Present 1

380 13 3
                                    

Matanya tajam memandang kosong ke arah dinding bilik yang berwarna hijau kuning itu. Hatinya diselami pelbagai rasa, mindanya serabut didatangi kembali segala memori pahit yang menghantui hidup.

Tangannya pula ralit bermain dengan beberapa papan ubat. Sehari demi sehari, dia mengumpul pil itu sehingga mencecah berbiji-biji. Dan hari ini dia nekad untuk menyelesaikan segalanya.

Terlalu banyak hati manusia yang dijaga, sehingga hati sendiri tidak terjaga.

Terlalu banyak pendapat orang diambil kira sehingga kata sendiri tidak berbicara.

Tanpa berfikir panjang, kesemua biji pil itu ditelan sekaligus. Matanya berair menahan kelat ubat yang banyak itu.

Setiap kali ditelan, tekaknya terasa kembang dan ngilu.

Setelah habis kesemuanya disumbat ke dalam badan, Qistina terbaring lemah.

"All I have to do now is to endure the pain, act like nothing happened, and die"

'Sikit lagi aku kena tahan, then it'll be over'  bisik hati kecilnya.

Bibirnya mengukirnya senyuman tatkala dia merasakan pipinya basah dicucuri air mata.

Where did it all goes wrong?

Lemas di UdaraWhere stories live. Discover now