Bab 4

81 10 0
                                    

"Perghhh perform ah slide kawan Ganu kita!" kedengaran suara Farah lantang memuji Qistina tatkala masing-masing sedang sibuk memilih lauk untuk makan tengah hari.

Mendengar kata rakan merangkap sahabat barunya itu, Qistina mencebik dan mengerutkan hidungnya tanda malas melayan. Tangannya ligat mencari bahagian ayam yang disukai.

"Mu dok sembang sari doksoh op" dia membalas menggunakan dialek pekatnya. Menjadi orang kampung bukanlah senang untuknya menukar dialek dalam masa terdekat. Oleh itu, terpaksalah rakan-rakanya yang lain bekerja keras untuk memahami setiap patah kata Qistina.

"Tah Farah ni, dia cakap macam slide dia tu buruk sangat kan. Padahal sapa tah yang lecturer puji sebab pandai explain tadi" 'Aisy membidas kembali kata-kata Farah.

Mendengar sokongan moral daripada 'Aisy, Qistina tersengih seperti kerang busuk. Dia melangkah laju untuk berdiri di sebelah gadis Perlis itu.

"Harini aku belanja kau sebab support aku" bisik Qistina lalu mengenyitkan matanya.

Kedua-keduanya kemudian terkekek-kekek ketawa apabila Farah mengaku kalah akhirnya.

Petang itu, setelah selesai jadualnya untuk hari ini, Qistina melangkah laju menuju ke bilik hostel. Belakang badannya mula memanggil-manggil tilam asrama yang tak berapa empuk itu. Sampai sahaja di hadapan pintu, dia mengeluarkan senyuman apabila mendapati pintu berkunci.

'Tak ada orang. Yesssss'

Pintu biliknya dibuka luas sambil terdengar bait-bait lirik lagu bermain dibibir. Dia melangkah masuk ke dalam bilik sambil menghirup udara yang terasa segar apabila berseorangan.

"Amboi Qistina seronoknya" kedengaran satu suara menegur.

Matanya mula membulat apabila mendengar suara Khadijah, salah seorang daripada teman sebiliknya. Dia kembali kaku berdiri tegak sambil tersengih kekok.

"Eh haha awak ada rupanya, saya ingat tak ada orang..."

"Ada je ni, cuma rasa takut tadi duduk sorang tu yang saya kunci" Khadijah membalas mesra.

"Oh haha, saya masuk dulu lah ye" Qistina laju mencari alasan untuk melarikan diri sementara temannya itu mengangguk ringkas.

'Bodoh lah kau Qis ha kan dah malu, isy bodoh bodoh bodoh!'

Dia berjalan laju menuju ke ruangannya sambil mengutuk diri sendiri di dalam hati. Hari ini berlalu terlalu baik untuknya tidak menyanyi. Namun kehadiran Khadijah semestinya membantut niatnya untuk berkaraoke.

Setelah selesai menyalin pakaian, Qistina melontarkan badannya ke atas katil. Mulutnya melepaskan keluhan. Bibirnya mengukirkan senyuman apabila meningati hidangan tengah hari tadi yang cukup memuaskan. Perutnya terasa seperti hendak meletup.

Pembentangan juga berjalan dengan amat lancar pagi tadi. Segalanya adalah sempurna untuk harini. Namun entah mengapa, hatinya terasa kosong.

Gembira itu hanya datang ketika dia bersama rakan-rakannya yang lain. Apabila berseorangan terasa seperti ada yang tak kena.

"Kenapa aku rasa macam ni eh?" Qistina bermonolog.

Terasa seperti ada sesuatu yang mencekik lehernya, menyebabkan nafasnya tidak teratur. Sesak.

Namun perasaan itu tidak kuat. Dia menggelengkan kepala berulang kali untuk menghilangkan rasa itu. Tangannya mencapai PS Vita yang terletak kemas di sisi katil untuk mengalihkan perhatiannya kepada perkara lain.

Where did it all goes wrong?

Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now