Bab 1

294 8 4
                                    

Matanya merenung tajam ke hadapan, seperti harimau kelaparan. Tangannya kemas menggenggam satu entiti tajam yang berkepala bulat dan licin. Semakin lama, renungannya berubah menjadi semakin tajam.

Tangannya pula semakin tekun menikam menggunakan entiti tajam berkepala itu. Satu di bahu kanan, satu di bahu kiri, satu lagi ditikam berhampiran telinga kanan. Sedang dia tekun menusukkan entiti itu berhampiran telinga, tiba-tiba

"Aduh!"

Dengusan kecil mula lolos dari bibir. Mukanya berpeluh-peluh menahan nafas untuk mengelakkan kesilapan berlaku lagi.

Ritual itu berhenti tatkala entiti ketiga telah ditikam masuk sepenuhnya. Mulutnya menghela nafas lega. Tatkala nafas dihela, cermin mula berkabus. Peluh di muka semakin menjadi-jadi.

"AHHHH PANAS!!!! CAIR BEDAK GUE!!" jerit Qistina sambil cuba untuk membaiki makeup yang semakin mencair.

"Susahnya jadi perempuan! Nak kena pakai bedaklah, sunscreenlah, moisturiserlah, tudung kena pakai jarum banyaklah, ha berpeluh dah ha! Panas pulak tu bilik aku ni!! Dahlah tercucuk jarum tadi! Ish!!" bebelan panjang akhirnya dihamburkan keluar setelah beberapa minit dirinya fokus untuk memakai tudung.

Matanya mengerling ke arah jam tangan di sisi.

8.20 pagi.

Hari ini adalah hari pertama dirinya bergelar sebagai seorang pelajar universiti. Kelas telah dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi setiap hari. Sebagai seorang pelajar yang bersemangat, Qistina mula mandi pada pukul 7.30 pagi seterusnya bersiap dengan baju kurung ungu yang siap digosok dan tudung shawl berwarna coklat, dikenakan pula dengan kasut snickers hitam bertali putih.

Kelihatan sungguh tidak bergaya, kerana memang itulah hakikat seorang Qistina, a fashion terrorist.

"Dah siapppp!" tangannya mencapai kad pelajar yang disusun rapi di atas meja, lalu menciumnya buat kesekian kali. Terasa teruja memiliki kad sendiri. Terasa ada class.

Qistina berjalan santai menuju ke arah pintu bilik sambil menjinjit keluar kasut kesayangan. Memang semua kasut kepunyaannya adalah kasut kesayangan yang dijaga rapi, tidak ditayangkan di rak kasut, sebaliknya disimpan kemas di dalam almari. Saban hari kasutnya dilap menggunakan kain basah, kemudian dilap buat kali kedua dengan kain kering pula, memang cinta yang utuh.

Usai memakai kasut, dia bergerak menuju ke bilik rakan yang baru sehari berkenalan. Kebetulan pula bilik mereka hanya selang satu bilik, kini ditempatkan sekelas pula.

"Anisssss saya dah siap!!!" jerit Qistina dari luar koridor.

"KEJAPPP!!!"

"Takpe!!! Take your time awal lagi ni!!!"

"DAH NAK SIAP DAH SIKIT LAGI!!!"

"Sukatilah!!!"

"OKAY!! KEJAP TAU!!"

Kedua-dua mereka setia menjerit sehinggalah Anis keluar dari biliknya, lalu bergegas menuju ke kelas yang terletak 2km jauhnya daripada asrama.

***

"O...oksigen...udara...udara....." bisik Qistina perlahan sambil lengannya berpaut kemas pada bahu Anis. Merasakan beratnya anggota tubuh Qistina, Anis memejam rapat matanya menahan berat.

"Mana bangunan wei? Aku nampak rok je ni dari tadi... Kaki aku nok cabuk doh ni..."

"Kaki aku pun Qis, aaaaa dahlah panas, jauh pulak tu.." sokong Anis dalam keletihan berjalan, tambah pula dengan beban daripada lengan Qistina yang seberat gajah itu.

Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now