Bab 7

61 7 1
                                    

Matanya merenung tajam skrin komputer riba yang dipenuhi dengan tulisan arab yang berekor-ekor.

Satu keluhan berat keluar dari mulut Qistina.

"Satu apa pun tak faham"

Setelah hampir 3 bulan belajar dalam bidang agama, hatinya makin lama makin menjauh daripada realiti.

Terasa seperti berada di dunia yang asing.

Sangkanya bidang agama adalah jalan pintas untuk mendapat ijazah, meleset sama sekali.

Jangankan ijazah, asasi pun sudah bingung.

Qistina merenung jauh akan nasibnya di masa hadapan.

"Mampu ke aku follow up sampai ke degree dah kalau assignment 2 pages pun sangkut?"

Rambutnya dilurut kasar untuk melepaskan geram yang berbuku di hati.

"Arghh! Bodohlah aku, asal semua benda pun tak pandai?!!"

"Kalaulah ada satu bidang je yang aku master, kan senang. Tak payah bidan terjun macam sekarang..."

"You're so useless Qistina. Useless"

Tanpa disedari, segala monolog itu telah membangunkan sisi lainnya yang agresif. Sisi yang telah lama disimpan rapi dari penglihatan umum.

***

Mulut Qistina terbuka luas menandakan badannya perlukan rehat. Dia mengerling jam yang berada di skrin telefon bimbitnya.

11.00pm.

"Patutlah ngantuk, dah pukul 11" dia berkata.

Dia pun bingkas bangun dari pembaringan untuk pergi membersihkan diri sebagai persiapan untuk tidur.

Tangannya lemah mencapai ubat gigi dan berus gigi. Matanya merenung kosong ke arah sekeping cermin besar di hadapan sinki.

Harini adalah hari yang amat memenatkan untuk Qistina. Segala macam assignment perlu dihantar pada pagi tadi membuatkan semalam dia tidak cukup tidur. Oleh itu, dia ingin menggantikan kembali waktu-waktu tidur yang telah digunakan untuk bekerja.

Sedang asyik dia memberus gigi sambil merenung cermin besar itu, kepalanya tiba-tiba sesak, penuh dengan bayangan yang menakutkan.

Mata Qistina yang pada mulanya kuyu kini menjadi besar. Dia cuba untuk menggeleng-gelegkan kepala dengan harapan bayangan itu hilang dari fikirannya.

Sebolehnya dia tidak mahu berfikir yang aneh di waktu gelap malam dan berseorangan ini.

Namun sayang, fikirannya masih padat dengan gambaran yang menakutkan. Malah, lebih dahsyat.

Tangannya mula berhenti daripada memberus, terus bergerak untuk mengetuk kepala berkali-kali supaya rasa sakit dapat menandingi imaginasi yang melampau itu.

"Bodoh tak payah lah fikir benda bukan-bukan. Please jangan, jangan..."

Qistina merayu pada diri sendiri.

Semakin lama pukulan menjadi semakin kuat dek perasaan takut yang mula menyelubungi diri.

Akhirnya satu pukulan kuat yang terakhir singgah di kepala, membuatkan segala fikiran itu hilang.

Qistina menghela nafas lega.

"Bodoh lah otak aku fikir benda bukan-bukan. Bodoh."

Tanpa membuang masa, Qistina bergegas mencuci apa yang patut lalu bergegas pulang ke biliknya tanpa menoleh kebelakang.

Sepanjang perjalanan ke bilik, bermacam imaginasi baharu hinggap di kepalanya namun segalanya cuba ditepis dengan pukulan demi pukulan.

Namun seperti biasa, imaginasinya tidak akan pernah berhenti.


Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now