Bab 10

53 6 0
                                    

Tangannya laju mengemas nota yang berselerak di atas meja lalu disumbat ke dalam beg. Waktu lunch break hanyalah diterhadkan selama satu jam oleh itu Qistina perlu cepat bertindak.

"Qis, harini makan dekat FZ jom?" 'Aisy berkata.

"Em harini tak kut 'Aisy. Aku tak ada selera lah. Aku pergi solat terus ah" Qistina membalas sebelum mengukirkan senyuman.

"Okay ke ni? Nak aku belikan apa-apa?"

"Aku okay jangan risau, dah makan kenyang pagi tadi"

Dia tidak lekang mengukirkan senyuman untuk menyembunyikan segala keresahan yang ada di dalam hati.

"Pagi tadi makan apa?" 'Aisy masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan Qistina.

Wajah Qistina berubah serta merta.

'Mixed pills berapa biji entah' dia menjawab di dalam hati.

"Hang makan apa pagi tadi Qistina?" 'Aisy menyoal kembali apabila melihat pandangan gadis itu mula jauh menerawang.

"Adalah! Mana boleh bagitahu haha. Eh dahlah aku nak pergi solat dulu tau" Qistina berkata lalu melangkah laju meninggalkan rakan-rakannya yang lain supaya dapat melarikan diri.

Sampai sahaja di surau, dia menyusun kasut lalu berjalan sambil termenung. Masuk sahaja melepasi pintu, kedengaran suara rakan-rakan yang lain memanggil nama Qistina dari jauh, namun langsung tidak diendahkan. Fizikalnya maju ke hadapan namun mentalnya terbang di awangan.

"QIS OI!" jerit Farhana, rakan sekelasnya.

Jeritan itu mematikan lamunan Qistina lalu matanya mencari arah sumber suara tadi. Melihat Farhana dan yang lain-lain sedang melambai, dia tersenyum paksa lalu bergerak ke arah kelompok itu. Walaupun terasa ingin bersendirian, mahu atau tidak dia tidak boleh megabaikan rakan-rakannya.

Qistina mengambil tempat di sebelah Anis yang berpuasa pada hari itu lalu merebahkan badannya ke atas lantai surau.

"Kau tak makan, Qis?"

"Takde selera lah Nis, aku ngantuk"

Tudungnya dilipat kemas lalu diletakkan di sebelah tudung yang lain.

"Qis, nak dengar cerita tak?!" Farhana bertanya girang. Kebiasannya bercerita dengan Qistina akan membawa gelak besar pada kelompok mereka dengan komen-komennya yang bersahaja membuatkan ramai orang selesa dengan gadis itu.

"Harini tak kut Far, aku penat. Aku tidur dulu tau? Nanti dah azan kejut aku" balas Qistina lemah sambil membetulkan posisi tidurnya.

Farhana agak terkejut melihat keadaan Qistina seperti itu. Tidak pernah dilihat gadis itu selemah ini.

"Weh dia demam ke?" bisik Farhana pada Anis.

"Tak lah. Semenjak daripada minggu lepas dia dah macam tu dah. Selalu termenung, tak ada mood" kata Anis yang lebih tahu kerana mereka berkongsi aras yang sama.

Selalu sahaja Anis terjumpa Qistina di dalam bilik air, termenung jauh ketika memberus gigi. Namun dia tidak berani untuk bertanyakan lebih lanjut memandangkan Qistina agak garang dan strict dengan kehidupan peribadinya.

Dalam pada itu, Qistina menahan sebak di dada apabila mendengar bisikan rakan-rakannya itu. Matanya dikejam serapat-rapatnya untuk menahan air mata dan mukanya dibenamkan jauh dari pandangan orang luar.

Where did it all goes wrong?

***

Matahari pagi menjelma, menyimbah terang bilik Qistina yang gelap gelita. Perlahan-lahan matanya terbuka, bangun dari alam mimpi yang jauh bezanya dari realiti. Hatinya terasa sedikit ringan hari ini. Mungkin kerana beberapa ketukan di kepalanya semalam berjaya memberi sedikit kelegaan.

Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now