"Betul tu." Alif Najmi menyokong.

"Jadi, kau ada rancangan?" soal Syarifah Izzati.

"Setakat ni, aku tak ada rancangan... melainkan..."

"Melainkan?"

Masing-masing tertumpu pada Alif Najmi. Telinga bersedia dipasang untuk mendengar kata-kata lelaki itu

"Kita ikut apa yang Aisyah katakan," kata Alif Najmi menghabiskan ayat.

"Eh?" Mereka terkejut mendengarnya termasuk Aisyah Maisarah sendiri.

"Tunggu. Kenapa kita kena ikut orang yang dah bunuh keluarga kita?" kata Luthman Harith membantah.

"Entahnya. Kenapa kau pilih dia pula?" Samantha Lee turut membangkang.

Alif Najmi mengeluh dengan pembantahan itu. "Korang tak sedar lagi ke?"

Masing-masing berdiam.

"Aisyah kan Ratu Metrolantis. Seorang ratu main peranan penting di sebelah raja, macam dalam catur, bukan?" kata Alif Najmi, selamba.

"Apa kena mengena pula?" Azizul Rahman kurang faham.

"He got a point. Aisyah boleh menyerang ke pelbagai arah sebab dia ada kuasa yang setanding dengan dua lawan kita ni, macam buah ratu. Tapi, siapa main buah raja?" balas Ilyana Zhamuri kepada Alif Najmi.

"Iskandar main buah raja sebab keadaan dia yang cuma boleh bergerak satu petak," terang Alif Najmi.

"Apa? Kau nak kata aku tak boleh gerak banyak?" ujar Iskandae memboikot.

Alif Najmi tertawa kecil. Dia mengukirkan strategi di tanah dengan ranting. Segi empat sama bersaiz papan catur dilakar.

"Okey, kita main posisi ni." Alif Najmi mainkan peranannya.

"Aisyah dan Iskandar akan main sebagai queen dan king. Cindy dan Yana main sebagai bishop. Aya dan Izzati pula, knight. Sam dan Zul jadi castle. Selebihnya, jadi pawn termasuk aku," terang Alif Najmi memberi posisi.

"Kejap. Apasal aku dengan Cindy kena jadi bishop? Kenapa bukan castle?" Ilyana kebingungan.

Alif Najmi tersengih sinis. "Kau akan tahu nanti. Budak noob takkan faham betapa pentingnya bishop dalam chess."

"Soalan. Apa peranan 'pawn' dalam perang ni nanti? Aku tak nak Minah mati dalam perang ni," kata Luthman Harith.

Alif Najmi menjeling tajam lalu memberi kata-kata yang bermotivasi. "Give up on your dreams and die."

"Macam pernah dengar ayat tu," kata Aisyah Maisarah, samar-samar.

"Sudah. Kita bersiap dari sekarang. Kali ni saja. Dua musuh. Kita mesti menang. Hidup mati terletak di tangan korang sendiri."

Alif Najmi beredar dari situ dengan aura kedinginan.

"Apa yang dia rancangkan? Aku tak faham," kata Ilyana Zhamuri, keliru.

"Adalah sebabnya tu. Ayat dia selalu tunggang-langgang," kata Iskandar, tenang.

"Rasanya, aku tahu kenapa kau dengan Cindy main peranan bishop," celah Aya mula bersuara.

Ilyana Zhamuri memandang wanita berkulit cerah itu. "Apa dia?"

"Bishop boleh serang hendap dan jarang diserang oleh musuh sebab gerakan buah bishop memang condong. Memang susah orang akan perasan. Lainlah kalau buah castle yang selalu gerak secara menegak. Orang lain akan sedar gerakan dengan jelas. Aku pun tahu kenapa Zul dan Cindy main peranan tu." Aya menerangkan segalanya.

All-InWhere stories live. Discover now