Bab 3

93 8 3
                                    

"Bye Sha!! Bawak bas elok-elok!" jerit Qistina dari jauh.

"Weh bongoklah dia ni!" kata 'Aisy lalu ketawa terbahak-bahak.

Qistina tersenyum sumbing apabila mendengar gelak-tawa rakan-rakannya. Dia selalu berasa bahagia tiap kali kawan-kawan menyambut baik lawaknya yang keluar secara spontan, membuatkan dia ketagih untuk mendengar ketawa orang sekeliling.

Mereka berdua berjalan beriringan sambil berkongsi cerita-cerita semasa. Adakalanya kedua mereka akan memberhentikan langkah untuk melepaskan tawa, ada waktu pula Qistina dipukul lembut kerana melalut terlalu jauh.

Walaupun tempoh perkenalan barulah setahun jagung, ikatan yang terjalin sudah tidak dapat dipisahkan.

"Weh korang, lapaq lah pulak," celah Qistina tatkala mereka menghampiri Farah dan Hafizah yang sibuk mencari wifi. Padanlah mereka berdua berkongsi bilik, perangai pun serupa.

"Tulah, saya pun lapar ni," balas Hafizah ringkas. Matanya tajam merenung ke arah skrin telefon yang berputar-putar untuk mencari router wifi yang berdekatan.

"Ha, apa lagi? Ngeteh ah jom!" laju Farah memberi cadangan.

"Amboi korang seronok eh gi makan malam-malam? Sat aku cek bajet. Kalau lepas, aku on. Kalau tak aku balik bilik aku makan megi ja,"

"Alah 'Aisy join lah sekali! Bukan selalu dapat keluaq ramai-ramai ni!"

"Sedap duit makpak hang! Ni belum kira duit Grab pastu makanan, ayaq lagi. Banyak duit aku?" bebel 'Aisy dalam loghat Perlis yang pekat.

"Ala, aku belanja air ngan Grab. Dah takyah banyak songeh, jom!"

'Aisy tersenyum mendengar pelawaan Qistina yang menggoda nafsu makannya itu. Laju kepalanya mengangguk tanda setuju.

"Eh tapi ajak Huda sekali ah jom. Dia cakap kat aku dia lapaq gak tadi. Qis, try call dia,"

Qistina mengangguk lalu mendail nombor Huda.

"Hello?"

"Ha nak apa Qis?"

"Lapar ke Da?"

"Lapaq ah weh. Awat?"

"Haaa cantikkkkk. Nabila jom?" jerit Farah dari belakang.

"Apa?" soal Huda kebingungan.

"Nabila laaa jommmm" kata Qistina dengan penuh teruja, bak kata orang, lagi ramai, lagi meriah!

"Apa?!" nada Huda menjadi sedikit keras dek keliru.

"Restoran Nabila jomlah! Aku pun lapar ni! Ni ada sekali 'Aisy, Hafizah, Fa-"

Tiba-tiba kata-kata Qistina dipotong oleh gelak tawa Huda dari dalam telefon. Qistina keliru mendengar tawa Huda yang semakin kuat.

"Kenapa ketawa kenapa ketawa? Bagitahulah, saya nak ketawa jugak!" tanya Hafizah kebingungan.

Namun soalan itu tidak berbalas kerana gelak tawa Huda masih lagi jelas kedengaran.

"Aku ingatkan hang fanggelakuzebhabnamaakukannabilahaajkajaa" kata Huda di antara gelak tawanya.

"Ha? Apa Huda?" soal Qistina yang turut hairan dengan tingkah laku rakannya itu.

Tidak lama selepas itu 'Aisy turut menyertai pesta gelak tawa Huda yang meninggalkan tanda tanya buat rakan-rakan yang lain.

Dalam keadaan menahan tawa, 'Aisy cuba untuk memberi penjelasan.

"Aku baru teringat, nama penuh Huda kan, Huda Nabilah, sebab tu bila hang kata Nabila dia duk apa, apa. Dia ingat hang panggil nama dia. Tapi sebenaqnya hang duk ajak pi Restoran Nabila"

Usai berkata-kata, 'Aisy melepaskan hilai tawa yang tertahan sedari tadi diikuti dengan gelak tawa Farah, Hafizah dan Qistina.

Hatinya rasa penuh terisi.

Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now