"Ye ah tu si Fiya ni..bukan boleh percaya takut nanti benda yang aku cakap tu lah yang kau buat haihh minah ni sorang." Omel Fetyy sambil membuka mangga yang mengunci pintu kedai tudung miliknya itu miliknya sambil menyanyi kecil.

~baby I don't need dollar bills to have fun tonight~

Oppo F7 yang berdering memainkan lagu Sia yang terletak didalam handbag miliknya pantas dicari sambil sebelah lagi tangan mengawal stereng kereta.

"Aduh manalah pula fon aku ni haishhh muncul lah kau wahai baby Oppo ku muncul lah dikau...ha jumpa pun nak kena seru baru nak muncul." Dengan sebelah tangan mengawal stereng kereta, Safiyah pantas mengangkat panggilan tadi.

"Hello, ye Nina, ye ye akak on the way dah ni.. kejap eh lagi 15 minit akak sampai okay bye." Lantas Oppo F7 itu di letakkan di atas dashboard keretanya.

"Tapi area sini banyak traffic light la pula tak pe Fiya tak pe sekali sekala langgar je lampu merah bukannya ada orang sangat area ni..huhu."


"Oi Rayden! Mana kau ni aduh dah lambat tahu tak meeting kau 20 minit lagi ni cepat lah drive! Kata mafia tapi bawa kereta terhegeh-hegeh macam siput kau ni!" Suara seseorang di corong iPhone miliknya itu membuatkan dia menjulingkan mata
keatas.

"Sabarlah kau ni aku on the way dah ni diam je lah dekat sana tu tunggu aku nanti aku sampai..siot punya adik huh memekak je lebih." Bidas Rayden Rafiqi seraya mencampak iPhone miliknya ke seat sebelah.

Al maklumlah dia tu usahawan termuda dan terkaya kot dekat Malaysia ni setakat baling-baling iPhone ni benda kecil je lebih dari tu dia dah pernah baling.

"Haih malam tadi punya pasal lah aku dah terlambat huh..eh eh kereta depan ni selambe dia je langgar lampu merah tahulah lambat..aku ni pun lambat jugak relax je berhenti masa lampu merah." Bebel Rayden tatkala kereta myvi yang dipandu laju dihadapan kereta Audi r8 miliknya dengan bangganya melanggar lampu isyarat warna merah.

Ceh Rayden cakap orang je lebih macam la dia tu tak pernah langgar lampu merah, langgar orang pun dia pernah sampai masuk liang lahad dah orang tu..tapi tu lah orang tu anak buah musuh dia memang kena lah.


"Fuhh abah, kakak minta maaf 'terjalan' masa lampu warna merah huhu kakak tak sengaja abah..maafkan anak mu ini abah." Rasa serba salah dan takut melanda Safiyah kerana dengan tidak sengajanya ataupun erti kata lain terpaksa langgar lampu merah kerana sudah kesuntukan masa.

"Dah la dekat sini lampu merah dia kalau berhenti memang lama lepastu banyak pulak tu traffic light dia..sorry la aku tak boleh jadi pemandu berhemah lah harini." Omel Safiyah sambil mata melirik ke arah jam yang tertera di skrin radionya.

~Baby I don't need dollar bills to have fun tonight~

"Haih bunyi lagi sapa pula call ni aduh dah lambat dah ni." Mata memandang ke hadapan tetapi tangan sibuk mencapai telefonnya di atas dashboard lalu dilekapkan ke telinganya.

"Hello, assalamualaikum umi morning umi ada apa call anak umi yang cantik ni? Kakak tengah drive on the way tadika ni umi, dah lambat ni." Tutur Safiyah dengan kepala yang senget menyepit telefon di telinga sambil kedua-dua belah tangannya mengawal stereng kereta.

"Ha waalaikummussalam, lah ye ke umi ada benda nak cakap ni dengan kakak penting sangat ni." Ujar Puan Samsiah.

"Alahh umi benda apa yang penting tu kakak dah lambat ni umi nanti-nanti eh kita chit chat lepas kakak balik kerja."

"Tak de tak de umi kena cakap sekarang penting ni..melibatkan masa depan kakak..kakak kena dengar juga..nak tunggu kakak balik kerja lambatlah jawabnya..umi dah tak sabar dah ni."

"Hurmm ye lah umi cakaplah kakak dengar ni."

'Haih lampu isyarat depan ni time macam ni tak nak merah pulak boleh la aku berhenti cakap dengan umi kejap.' Ujar Safiyah di dalam hati kalau cakap kuat-kuat mahu kena bebel dengan Puan Samsiah nanti.

"Hurmm macam ni dengar okay..dengar tak kakak?"

"Ye kakak dengar ni umi cepatlah cakap apa yang penting tu."

"Hurmm sebenarnya..." Tutur Puan Samsiah dengan nada saspen.

"Sebenarnya apa umi...." Tanya Safiyah dengan nada meleret.

"Sebenarnya abah nak suruh kamu balik minggu ni sebab abah nak kahwinkan kamu dengan anak kawan abah!" Ujar Puan Samsiah dengan sekali nafas.

"What?!?!?! Kahwin?!?!" Jerit Safiyah lalu dengan tidak sengaja dia tertekan brek semasa di lampu hijau.

Streeeeeeetttt...bammmm!!!

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now