HRD 2

209 88 172
                                    

'' Eh anda lagi ? ''

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'' Eh anda lagi ? ''

" Aku kenal kau ke ? "

" Pewit " .

" Diam Nabella ." Aku dan gerangan lelaki tersebut menjeling Nabella yang sedang membaling rumput tersebut ke atas kami persis pengantin .

" Sorry ". ujar Nabella sambil menggosok telapak tangan .

Aku toleh ke arah murid tersebut .

" Bang , pergi ke tapak perhimpunan sekarang . Semua murid perlu berkumpul di sana . " Arah aku apabila dia hanya memandang aku dengan riak wajah yang aku anggarkan sebagai riak pebenda makhluk ini .

Ruangan yang melekatkan tag nama dan logo sekolah di baju dia kosong . Aku pasti bahawa dia ini budak baru . Aku menilik setiap inci wajah dia sebentar . Setiap ceruk dan bentuk .

Hidung mancung .

Kulit putih seperti warna hatiku . Ceh .

Dan mata dia seperti , tidak dapat aku ungkapkan melalui teori dan formula . Sangat indah di mataku . Ya , aku tidak dapat menafikan bahawa dia sangat kacak .

Sejujurnya aku terpempan . Fantasi pancaindera murid lelaki tersebut menjadi mainan ilusi di dalam kotak minda aku .

" Kau tenung dia macam kau nak makan KFC . Terliur kau , aku tengok ." terus aku memesongkan kornea mata aku ke arah lain setelah mendengar bisikan Nabella di telinga aku yang menarik ku ke alam realiti kembali .

" Kau buat apa tenung aku semacam ? Blah lah ." kata dia bernada dingin . Aku bergerak setapak ke kiri untuk memberikan si dia untuk melangkah .

Adakah aku keterlaluan memandang dia ? .

○●○●

" Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua . " . Salam yang dilontarkan kepada semua tidak memberi sebarang respon dari mana mana pelajar dalam kelas kami ini kecuali aku .

Semua pelajar gembira berborak bersama rakan setelah sudah lama tidak bersemuka . Haih , adab di mana ?

" Assalamualaikum semua wahai bakal jenazah dan selamat sejahtera ." ujar guru botak di hadapan kami bersama kertas di sisinya .

Haaa amik kau hawau .

Semua pelajar sudah tersentap sendiri daripada sesi omongan kosong bersama rakan tadi .

" Waa ... waalaikummusalam cikgu... ." serentak kami sekelas menjawab salam cikgu tanpa menyebut nama cikgu tersebut manakala murid yang bukan Islam hanya memandang kosong .

" Lain kali beri perhatian saya bagi salam , tidak mahu panjangkan celoteh saya pada pagi ini , nama saya Cikgu Othman Wahid , guru tingkatan kelas 4 Alpha , kelas kamu pada tahun ini . Saya akan mengajar kamu subjek Biologi dalam bahasa Inggeris memandangkan kamu kelas DLP ..."

HARDHIAWhere stories live. Discover now