ok. Kau jangan pergi mana-mana eh?" Balas Lelaki itu.

Kepala diangguk sekilas sebelum berlalu ke tempat duduk penonton dengan perlahan.

"Qal! Leman mana?" Kepala ditoleh sekilas.

Susuk tubuh Ukai mula menjengah di pandangannya.

She Not HeWhere stories live. Discover now