Bab 17

46 4 0
                                    

Qistina terjaga apabila mendengar alarm subuhnya berbunyi. Pipinya terasa keras akibat daripada bekasan air mata paksa yang tumpah semalam setelah kepalanya dihantukkan sepuas hati pada dinding konkrit rumah itu. Dia bingkas bangun lalu bergerak untuk mandi secara ala kadar.

Entah mengapa pagi ini terasa ringan sekali tubuhnya bergerak kesini kemari. Mungkin efek daripada pil entah apa-apa yang ditelannya semalam dalam jumlah yang tidak diketahui.

Campuran ubat pil itu ibarat penawar kepada jiwa dan mindanya yang bercelaru. Usai mandi, beberapa helai jubah dicampak masuk ke dalam bagasi kecil untuk dibawa pulang ke universiti.

Kemudian dia beralih pula kepada beg laptop. Segala perkakas keperluan disumbat tanpa menghiraukan kekemasan lagi.

Satu bungkusan kecil yang dibalut kemas menggunakan kertas A4 diselitkan pada poket sisi beg itu.

Sedang asyik dia mengemas, tiba-tiba matanya tertangkap sekotak ubat pil yang dijumpai di dapur tempoh hari.

'Heh'

Bibirnya terjungkit sedikit.

Selesai mengemas, Qistina menyauk sehelai jubah hitam dan dipasangkan dengan tudung bawal hitam, stoking hitam dan kasut hitam.

Begitulah ibarat visual hati dan fikirannya.

Gelap tanpa cahaya, tanpa jalan penyelesaian.

Bagasi itu kemudian diangkat dan dibawa turun ke tingkat bawah. Sebelum keluar dari rumahnya, Qistina berhenti seketika di hadapan cermin yang berada berhampiran pintu utama. Matanya merenung tepat ke arah mata di hadapannya.

Pandangan kosong.

Tanpa perasaan.

Kelihatan kering.

"Kesian kau ni kan? Dahlah buruk, gemuk, sasa, tinggi, bebal. Habis semua yang buruk kau sapu. Perempuan apa kau ni bodoh? Baik kau mampus ah sial" bisik Qistina perlahan. Bibirnya terjungkit sinis melihat insan di hadapannya itu.

'Pathetic'

Lintas hatinya.

Dia mengetap bibir untuk menahan geram yang mula memuncak. Geram melihat diri sendiri yang tiada nilai. Namun dicuba kawal sedaya upaya untuk tidak menarik perhatian keluarga yang berada berhampiran.

Nafas ditarik sedalam yang mampu kemudian dihembus keluar. Qistina mengulanginya berkali-kali supaya ahli keluarganya akan terpedaya dengan topeng yang bakal dipakai untuk menyembunyikan keadaan yang sebenar.

Dia mengukirkan senyuman ringkas sebelum bergerak meninggalkan rumah yang berumur hampir sama dengan dirinya.

Qistina menghulurkan bagasinya kepada Amran, lalu berjalan menuju ke arah Puan Hakimah yang sedang menyiram pokok.

"Kakak nak gerak dah ke?" Puan Hakimah menyapa.

"Haah umi, nanti takut sampai lewat pulak," kata anak gadis itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Jaga diri tau dekat sana? Belajar elok-elok," salam anaknya itu disambut kemas, diikuti dengan pelukan erat seorang ibu.

"Okay" Qistina membalas ringkas.

Tiada setitis air mata pun yang jatuh, tidak seperti sebelum ini. Hatinya terasa tawar. Walhal, pelukan si ibu adalah kelemahan utamanya semenjak dahulu. Pantang dipeluk, laju sahaja air mata akan keluar.

Namun kali ini, terasa kosong.

Jiwanya hilang entah kemana.

Batinnya kosong tanpa isi.

Matanya juga langsung tidak bertemu mata dengan Puan Hakimah. Takut rahsianya terbongkar.

Kemudian dia bergegas untuk bersalaman dan berpelukan dengan Encik Nazif pula. Masih sama, hatinya tidak terisi. Ibarat ada sesuatu yang menutup rapat semua pintu hatinya.

Tanpa membuang masa, Qistina bergegas masuk ke dalam kereta dan dudu di tempat penumpang. Tangannya laju memasang earphone di telinga. Matanya dipejam rapat.

Dia tenggelam di dalam dunia ciptaannya.

Where did it all goes wrong?

Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now