Bab 2

108 27 0
                                    

"Pa? Ara, ada benda nak bincang dengan papa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Pa? Ara, ada benda nak bincang dengan papa." Ujarnya mengambil tempat duduk di hadapan lelaki separuh usia itu dengan tenang.

"Apa yang kau nak cakapkan tu?" Balas lelaki separuh usia itu kembali.

"Ara, nak masuk sekolah abang Qal. Ara nak ambil aliran Martial art." Beritahunya serius.

Lelaki separuh usia itu memberi renungan pelik.

"Aku tak halang apa yang kau nak.
Cuma, dekat sekolah tu pelajar perempuan tak pernah ada lagi yang ambil aliran martial art. Nanti apa pula manusia dalam sekolah tu cakap, bila adik perempuan kepada kembar yang kononnya juara martial art tu tiba-tiba masuk aliran diorang." Balas tuan Asril panjang lebar.

"Alaa...Pa, tolong Ara please. Ara, minat sangat dengan aliran seni bela diri." Rayunya.

"Macam mana kau nak masuk aliran tu. Kau tu perempuan." Balas lelaki separuh usia itu lagi.

"Cill! pa, Ara tau cara dia. But, papa kena tolong Ara juga." Ujarnya tersenyum lebar seraya menggenggam tangan lelaki separuh usia itu erat.

"Apa yang kau nak aku tolong?" Soal tuan Asril memandang dirinya melalui ekoran mata sahaja.

"Macam ni pa." Terangnya perlahan sebelum mendapat anggukkan setuju dari lelaki separuh usia itu.



           "Qal. Rel. Aku nak korang dua pindah sekolah. Aku akan pindahkan korang dekat sekolah yang boleh menjamin kejayaan korang berdua. Ada faham?" Ujar tuan Asril tiba-tiba.

"Uhuk! Uhuk!"

"Uhuk!"

Kedua lelaki itu serentak tersedak setelah mendengar keputusan yang baru sahaja mereka dengari.

"Apa pa?!" Soal Ezrel kuat.

Nasi yang tersembur di tepi pinggan lelaki separuh usia itu langsung tidak dihiraukan. Cara duduk lelaki itu juga terus saja menjadi tidak keruan setelah mendengar berita mengejut itu.

Qalra di tepi tuan Asril sekadar berdiam diri menjadi pendengar tak berbayar.

"Kau kenapa tiba-tiba pekak ni? Sudah tu tersembur lagi dalam pinggan aku." Tutur tuan Asril membuang berapa butir nasi yang tersembur di tepi pinggannya.

"Jadi, papa ingat kitorang dekat sekolah yang sekarang ni, tak terjamin kejayaan la. Macam tu?" Soal Ezqal turut tidak berpuas hati dengan keputusan lelaki separuh usia itu.

"Astagafirullah! Aku tak maksudkan macam tu. Aku cuma nak korang dua lebih fokus pada SPM. Kau faham maksud aku?" Terang tuan Asril mendapat anggukan 'faham' dari kedua anak kembarnya itu laju.

She Not HeWhere stories live. Discover now