Present 4

60 3 0
                                    

Qistina membiarkan air hujan jatuh membasahi seluruh tubuhnya yang menggeletar. Tangannya menggenggam kemas pili air sebagai tempat bergantung untuk berdiri. Air matanya kering. Lututnya lemah. Tidak mampu lagi untuk berdiri dengan sendiri.

Lama kelamaan, badannya terasa seperti ingin meletup. Dia jatuh melutut di atas lantai bilik air.

Nafasnya laju seiring dengan jantung yang berdegup meminta ihsan.

Perutnya terasa kembang dan kecut secara berulang kali. Tanpa ditunggu-tunggu lagi tiba-tiba Qistina termuntah kembali makanan tengah hari yang dimakan pukul 1 petang tadi.

Seluruh isi badannya menggeletar. Dia yang pada mulanya bertongkat menggunakan telapak tangan kini menggunakan siku kerana kehabisan tenaga.

Dia dapat merasakan tenaga seperti disedut keluar hidup-hidup. Betapa peritnya berada di ambang kematian.

Baru sahaja dia ingin bangun, muntah terkeluar lagi buat kesekian kali.

Qistina membiarkan sahaja badannya yang menggeletar sejuk bercampur sakit di bawah deruan air hujan.

Sekurang-kurangnya kepalanya terasa agak ringan selepas muntah. Namun ia seperti tiada penghujung. Seolah-olah sistem tubuhnya tidak mahu berhenti daripada mengeluarkan kembali bahan toksik yang membinasakan badannya itu.

Dia terus menerus muntah untuk beberapa minit. Adakalanya dia nampak kelodak putih yang keluar bersama sisa-sisa makanan.

Dalam pada menahan seksa dan perit, hatinya bersyukur kerana Tuhan masih menjaganya.

'Terima kasih Tuhan kerana keluarkan balik benda tu dari badan aku'

'Terima kasih Tuhan kerana bagi aku peluang buat kesekian kalinya'

Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now