-------

"Papa, terima kasih bawa ke sini."

Anak kecil itu memeluk tubuh si papa yang senyap berdiri bak patung cendana. Riak wajah menyampah ditayangkan dalam diam kepada Mia.

Dari mula sampai ke taman tema, kerja Mia hanya melekat di sisinya seperti ulat bulu naik daun.

Sudah ditegah, makin menjadi-jadi kerenah mengada skala ketujuh isteri pertamanya.

"Wifey, tempat awam kan. Kawal sikit kegelojohan you tu."bidas Taehyung dengan lantang. Namun, intonasi suaranya masih direndahkan agar tumpuan orang ramai tidak berkalih ke arah mereka.

"Apa kata kita pergi?"Mia mencuit bahu anak angkatnya itu. Jaemin melompat keriangan sambil jari telunjuknya menghala ke arah kawasan permainan roller coaster.

"Main permainan extreme. Biar kecut perut papa!"

"High five, baby."sorak Mia dan telapak tangannya membalas tamparan telapak tangan Jaemin.

"Duh, papa berani okay. Lainlah mama kamu. Kerja menjerit je kalau takut."perli Taehyung sekilas.

Sewaktu mereka sibuk mengorak langkah ke destinasi yang dihajati, kedua-dua belah lengan Taehyung dirangkul dua orang manusia berstatus keluarga kepadanya.

Sebelah lengan kanan, Mia Hayden.

Sebelah lagi lengan, iaitu lengan kiri dirangkul erat dan mesra oleh Jaemin.

Langkah Taehyung berhenti mendadak sehingga menyebabkan Mia terjerit kecil.

"Beware, Yeon. Ada lopak depan tu!"

Sepantas kilat Jaehyun menjadi wira penyelamat daripada Mi Yeon jatuh tersembam di atas jalan tar.

Perasaan lelaki itu bercampur-aduk. Dia terhimpit antara rasa sedih dan duka melihat rapatnya tubuh dua pasangan sama cantik sama padan itu.

"Itu bukan adik i  ke?"

"Fuh, abang ipar pun bawa family ke sini?"

Soalan Jaehyun memperoleh jelingan maut Taehyung. Reaksi serba salah Mi Yeon gagal menyuntik ketenangan di hatinya.

"Ya. Kau nak aku berambus?"

Lengan kekarnya digoyang lembut oleh Mia. Bisikan amaran disebut tepat di cuping telinga Taehyung.

"You tak kisah ke perasaan Jaemin?"keras pertanyaan Mia dalam nada bisikan.

"Abang ipar you gurau kasar. Jangan ambik hati tau. Teruskan berdating. Kami tak akan kacau kau berdua."

Mia menunjukkan simbol peace kepada Jaehyun dan Mi Yeon. Lain pula penerimaan Jaemin, anak angkat mereka.

Hujung bucu baju flanel berwarna kelabu dipakai Mi Yeon ditarik perlahan. Sekaligus, langkah kaki Mi Yeon terdorong hampir rapat ke arah tuan Kim.

Nampak tanda Taehyung akan menyinga di sini.

"Ikut kami lah noona. Papa mesti tak kisah. Kan?"

Taehyung menggulingkan bebola mata ke atas. Posisi lengannya naik memeluk tubuh sendiri.

"No. Why should I bother myself about them dating?"

Tanpa memberi peluang Mia gedik bercakap lanjut, Taehyung meminta diri untuk ke tandas awam berdekatan.

Pandangan matanya memberi isyarat supaya Mi Yeon juga pergi ke tandas.

"I nak selesaikan urusan dekat toilet. Bawa diorang pergi dulu, Mia."

Jemari Taehyung berlegar-legar di sekitar butang kemeja biru cair di badannya.

Hana, dul..

Dua butang dilucutkan kasar supaya dada bidangnya terdedah untuk tatapan mata kasar Mi Yeon.

Alang-alang dah cemburu, dia teruskan menyeksa jiwa Mi Yeon.

Set. Permukaan bibir bawahnya dibasahkan menggunakan lidahnya. Faham sendiri urusan yang mahu dia kerjakan kepada Mi Yeon nanti.

"Nak saya teman awak?"pelawa Jaehyun. Taehyung enggan berlamaan. Derap kakinya dibuka besar untuk meninggalkan lokasi memanaskan hati tersebut.

Kerana hatinya dan nafsunya tercabar. Cemburu bertapa di hati apabila Jaehyun mengucup sisi kanan pipi isteri sahnya itu.

"Be safe. Kembali kepada saya nanti."

Lambat-lambat Mi Yeon menuju ke tandas kerana dia tahu Taehyung bakal menyerang dia tanpa intro terlebih dahulu.

Tbc

Hehehehe. Last saya update pun dah lama. Maaf menyepi. Sibuk taip manuskrip.

Plan nak habiskan ff ini dalam bulan January juga.

Jadi, korang aktifkan diri. Komen sangat diperlukan untuk menyemarakkan semangat menulis saya.

Babak hareudang hareudang panas panas panas pada bab seterusnya.

See you soon? ❤😀

Btw, saya ada publish ff Bello ciao. Jemputlah singgah❤

[C] The Great Kim | KTHWhere stories live. Discover now