𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 31

Start from the beginning
                                    

"Macam la kau tak kenal Bedah macam mana. Dia tak layan membawang ni semua. Dosa kering katakan!" Cik Bambam mencebik.

"Kelmarin... Aku terdengar..."

"Iyalah tu, terdengar." Cik Bambam mengerut keningnya, mustahil untuk percaya yang kononnya Cik Bie secara tak sengaja 'terdengar' kerana dia tahu bagaimana sikap sebenar Cik Bie.

"Kau ni, jangan la mencelah. Begini kisahnya... Aku baru aje hantar makanan dekat bilik Puan Rafidah masa tu. Dalam perjalanan nak ke dapur tu... Aku terdengar pergaduhan suami isteri tu. Macam mana la aku tak dengar kalau, suara masing-masing macam pakai mikrofon. Aku pun menyorok la di sebalik dinding, nak dengar dia orang gaduh sebab apa pula kali ini? Kau cuba teka dia orang gaduh sebab apa?" Cik Bie menjongket kening kanannya.

Cik Bambam menyilangkan tangan di dada. "Sebab... Puteri tu makan pil perancang lagi? Iyalah... Kau bukan tak tahu yang Puteri tu ambil pil perancang dulu. Katanya tak bersedia lagi nak ada anak. Aku kesian juga dengan Muhammad tu. Suami mana aje tak nak ada anak, kan?"

"Bukan la!"

"Habis tu?"

"Teruskan meneka." Cik Bie tersenyum nakal.

"Ish, malas la aku kalau nak meneka ni! Kesudahannya, bukan betul pun aku teka.Beritahu aje la. Yang kau nak buat saspens bagai ni kenapa?" Sedikit membentak Cik Bambam.

"Sebab Hawa."

"Ceh!Kau ni buat aku saspens aje. Bukankah dia orang memang dah selalu bergaduh sebab Hawa, ke? Apa yang nak peliknya..."

"Tak.Sebenarnya panjang ceritanya...Kalau aku cerita pun, belum tentu esok habis. Jadi aku akan ringkaskan. Kau tahu kan yang Hawa kahwin dengan Adam, lelaki yang buat perkara terkutuk dengan Hawa tu. Tapi aku memang tak percaya yang Hawa sanggup buat perkara terkutuk tu. Dan, Adam tu juga sepupu Muhammad sendiri. Adam dan Hawa ni kahwin dan dapat anak... Kembar tak silap aku."

Cik Bambam tekun mendengar, sesekali dia akan mengangguk kepala lagaknya seperti burung belatuk.

Dalam diam, Cik Bedah juga memasang telinga mendengar cerita Cik Bie tu.

Cik Bedah rindukan Hawa. Agaknya... Apa khabar kamu?detik di hati Cik Bedah. Dia la orang yang paling terasa kehilangan Hawa Arlani, wanita yang dianggap seperti anak sendiri. Meskipun, orang tak nampak kesedihannya selepas pemergian Hawa... Setiap kali solatnya, pasti dia akan mendoakan kesejahteraan Hawa walau di mana jua.

"Eh? Mana kau tahu semua cerita ni? Detail pula tu." Cik Bambam melahirkan rasa musykilnya.

"Ada la. Suatu hari... Keluarga kecil dia orang ni kemalangan jalan raya. Sangat tragis."

Cik Bedah lekas menoleh. Memandang rakan-rakannya bersilih ganti. Bibir pula sudah bergetar hebat. Kemalangan? Bagaimana dengan keadaan Hawa? Hati tuanya mulai tidak tenang.

"Seorang anak Hawa dan Adam meninggal dunia di tempat kejadian.Dan, Hawa pula...Dia dikejarkan ke hospital. Dia paling teruk sekali keadaan pada masa tu. Senang cerita dia kritikal.Mustahil untuk diselamatkan."

Mata Cik Bedah mulai berkaca-kaca.

"Hawa koma buat masa yang lama. Bila Hawa ni sedar aje dari tidur panjangnya,dia disahkan hilang ingatan jangka pendek. Dia hanya ingat memori tiga tahun yang lalu. Hawa tak ingat yang dia dah bernikah dengan Adam.Itu aje la cerita yang aku tahu mengenai keadaan terkini Hawa. Apa yang aku pasti... Puteri terasa tergugat sekarang sebab Hawa dah sedar dari koma. Puteri takut yang suaminya akan menagih cinta Hawa kembali."

"Klise," komen ringkas dari Cik Bambam.

"Kau orang ni tak ada kerja ke, hah?Membawang aje kerjanya! Aku bayar gaji kau orang mahal-mahal bukan untuk curi tulang!" Memetir suara Puteri mahu bergegar isi alam. Dia bercekak pinggang dan memandang ketiga-tiga pembantu rumah itu, lagaknya seperti mahu ditelan sorang-sorang.

Ketiga-tiga pembantu rumah itu tak berani berpaling melihat wajah menyinga Puteri, apatah lagi untuk menjawab. Kalau rasa nak kena cekik dengan Puteri, berani la buat.

"Cik Bedah... Mana makanan tengahari ibu? Dah siap belum? Saya nak hantar ke bilik ibu." Nada suara Puteri kian kendur dengan sendiri. Didekati Cik Bedah yang sudah menghidangkan makanan tengahari buat Rafidah di atas dulang.

"Ingat! Kalau rasa nak hilang kerja, kau orang borak kosong la lagi! Dekat rumah ni banyak lagi kerja yang boleh buat daripada buat dosa kering!" Untuk kesekian kalinya Puteri menembak padu khas buat tiga sekawan 'B'. Kemudian, dia dengan berhati-hati menatang dulang makanan itu dan mengatur langkah ke bilik Rafidah di tingkat atas.

Sebaik sahaja Puteri hilang dari pandangan mata, baru la Cik Bie dan Cik Bambam berani untuk menarik nafas semula. Sungguh mereka gerun dengan Puteri yang sekarang ini.













.













.













.
















"IBU..." sapa Puteri. Dia menggenggam sekejap tangan Rafidah sebelum menghidang makanan buat ibunya di atas meja.

Rafidah mengunci mulutnya. Mata masih melekat pada bingkai gambar yang berada di dalam dakapannya. Wajah Hawa Arlani tersenyum riang.Anak yang dibenci suatu ketika dahulu. Cukup dibenci. Kini...

"Ibu makan ya. Puteri tolong suapkan eh?"

Rafidah menggeleng kepala. Lemah.

"Makan la, ibu. Pagi tadi pun ibu tak makan. Nanti ibu kena makan ubat pula. Mana boleh biarkan perut kosong," pujuk Puteri walaupun dia sudah sedia maklum cara itu takkan pernah berkesan.

"Tak nak."

Puteri tersenyum tawar. Matanya jatuh pada bingkai gambar yang berada di dalam dakapan ibunya. Hati wanitanya sedikit terusik. Bingkai gambar itu selalu berada dekat dengan Rafidah, tak kira apa jua pun. Dan, setiap kali Rafidah menatap lama bingkai gambar itu, pasti air matanya akan gugur.

"Dia dah sedar, ibu."

Rafidah tersentak. Sedar? Wajahnya sedikit bercahaya. Seolah-olah dia masih ada peluang lagi.

"H... Hawa? Hawa dah sedar?"

Puteri mengangguk kepala. Untung kau Hawa... Waktu ibu sakit, hanya kau sahaja yang berada di dalam ingatan ibu. Aku? Kenapa semua hak aku, kau harus rampas? Dulu Muhammad, sekarang ibu. Aku benci kau!

"Dia dah sedar, ibu." Puteri ulang lagi kenyataan itu.

"Ibu nak jumpa dia. Ibu dah banyak buat dosa dekat dia, Puteri. Tolong ibu ya... Ibu nak sangat jumpa dia." Riak wajah mendung Rafidah terus berubah ceria. Dia mengelus lembut tangan anaknya. Wajah yang penuh dengan pengharapan.

"Tolong bawa Hawa jumpa ibu. Ibu nak peluk dia. Cium dia.Ibu takut sangat yang ibu tak sempat jumpa dia. Ibu dah banyak buat salah dekat dia.Hina dia dan halau dia dari rumah ini."

Puteri tersenyum hambar.

"Hawa anak ibu."


KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now