Bab 14

45 4 0
                                    

Matanya merenung tajam menembusi PS Vita yang kemas berada di genggaman tangan. Sekali sekala badannya terikut sekali bergerak seiring dengan permainan video yang terpapar di skrin. Qistina sedang khusyuk berusaha untuk memintas pihak lawan yang berada jauh di hadapan.

"Sikit lagi. come on Audi, come on! Laju!!" omelnya sendirian.

Sekelilingnya berselerak dipenuhi bungkusan makanan dan cebisan biskut jagung.

"Woi"

"HA"

"HAAA!"

"WOI BODOH LAH SIKIT LAGI ARGHH!!"

Qistina merejang kuat kaki dan tangan akibat tidak berpuas hati. Dadanya berombak kuat menahan amarah.

"Ish bodohlah semua benda! Gila!" dia bertempik memenuhi ruangan bilik.

Hari ini weekday, menandakan teman sebiliknya yang lain sibuk ke kelas. Berbeza buat gadis ini, jadualnya untuk semester 2 teramatlah lapang yang meletakkan hanya 2 jam sehari, Isnin hingga Rabu. Jadi, terlalu banyak masa lapang yang dia habiskan dengan tidur dan melepak di dalam bilik sepanjang hari.

Belakangan ini, selalu sahaja Qistina melenting tidak tentu pasal. Daripada sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besarnya. Dia juga makin menjauh daripada dunia luar, lebih suka menyendiri di dalam bilik.

Ditambah pula langsir yang kekal tertutup untuk mewujudkan suasana gelap di dalam bilik hostelnya. Pakaian pula, Qistina lebih gemar mengenakan all black, berjubah hitam dan bertudung hitam, menampakkan lagi ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.

Seringkali pelawaan Farah, Hafizah dan 'Aisy untuk mengajaknya makan ditolak mentah-mentah. Tidak kira hari dan waktu.

Sedang dia cuba untuk mengawal amarah, tiba-tiba telefonnya berbunyi, meminta untuk diangkat.

Farah.

Nama yang tertera di skrin telefon.

Qistina mencapai malas telefon bimbitnya. Langsung tidak bertenaga untuk melayan Farah.

"Helo" ucapnya ringkas

"Qistina qisqissssss buat pe tuuuuuu" kedengaran suara ceria Farah dari hujung talian.

"Haha takde apa ni saje lepak atas katil dalam bilik. Asal?"

"Aku nak gi kafe ni kau nak ikut tak?"

"Em taknak lah" Qistina bermalas-malasan.

Sejujurnya minggu itu dia langsung tidak sentuh nasi atau apa-apa hidangan berat. Makanan hariannya cumalah biskut jagung kering. Tekaknya terasa mual untuk menjamah makanan tanpa memuntahkannya kembali.

Sementara itu, Farah berasa serba salah. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan rakannya ini. Sering sahaja mengelak untuk bercakap, melepak, suka berjalan sendirian berbekal fon telinga yang melekat di sisi, berpakaian serba hitam saban hari, masakan dia tidak bimbang?

Farah sudah mengagak dari awal yang Qistina akan menolak pelawaan makan bersamanya cuam dia ingin mencari alasan untuk meninjau keadaan semasa gadis itu.

"Qistina," Farah memanggil dari dalam talian

"Ha apa?"

"Nanti lepas aku makan kat kafe aku nak singgah bilik kau jap boleh?" Farah meminta izin.

Qistina mula berasa tidak selesa.

'Asal pulak nak datang bilik aku ni, aduh' bisik hati kecilnya.

"Err, kenapa Farah?"

"Ala sajelah nak tengok. Aku dah lama tak nampak batang hidung kau. Kita kan tak sekelas sem ni, rindu pulak rasa dekat bilik kau ehe" Farah cuba memberi alasan.

"Ha yelah yelah, tapi bilik aku sepah ni pastu aku tak mandi kau jangan complain!"

"Ehe tak tak aku tak complain. Tunggu tau! Lepas makan nanti aku datang" kata Farah ceria.

Dalam diam, dia memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana Qistina tidak menghalang untuk berjumpa dengannya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa risaunya hati seorang sahabat.

"Where did it all goes wrong?" bisik Farah sendirian.

Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now