Bab 20

54 3 2
                                    

Azan Subuh di pagi Jumaat telah menyedarkan Qistina daripada ulitan mimpi. Terasa berat sekali kelopak matanya pagi itu.

'Tak hilang lagi ke, aduh...'

'Macam mana nak gi kelas kalau macam ni...'

Lambat-lambat dia bangun untuk membersihkan diri. Kelas pada hari itu bermula pada pukul 9. Masih ada beberapa jam untuk dia bersiap.

Seluruh isi badannya terasa amat berat. Seperti ada magnet yang berterusan menariknya kebawah mengikut graviti bumi. Namun digagahi juga dua batang kaki yang menampung, untuk berjalan menuju ke bilik air.

Selesai membersihkan diri, Qistina termenung menghadap cermin yang membiaskan separuh badannya itu. Mindanya masih terasa separa sedar. Dia seperti berada di awangan. Terasa terapung dibawa angin, berpusing mengikut daya.

'Kuatnya kesan benda ni'

'Ingatkan pagi ni dah okay, rupanya tak'

'Nasib baik boleh bangun'

Kepalanya terasa berat sekali. Melihatkan saki baki waktu yang masih panjang, dia merehatkan kembali tubuh badannya di atas katil. Jubah di badannya masih lagi jubah yang sama dengan semalam, tudung yang sama. Menandakan betapa kusutnya insan ini.

'Macam mana aku boleh jadi macam ni...?'

'Sakitnya kepala aku ya Allah'

'Apa aku patut buat ni?'

Tiba-tiba dia teringatkan pesanan Rajihah semalam,

"Esok pergi klinik okay?"

Qistina pantas mencapai telefon disisi, dan menekan butang call keatas salah satu contact.

Ringing...

Ringing...

Ringing...

Connected.

"Hello Qis?" kedengaran suara dari talian sebelah.

"Pijah..." Qistina membalas lemah.

"Ha kenapa Qis?"

"Boleh tak awak datang bilik saya sekarang?"

"Kenapa awak sakit ke Qis?"

"Em haah, saya sakit. Nak mintak tolong awak bawakkan saya pergi klinik"

"Saya sebenarnya ada di KOS ni tapi dah on the way balik mahallah. So, awak tunggu kejap ye?"

"Boleh takde masalah. Tapi emm.."

"Ye Qis?"

"Nanti awak datang bilik saya awak jangan terkejut tau tengok keadaan saya haha"

"Ish awak buat saya riasu pulak. Kejap tau saya dah tengah jalan laju-laju ni nak balik asrama!"

"Okay Pijah.."

Qistina meletakkan telefonnya ke tepi. Dia berbaring sementara menunggu kehadiran Hafizah.

Tidak lama selepas itu, kedengaran pintu bilik dibuka, disusuli dengan suara Hafizah memberi salam. Tidak lupa juga rakannya itu kedengaran mengah kerana bergegas dari KOS yang maha jauh itu.

Masuk sahaja Hafizah ke kubikel Qistina, mulutnya terlopong. Matanya menjelajah ke lengan Qistina yang penuh dengan habuan. Hafizah duduk di sisi katil. Tangannya mengusap lembut lengan Qistina di bahagian yang tidak tercedera.

"Awak okay Qis?"

"Lengan awak ni kenapa?"

"Awak sakit apa?"

Bertubi-tubi soalan yang diajukan.

Qistina tergelak kecik melihat reaksi sahabatnya yang sememangnya sudah dijangka dari awal.

"Awak janganlah gelak, saya risau ni!" Hafizah menepuk perlahan peha Qistina.

"Hehe, saya okay je ni. Cuma..."

Hafizah diam tidak berbicara, menunggu ayat yang seterusnya keluar.

"Cuma saya..."

Hafizah mengangkat kening tanda keliru.

"Ish susahlah nah cakap. Nah tengoklah ni"

Qistina menghulurkan sepapan ubat yang telah habis dimakan.

"Kenapa dengan ubat ni? Awak sakit kepala ye Qis?" soal Hafizah yang masih lagi tidak faham.

Sekali lagi, Qistina tergelak besar akan karenah rakannya yang cukup innocent.

"Cepatlaaaa awak sakit kepala ke Qisssss?" Hafizah mula mendesak.

"Hahaha bukanlah Pijah"

"Habistu kenapa makan ubat ni banyak-banyak? Lengan ni pulak? Kenapa macam ni?"

"..."

"Qistina jawablah saya"

"..."

"Qistina"

"Saya nak mati Pijah"

Hafizah terdiam. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

"Saya cuba untuk bunuh diri, sebab tu saya buat semua ni." Sambung Qistina apabila melihat tiada respon daripada Hafizah.

Bang. Satu lagu kenyataan yang membuatkan dia speechless.

"Lengan ni, saya buat sebab saya rasa macam saya hidup tapi mati. Saya rasa macam saya bukan manusia. Saya rasa macam seluruh kehidupan saya ni adalah khayalan semata-mata. Macam tak real."

Hafizah tekun mendengar. Sekali sekala tangannya mengusap lembut, memberi semangat. Tak sangka, rupanya ini yang selama ini dihadapi oleh rakannya dalam diam. Bertarung nyawa dengan diri sendiri.

"So..boleh awak bawakkan saya pergi klinik? Saya tak jadi lah nak mati"

"Ish awak ni apa cakap macam tu!" Hafizah menepuk peha Qistina lagi sekali.

Qistina tergelak kecil. Seronok melihat gelagat Hafizah.

"Jomlah pergi klinik, saya dah drained ni. Dari tadi tak makan apa"

"Oh ha okay jom. Awak boleh jalan tak?" soal Hafizah serius.

Qistina sekali lagi tergelak melihat gelagat rakannya itu. Sungguh innocent!

"Kalau awak nak suruh saya lompat pun boleh Pijah,"

"Ehhhh jangan lompat, kalau awak pengsan tak larat saya nak angkat awak sorang-sorang"

Qistina tertawa buat kesekian kali mendengar jawapan Hafizah. Terasa lega selepas berlaku jujur dengan seseorang yang berdekatan. Terasa seperti...selamat.

Selamat daripada diri sendiri.

Kedua sahabat itu pun berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat mengambil penumpang untuk menaiki teksi ke klinik.

Sampai sahaja di klinik, Qistina terus dimasukkan ke bilik kecemasan dan dimasukkan air untuk meneutralkan kembali racun yang ada di dalam badannya.

Usai dimasukkan jarum, sebuah ambulans tersedia untuk membawa Qistina ke hospital berdekatan untuk dipantau sehingga stabil.

Dalam pada ambulans mula bergerak untuk membawanya ke hospital, Qistina tenggelam di dalam lamunan.

'Syukur ya Allah, engkau masih mendengar rintihan hamba sehina aku'

Where did it all goes wrong?

Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now