PART 1.5

245 19 0
                                    

"Kau tak kesiankan perempuan tu?”

“Kau tengok, bila ayah kau mati, dia terus bebas dari hutang. Dia tak perlu bayar apa-apa lagi. Kau tengok, selagi perempuan tu hidup, dia terpaksa bayar hutang laki tak guna tu!”

“Kau kata kau sayang dia. Takkanlah kau sanggup tengok dia hidup terseksa?”

“Aku sanggup selagi aku boleh tengok dia. Aku boleh hidup dengan dia,” jawabku.

“Betullah kau tak sayang dia.” Aku jengkel mendengar ejekan itu.

“Kalau kau sayang perempuan tu, kau takkan nak dia menderita. Dengan cara kau macam ni, itu kau panggil sayang?”

Tiba-tiba terdengar bunyi pintu dibuka dan ditutup dengan kasar. Aku yang sedang duduk di meja belajar di dalam bilik terus keluar.

“ARGHHHH!!!”

Terdengar satu jeritan dari ruang tamu diikuti dengan bunyi barang-barang jatuh. Aku terus berlari ke ruang tamu.

“Ibu…”

Ibu jatuh terduduk selepas menghempas pasu di meja di ruang tamu sambil menangis aku tergamam. Tubuh ibu kusut-masai. Baju uniform ibu tampak ada kotoran-kotoran tanah ada bekas merah di tepi bibir ibu. Aku terus mendapatkan ibu.

“Ibu! Ibu! Kenapa ni?” soalku sambil memeluk ibu. Ibu masih meraung menangis.

“Ibu… cakaplah. Kenapa ibu jadik macam ni?”

Ibu masih menangis lagi. Aku peluk ibu kuat-kuat. Aku ikut menangis melihat ibu begitu.

“Ibu… janganlah macam ni. Cakaplah, ibu. Kenapa ni? Ibu kena pukul lagi ke?” soalku lagi.

Aku seakan-akan boleh mengagak apa sebenarnya yang berlaku. Ibu kena pukul. Ini kali kedua ibu dipukul setelah sebulan yang lalu. Siapa lagi kalau bukan ah long tu.

“Ibu kena pukul lagi, kan? Cakaplah, ibu. Cakaplah…”

“Sayang!” tiba-tiba ibu memaut kuat tanganku. “Sayang kena keluar dari sini. Ibu tak nak kalau dia datang sini… dia…” Ibu sambung menangis lagi. Aku menggeleng-gelengkan kepala.

“Tak… tak… Pia tak nak tinggal ibu. Tak nak…”

“Pia kena pergi. Pia pergi rumah Mak Long, ya. Nanti ibu bagi duit, Pia pergi sana naik bas. Pia pergi sana tau.”

“Tak nak, ibu. Tak nak. Pia tak nak tinggal ibu! Kalau ibu sorang-sorang lagi, kalau dia orang datang sini, dia orang akan pukul ibu,” jawabku lagi.

“Tak apa, sayang. Asal anak ibu ni selamat. Ibu pandai jaga diri ibu.”

“Tapi Pia tak boleh tinggal ibu…” lirihku lagi. Ibu sambung menangis. Tiba-tiba aku dapat satu idea.

“Ibu, kita jual je rumah ni. Lepas tu kita bayar semua hutang ayah dan kita pergi. Ibu nak pergi mana pun Pia tak kesah. Yang penting kita pergi sama-sama.”

Ibu menggelengkan kepala. “Ayah Pia dah gadai rumah dan tanah ni Pia tahu tak? Kita taka da apa-apa lagi. Tak ada apa-apa lagi, sayang…”

Aku tergamam. Tak ada apa-apa?

Kenapa susah sangat hidup aku ni? Kenapa? Kenapa?

“Tapi Pia tak nak tinggal ibu. Pia tak nak.”

Ibu tersenyum tawar. Rambutku diusap perlahan lalu kepalaku dibawak ke dalam pelukannya.

“Ibu mintak maaf ya, sayang…”

.
.
.
.

Setelah ibu mandi, aku memasak dan memberi ibu makan. Setelah itu, aku membawa ibu ke dalam bilik dan menidurkannya. Dia nampak letih. Mesti seluruh badannya terasa sakit. Sempat aku mengurut-urut tubuh ibu supaya ibu mudah lena.

Esok, ibu takkan bekerja dan tak buat nasi lemak ataupun kuih. Aku pun tak bercadang untuk pergi ke sekolah sebab esok aku kena jaga ibu.

“Ayah Pia dah gadai rumah dan tanah ni Pia tahu tak? Kita taka da apa-apa lagi. Tak ada apa-apa lagi, sayang…”

Terngiang-ngiang kata-kata ibu sebentar tadi. Aku memejam mata rapat. Terasa berat nafas untuk menerima semua ini. Hutang semakin bertambah kerana bunga yang tiba-tiba naik mendadak. Mereka dah tak beri amaran lagi. Sekarang ni, mereka datang dan pukul untuk tuntut hutang. Kalau ibu pun mereka boleh pukul, kalau aku?

“Mati je senang.”

“Kau tahu apa erti kata lain selain mati?” bisiknya dekat di sebelah kiri telingaku.

“Merdeka,” ucapnya lagi di telinga kanan.

“Mati tu merdeka. Merdeka tu mati. Senang, kan?”

Aku menggigit hujung jari sambil memeluk kedua lutut di atas katil. Betulkah apa yang dia katakan?

“Kau akan merdekakan ibu kau dari semua kesakitan dan hutang. Senang, kan?”

“Lepastu? Bila ibu aku mati ibu tak tanggung hutang, hutang tu akan beralih pada aku pulak ke? Macam hutang ayah beralih pada ibu?”

“HAHAHAHA…” Dia ketawa kuat. “Kau ni bodohlah! Kau tu budak. Kau takkan menanggung hutang.”

“Kalau aku bunuh ibu aku… aku pun aan kena hukuman gantung sampai mati, kan?”

HAHAHAHAH…” Dia ketawa lagi. Kali ini lebih kuat.

“Apalah kau bodoh sangat! Kau takkan digantung. Kau budak bawah unur. Hukuman tu tak ada untuk kau.”

Kau tak boleh pentingkan diri sendiri. Kesian perempuan tu. Kau kata kau sayang dia. Takkanlah kau sanggup tengok dia menderita macam tu? Kau nak ibu kau hari-hari kena pukul ke? Anak jenis apa kau ni?!” ejeknya pula.

Tapi… anak jenis apa yang sanggup bunuh ibu?

Tuhla, kau tak tahu. Dan tak akan ada siapa tahu. Tak akan ada siapa faham. Tu namanya pengorbanan. Orang takkan faham pengorbanan kau. Yang penting, hati kau ikhlas. Niat kau ikhlas.”

Betul jugak tu.

Tiba-tiba kau dapat satu kekuatan. Kekuatan yang aku tak pernah dapat sebelum ni.

Aku menuju ke dapur dan berdiri di tepi sinki. Aku meneliti pisau-pisau yang terletak di tepi sinki itu. Bermula dari kecil hinggalah ke besar, semuanya tersusun rapi.

Ambil yang besar. Jadi, ibu kau tak terseksa.”

Aku menurut kata-kata itu.

Aku capai pisau yang paling bedar. Aku genggam pisau itu. Setelah itu, aku menuju ke bilik ibu.

Ibu kelihatan masih lagi lena. Aku menoleh ke kiri melihat cawan besar di atas meja. Air teh O sudah tinggal separuh. Mungkin ibu terjaga dan minum sebelum sambung tidur.

“Kau kena ingat. Kau tengah buat pengorbanan. Nak korban , kena cepat. Kau pernah nampak orang sembelih lembu? Kat mana dia potong?”

“Leher?”

Pandai pun. Ya, dekat situ.”

.
.
.
.

“ARGHHHHHHH!!!!!”

“Asha! Asha! Bangun!”

“IBUUUU!!!!! ARGHHHHH!!!!”

“ASHA! BANGUN, ASHA! ASHA!”

“IBUUUUUU!!!!!!”

“Haaaaa….”

Aku menarik nafas panjang dan membuka mata bulat. Dadaku berombak kencang. Tanganku menggeletar hebat.

Dan yang paling mengejutkan aku adalah apabila aku membuka mata, wajah makhluk hitam itu betul-betul berada di hadapan wajahku dalam keadaan tergantung terbalik, kepala di bawah dan kaki di atas!

Matanya, tepat menikam anak mataku. Darah dari mulut mengalir keluar dan melelh ke hidung dan matanya. Apa yang lebih membuat aku kaku, lidahnya terjelir hingga ke kepala.

“IBUUUU!!!!”

“ASHA!”

Satu gerakan kuat terasa di bahuku, dan ketika itu barulah aku tersedar. Terus aku melihat ke bawah.

“Tolong aku,” ucap Darius. Dia sedang memegang Sofia yang sedang menjerit-jerit dan meronta-ronta kuat.

Aku terus berlari keluar dari bilik itu dan memanggil jururawat. Dua orang jururawat bergegas datang bersama jarum suntikan.

“Tolong saya…” ucap Darius. Dua orang jururawat tadi terus sahaja datang dan memegang tangan serta tubuh Sofia. Aku ikut membantu memegang sebelah lagi tangan Sofia. Darius terus menyuntik ibat tidur ke tangan Sofia.

“Kau okay?”

Sempat Darius bertanya padaku. Mungkin dia perasan akan tanganku yang masih menggeletar. ‘Benda’ yang masih tergantung di meja itu aku kerling seketika. Pandangannya masih lagi tajam ke arahku. Seolah-olah pandangan itu adalah amaran dan peringatan padaku. Aku pejam mata rapat. Perlahan-lahan, aku lepaskan satu keluhan berat.

ASHANDRAWhere stories live. Discover now