Bab 2

142 8 5
                                    

"Geng! Jom movie malam ni!" kata Qistina lalu melemparkan senyuman dari telinga sampai ke telinga.

"Pehal tiba-tiba suggest tengok movie ni oi hahaha orang tengah bincang pasal masalah dunia ni!" kata 'Aisy sambil gelak.

"Alah jomlah, presentation dah settle, assignment tak dapat detail instruction lagi, test pun tak finalize lagi. Jomlah sekali malam ni. Aku ada cerita best ni!" galak Qistina memberi rasional.

"Wah cerita apa tu?" tanya Hafizah teruja.

"Ceritanya begini. Suatu masa dahulu, a-"

"Ha ko duk diam-diam, lawak ko tu simpan jap" Qistina laju memotong bicara Farah kerana sudah maklum dengan lawak bodoh rakannya itu.

Farah ketawa terbahak-bahak apabila lawaknya tak sempat untuk dihujahkan kepada orang ramai.

"Ada satu movie ni, thriller. Kisah dia pasal orang tu kena tuduh buat jenayah padahal dia tak buat pun, then turn out memang ramai gila yang dijadikan kambing hitam. Ada mastermind yang tuduh orang-orang ni. Mindblowing gila weh aku tengok!" terang Qistina panjang lebar.

"WOW, I'm in. Sebab kena dengan jiwa aku," 'Aisy berkata sambil tangannya diangkat tinggi.

Qistina menghentak kecil kakinya tanda teruja.

"Ni cerita apa? Melayu? English? Korea?" Hafizah bertanya lagi.

"Tengok muka Qis ni pun aku dah tahu dia suggest cerita Korea Pijah oiiii" kata 'Aisy sinis.

Qistina tersengih seperti kerang busuk.

"Alah saya tak tengok cerita Korea emm tapi bolehlah sebab bukan selalu kan Qis ada time weekend"

"Ha naisssss semua on eh??? Yeayyyy"

"Aik? Aku tak cakap pun lagi aku on ke tak" protes Farah.

"Ahhh, kau takyah jawab pun dah tahu on. Action je lebih en. Ko jugak yang offer bilik semalam bila aku cakap nak tengok movie"

Farah ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Qistina. Kemudian, laughing virus itu berjangkit dari satu ke satu individu.

'Hope this last forever' bisik hati kecil si gadis sasa.

***

Tangan Hafizah terketar-ketar menahan aliran adrenalina yang semakin memuncak. Kakinya sekejap dilipat ke kanan, sekejap dikilaskan pula, sekejap lagi diluruskan kembali, seperti cacing kepanasan yang dibakar api terus.

"Pijah, awak ni kenapa?" soal Qistina sambil tergelak kecil.

"Sayanebehdfnakpdsfessen" jawab Hafizah laju.

Qistina mengerutkan dahi mendengar jawapan rakannya yang langsung tidak berbutir. Ketawa kecil terlepas dari mulutnya akibat gelagat kawannya yang mencuit hati.

"Tarik nafas, pelan-pelan cakap, okay? Ha kenapa ni?"

Hafizah menarik nafas sedalamnya, kemudian dihembuskan perlahan-lahan. Diulang lagi sekali aktiviti itu, mengikut rentak tangan Qistina yang naik turun untuk mengurangkan debaran rakannya.

"Okay dah lega sikit" kata Hafizah ringkas.

"Ha kenapa ni pijah?"

"Saya kan cabut undi nombor 3 haritu, so maknanya saya dah kena present la kut harini Qisss. Saya takut saya lupa teks arab saya nanti macam mana!"

Qistina mendengar dengar tenang. Tangannya menggenggam kemas tangan Hafizah untuk menyalurkan segala jenis kekuatan.

Tidak lama kemudian, Hafizah melonggarkan genggaman Qistina lalu menuju ke pintu kelas.

"Saya pergi keluar lah kejap ye Qis, ambil angin luar. Rasa lemas lah dalam kelas ni," ujarnya sambil berjalan keluar.

"Nak ikuttttttttt" Qistina bingkas bangun lalu mengikut gadis berdarah Kelantan itu menuju ke taman yang terletak bersebelahan dengan bangunan KOS1 itu.

Sampai sahaja di luar, Hafizah menghela nafas panjang.

"Awak okay tak ni Pijah?"

"Entahlahsayanervoussebenarnyayelamungkinsebabinipresentationfirstsayakenacakaparablagikanmungkinsebabtusayanervouskuthahaha" jawab Hafizah dalam satu nafas.

Qistina tergelak besar mendengar jawapan yang keluar daripada mulut rakannya seperti peluru machine gun. Langsung tak ada tomakninah!

Tanpa mengucapkan apa-apa, Qistina mendepangkan kedua belah tangannya ke tepi, lalu mengangkat kening kepada Hafizah.

Hafizah terkaku melihat bahasa isyarat yang dilakukan oleh Qistina. Dia membalas dengan mengangkat kening kembali.

Qistina mengeluh kecil melihat rakannya yang tidak mendapat klu. Kedua belah tangannya dikuis sedikit menandakan isyarat 'masuk'.

Hafizah masih lagi dengan mengangkat kening.

"Ish dia ni, lambat betul! Ingat awak sorang je ke ada kening haaaaaa???" gelak Qistina.

"Ala meh laaaaa, saya peluk" Qistina menyambung.

Melihat Hafizah yang tiada reaksi, Qistina bergerak satu langkah kehadapan lalu menarik sahabatnya itu untuk dipeluk rapat. Tangannya mengusap lembut untuk menenangkan.

"Awak boleh buat ni, awak kan Hafizah yang hafizah?! Okay?"

"Okay...." Hafizah menjawab perlahan sambil menahan air mata yang bertakung.

Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now