Bab 13

50 7 0
                                    

Qistina membuka matanya perlahan. Otaknya mula memproses data-data untuk hari ini.

"Oh, no" katanya ringkas.

The day has come.

Hari yang paling dibenci oleh Qistina.

Majlis Penutup untuk usrah semester 1.

Tempat dimana seluruh penduduk Mahallah Aminah yang mempunyai 8 blok bangunan ini berkumpul. Di satu tempat. Sesak dengan orang.

Bayangan yang penuh sesak itu menjengah di mindanya lalu Qistina menggeleng pantas. Menidakkan kewujudan hari ini.

Petang itu, usai habis kelas pada haritu itu, dia bergegas pulang ke asrama untuk solat Asar dan kembali bergerak untuk ke dewan utama.

Sepanjang perjalanan ke dewan utama, kepalanya ditunduk rapat ke bawah memerhatikan jalan tar. Langsung tidak memandang ke atas.

Hatinya berdebar tanpa henti.

Perasaaan mula mengambil alih sistem tubuh badan.

Tangannya sejuk kaku membayangkan perlu berjumpa dengan semua orang.

Setelah hampir satu bulan dia menyepi sendirian tanpa berjumpa sesiapa kecuali Farah, 'Aisy dan Hafizah.

Sampai sahaja dia di dewan, adrenaline rush mula menyengat seluruh inci tubuh badan Qistina. Terlalu ramai orang berada disekelilingnya. Dia mula merasakan dirinya terapung. Lemas di dalam lautan manusia. Sedangkan tiada seorang pun yang datang mengerumuninya.

Kelompok manusia di dewan kelihatan tenang sedang beratur untuk menadftar nama masing-masing.

Namun berbeza yang dilihat di sudut pandangan Qistina. Dia mula merasakan seluruh badannya diperhatikan dari atas ke bawah olen setiap individu yang ada disitu. Dia mula terdengar bisikan-bisikan halus mindanya.

'Eh apasal kolot sangat pakaian dia tu'

'Eww what a fashion terrorist'

'Eh siapa yang makcik-makcik sangat tu?'

Kedengaran bunyi dialog-dialog itu di telinga yang sebenarnya tidak wujud pun di alam realiti. Qistina semakin hanyut di dalam dunianya sendiri, tanpa sedar arah hala tuju kakinya membawa.

Sehinggalah,

"QISSSSSS YA ALLAH LAMANYA AKU TAK JUMPA KAU!!!!" Hafira, rakan yang sekelas dengannya untuk beberapa subjek datang memeluknya dengan kemas.

Qistina tersedar daripada halusinasi. Segala bisikan yang didengari terus lenyap. Dia menghela nafas lega.

"Hai Iraaaa lama tak jumpa jugakkk!" kata Qistina bernada ceria, menutupi segala cela.

Melalui kehadiran Ira, makin ramai rakan-rakannya yang lain menyertai sesi 'reunion' di tengah-tengah dewan itu. Masing-masing mula berebut untuk bertanya soalan itu dan ini kepada Qistina tentang kehilangannya dari radar selama hampir sebulan.

Qistina hanya tersenyum dan menjawab ringkas setiap persoalan.

Where did it all goes wrong?

***

"Qisss meh duduk sini mehhh" ajak Farah teruja. 'Aisy, Hafizah, Anis, Fahmani, semua ada di situ.

"QISTINAAAAA LAMANYA AKU TAK NAMPAK BATANG HIDUNG MU! MU GI MANA HA?!" Fahmani menjerit perlahan sambil mencubit lembut lengan Qistina.

Qistina hanya tersengih seperti kerang busuk mendengar soalan yang sama berulang kali dalam lingkungan beberapa jam belakangan ini.

Usai solat maghrib, majlis penutup pun bermula dengan beberapa patah kata oleh pengacara majlis, disusuli dengan ucapan ketua warden asrama.

Tatkala majlis sedang berlangsung, Qistina tiba-tiba merasa berat di dada. Seolah-olah nafasnya disekat oleh sesuatu.

Dadanya mula terasa sebak.

Tangannya terketar-ketar menahan perasaan.

Kepalanya panas membahang, meminta satu entiti dalam dirinya untuk tampil.

Matanya terbeliak menahan desakan perasaan untuk self-harm di khalayak ramai. Air mata mula bergenang di kelopak mata menandakan dia mungkin kalah di dalam peprangan kali ini.

Tanpa membuang masa, Qistina segera membenamkan kepala di atas ribanya untuk menyorok air mata yang menitis. Dadanya berombak laju menahan perasaan.

"Please please, I want to go. Nak keluar, tolong, tolong" rintih Qistina dalam diam.

Dia mengangkatkan kepalanya seketika, melihat 'Aisy di sisi kirinya. Lalu dia bertanya,

"Weh 'Aisy, lambat lagi ke majlis ni nak settle?" Qistina bertanya sambil menahan ketar.

Emosinya semakin membuak-buak, perasaannya penuh membanjiri seluruh tubuh.

Terasa seperti disiat-siat kulit, daging dan segala isi perutnya pada ketika itu.

"Haah, lambat lagi rasanya. Nantikan ada cabutan bertuah lagi, blabla. Asal?"

"Tak, takde apa" balas Qistina ringkas.

Kepalanya ditundukkan kembali.

Air mata mengalir tanpa henti.

Tiada siapa pun yang menyedari keadaannya sekarang.

'Someone please notice me, found me' bisik hatinya terdesak.

Lidahnya kelu tidak mampu berkata-kata walau satu huruf pun. Air mata masih lagi tidak berhenti mengalir. Sepanjang majlis, Qistina langsung tidak mengangkat kepala.

Dadanya senak.

Nafasnya tersekat.

Dalam pada Qistina sedang berperang dengan dirinya sendiri, 'Aisy mula menyedari perubahan fizikal rakannya itu. Sebentar tadi semasa dia mengangkat muka, kelihatan muka Qistina pucat lesi seperti sedang menahan sakit.

Tanpa membuang masa, 'Aisy meletakkan lembut tangannya di bahu Qistina.

"Qis, hang okay dak ni? Hang sakit?" soal 'Aisy perlahan dan penuh hati-hati. Risau sekiranya Qistina betul-betul sakit.

Qistina mengangguk ringkas mendengar pertanyaan 'Aisy. Dia tidak mahu orang melabelnya sebagai attention seeker di tengah khalayak ramai.

"Aku okay 'Aisy jangan risau" balasnya sambil cuba untuk mengukirkan senyuman.

Mendengar jawapan Qistina, 'Aisy tahu segala yang keluar dari mulut rakannya sebentar tadi langsung tidak jujur. Tengok muka saja dah tahu tengah tahan sakit. Namun, dia hormat akan privasi Qistina lalu tidak bertanya dengan lebih lanjut.

Melihat 'Aisy yang menerima bulat-bulat jawapannya, Qistina mula menyumpah di dalam hati.

'Bodoh kau bodoh Qistina. Asal susah sangat nak jujur kat orang? Kau memang bodoh!'

Tangannya terketar-ketar menahan perasaan.

Semakin lama, dia dapat merasakan entiti itu semakin berkuasa.

Satu entiti yang seringkali menang dalam peperangan.

Perasaan.

Perasaan yang melebihi had.

Overwhelming.

Yang akhirnya selalu membawa kepada self-harm.

Bibirnya terketar-ketar melawan kekuatan dalaman yang semakin memberontak ingin bebas mengawal badan.

'You can do this, tahan sikit lagi, nanti masuk bilik you can do whatever you want. Not now please please please'

Hatinya berbisik merayu, air matanya mengalir laju.

Where did it all goes wrong?

Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now