PART 1.6

860 40 53
                                    

"Betul ni kau tak nak aku hantar kau balik?” soal Darius lagi ambil mengiringiku ke parking. Masuk kali ni, sudah lima kali dia tanya aku. Kalau dia tanya kali keenam, aku bungkus jela dia ikat tepi, pastu buang dalam tong sampah. Em.

“Ya, aku okay. Aku boleh balik sendiri.”

"Serius. Kau tak nampak okay,” Darius berdiri di hadapan aku, menghalang aku untuk berjalan. Tangannya bersilang di bawah dada bersama muka serius.

“Tadi kau nampak gementar sangat,” sambungnya lagi. Wajahnya ikut nampak gusar sama seperti nada suaranya. Kata-katanya itu membuatkan aku teringat akan ‘memori’ Sofea yang aku Nampak sebentar tadi dan makhluk yang aku nampak tadi.

“Kalau ada apa-apa, kau terus call aku tau. Aku risau kalau apa-apa terjadi pada Sofea. Benda tu, dia takkan lepaskan Sofea semudah tu.

Darius menggangguk perlahan. “Iya. Aku tahu. Sekarang ni yang aku risaukan, kau. Kat sini, ada ramai doktor dan jururawat. Kat rumah kau tu? Siapa je ada? Hantu?”

Aku tergelak mendengar kata-katanya. Wehhh… kejap. What? Hantu?

“Hello, tak ada benda lain ke yang kau nak sebut. Benda tu jugaklah, kan? Cukuplah yang aku nampak dalam bilik tu je aku tak nak dah.”

“Ha… tahu pun. Lepas tu nak degil lagi,” sambungnya lagi sambil menyilangkan tangan ke dada.

“Habistu nak macam mana? Aku nak balik mana malam ni? Aku mengantuk ni tahu tak.”

“Balik rumah aku…” balasnya perlahan. Matanya memandang ke arah lain sambil tangannya mengusap tepi wajah.

“Ha?” soalku separuh menjerit. Dah apa pasal pulak nak kena balik rumah dia.

“Kakak aku adalah. Kau tahu kan aku tinggal dengan kakak aku?”

“Mengarutlah kau ni!” aku terus berjalan ke hadapan dan meninggalkannya sambil tertawa. Dia ni, idea yang bukan-bukan ajelah.

“Okay, kalau kau tak nak. Aku hantar kau balik.”

“Tak boleh. Malam ni kau kena duduk sini, jaga dia. Aku retilah jaga diri aku sendiri,” bantahku lagi.

“Eh, lagipun kau kerja, kan? Jangan nak memonteng eh.”

“Degil! Payah betul nak dengar cakap orang…” omelnya perlahan. Aku menjeling ke sisi, ke arahnya.

“Aku dengar…”

“Memang betul pun. Kau tu degil,” ujarnya lagi sambil menayang muka toya.

“Ingat tau, kalau ada apa-apa cepat-cepat call aku. Esok tau bila keadan dia dah tenang, baru aku boleh sambung sesi seterusnya,” ucapku lagi apabila sudah sampai di hadapan kereta. Butang di kunci kereta aku tekan. Setelah itu, aku masuk ke dalam perut kereta Vios berwarna hitam setelah menghidupkan enjin kereta, tingkap kereta aku bukak separuh.

“Aku balik dulu tau.”

“Iyalah. Ingat, kalau ada apa-apa, cepat-cepat call aku,” pesannya lagi sambil separuh tubuhnya bersandar di tingkap kereta dengan tangan memeluk tubuh. Aku mula start enjin kereta, tapi Darius masih lagi bersandar di tepi kereta. Matanya masih memandang ke arahku, kegusaran terpalit di wajahnya.

“Err… Darius…”

“Em?”

Aku tersengih. “Agak macam mana aku nak balik kalau kau bersandar kat kereta aku?”

“Eh?” Darius menggaru kepala sambil tersengih. Cepat-cepat dia beralih dari kereta aku. Aku pula tergelak geli hati melihat gelagatnya yang terkocoh-kocoh.

Dia ni tak pernah kelakar, kan?

Stereng kereta aku pusing ke kiri, meninggalkan kawasan hospital. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Esok pagi-pagi, aku ada sesi kedua bersama Sofea. Itupun kalau keadaan dia stabil. Tapi aku harap malam ni dia okay-okay je. Emm… risau aku.

Aku tak dapat kenal pasti ‘benda’ apa yang ikut dia sebenarnya tu. Dan aku pun tak tahu dari mana dia datang. Aku tak sempat berbicara dengannya.
Tapi, benda paling utama yang aku perlu tahu, apa nama ‘benda’ tu, dari mana dia datang, dari puak mana, dan apa tujuan dia.

Daripada maklumat-maklumat tu, barulah aku boleh tahu kelemahan dia, dari mana dia masuk dan apa cara dia menguasai minda Sofea. Tapi, apa yang penting sekarang, Sofea dah tersedar dari khayalan yang diberikan oleh ‘benda’ tu pada dia.

Aku yakin, Sofea tak sedar waktu dia mengelar ibunya. Dia dak dikuasai oleh suara tu. Aku serba-salah waktu hendak menyedarkan Sofea. Tapi aku terpaksa buat perkara tu. Aku tahu, Sofea akan terluka. Tapi aku harap, kami sama-sama boleh sembuhkan luka tu perlahan-lahan dan Sofea kembali pulih.

Dan perkara yang paling aku harap, benda tu tak masuk ke dalam badan Sofea sampai dia histeria. Histeria adalah peringkat tertinggi dalam gangguan. Itu bermakna, tubuhnya telah dikuasai secara total oleh entiti tersebut. Kalau Sofea histeria, aku terpaksa mintak bantuan orang lainlah. Ahahaha, aku tak reti nak keluarkan jin dari tubuh manusia.

Aku bukan ustaz. Ahahaha.

Alunan surah al-Quran berkumandang dari radio kereta. Terasa tenang tatkala alunan itu menemani perjalananku yang sunyi. Sekurangnya, dapatlah aku berlindung daripada apa-apa gangguan. Tak delah tiba-tiba ada benda terbang ajak drift dengan kereta aku ke, ada yang menumpang kat seat belakang ke, ada yang bergolek tiba-tiba berhenti kat depan kereta ke.

Eiii… selisih! Mata aku dahlah boleh nampak jelas!

Setelah selamat sampai di rumah, aku terus masuk ke bilik air, mandi dan solat Isyak. Badan rasa letih sangat. Jam pun dah menunjukkan pukul 11.45 malam. Aku tak sabat nak terjun ke katil dan tidur.

Baru saja hendak melabuhkan punggung, terdengar vibrate dari beg tanganku. Mesti Darius ni. Tak ada orang lain. Dengan rasa malas, aku capai jugak beg tangan dari meja solek. Kalau tak, memang membebel panjang karang si Darius tu.

“Hello, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Asha, kau okay?” terdengar nada risau darinya. Terus aku menuju ke katil dan berbaring. Ahh, leganya tulang belakang aku. Emm.

“Okay je. Aku baru nak tidur ni.”

“Kenapa kau tak angkat call? Banyak kali aku call tahu tak?”

“Lahh, iyeke? Phone aku mode vibrate. Tadi aku mandilah.”

“Kau ni, kan. Buat aku risau je.”

“Ehehe, kau risau aku ke?”

“Risaulah. Kau tu dahlah lain macam.”

Aku menepuk dahi. Sudah… aku pulak yang lain macam. Em, dulu iyelah. Sekarang aku dah okay. Aku tak macam dulu.

“Ahahaha, okaylah. Terima kasih sebab risaukan aku, iyalah aku mana ada lagi dah orang yang nak risaukan aku selain dari kau,” balasku sambil tersenyum. Iyalah, Darius je kawan baik aku dunia akhirat sekarang ni yang dekat dengan aku. Maya dah pindah negeri sejak berkahwin dengan suami dia. Dan, Darius je orang yang paling faham aku dari dulu sampai sekarang.

“Haa, tahu pun. Sebab tu kalau aku cakap, ikut. Jangan degil,” balasnya lagi. Aku menggulingkan anak mata ke atas. Emm, startlah tu membebel macam mak nenek.

“Dahlah, aku nak tidurlah. Dengar kau bercakap, sampai ke esok aku tak tidur.”

“Aiii, baru cakap sikit dah cop aku membebel? Ha, iyelah. Pergilah tidur dulu. Bye, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Aku meletakkan phone di meja kecil sebelah katil. Waktu untuk tidur.

Selamat malam duniya!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ASHANDRAWhere stories live. Discover now