Bab 45

4K 187 8
                                    

Aku dan Umar duduk berehat di ruang tamu selepas makan malam. Daddy dan mummy juga bersama-sama kami menonton rancangan televisyen.

"Mummy seronok sangat hari ni Hana!" ujar mummy secara tiba-tiba di tengah-tengah rancangan.

"Kenapa mummy?" aku tanya tanpa menoleh ke arahnya sebab aku tengah asyik sangat tengok drama ni. Minah heroin dalam drama ni baru nak tahu siapa pembunuh bapak dia..

"Sebab dapat lunch dengan Hana dan Carl tadi la!"

Dushummm. Bagai dipanah petir terasa aku seketika. Apsal mummy pergi cakap pasal ni sekarang? Dekat depan Umar?

Aku mengerling ke arah Umar. Pandangannya masih tertumpu ke kaca televisyen. Dia dengar tak agaknya..

"Ok.." Aku menjawab sepatah dan berdoa dalam hati agar mummy tak sambung lagi.

Of course dia akan sambung lagi!

"Carl tu memang bagusla budaknya. He always knew how to make me laugh! Do you remember his joke about Parisian women and their poodles? Hahaha" mummy tertawa mengekek-ngekek seorang diri..

Aku hanya mengangguk-angguk kepala tanpa memberi sebarang reaksi.

"And you two looks so good together.."

"Mummy?!" aku dengan pantas memotong kata-kata mummy agar dia tidak menyambung lagi.

Tapi mummy buat-buat tak dengar..ke dia dengar tapi buat-buat tak faham?

"Kenapala tak ada jodoh Hana dengan Carl...Beria mummy dengan Aunty Vicky berangan pasal wedding korang..nak jadikan 'wedding of the yea'r kononnya. Haii.." mummy meneruskan kata-katanya tanpa mempedulikan perasaan aku dan Umar yang masih duduk di situ.

Aku memandang Umar dengan perasaan gelisah. Dia perasan aku memandang ke arahnya dan membalas senyuman aku. Tiada apa-apa reaksi negatif pun di wajahnya. Ke..memang dia tak dengar?

Tamat rancangan aku dan Umar meminta izin untuk naik ke atas bilik. Sampai di bilik hati aku berdebar-debar. Umar marah tak dekat aku agaknya..

Tetapi Umar tetap dengan rutinnya seperti biasa. Dia terus bersiap sedia untuk solat Isya'. Sementara menungggu aku bersiap dia membaca beberapa muka surat Al-Quran. Setelah habis solat Isya' berjemaah, aku bersalam dengan Umar seperti biasa. Namun, ketika aku mengangkat muka dan memandang wajahnya, ada riak sedih di matanya. Aku mengambil peluang ini untuk membuka mulut.

"Umar ok?" aku bertanya kepadanya.

"Saya ok..cuma penat sikit je main futsal tadi"

Hmm..dia tidak menyebut pulak tentang peristiwa tadi. Haruskah aku biarkan saja atau..

"Tadi Hana pergi ofis daddy ke?" tanya Carl kepada aku.

"Haah." Aku menjawab sepatah. Patut ke aku bagitahu dia yang aku sebenarnya berjumpa dengan Carl? Semenjak peristiwa dia bertanya kepada aku tentang Carl dalam e-mail dulu, isu ini tidak pernah timbul langsung. Umar memang mengetahui kewujudan Carl dalam keluarga kami, tapi aku tak tahu la apa perasaan dia tentang Carl sebenarnya..

"Masa tu ke mummy and daddy ajak Hana pergi lunch dengan..Carl?" perlahan sikit masa dia menyebut nama Carl.

"Haah..Hana sebenarnya nak balik terus..tapi mummy yang beriya-iya sangat ajak pergi lunch sama-sama." Aku masih berteka-teki dalam diri, nak bagitahu ke tak..nak bagitahu ke tak..

Kalau aku tak bagitahu, tu kira menipu ke?

Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk.

"Hana, Hana?" kedengaran suara mummy di luar bilik.

"Ye mummy.." aku terus membuka pintu.

"Esok teman mummy shopping boleh?"

Eh, tiba-tiba pulak mengajak aku shopping. Tak pernah-pernah pulak..

"Ermm.." aku menoleh memandang ke Umar yang masih duduk di sejadah. Dia mengangguk sambil tersenyum.

"Shopping kat mana mummy?"

"Adala..nanti mummy bawak esok. Goodnight!"

Aku hanya terpinga-pinga berdiri di pintu. Seingat aku tidak pernah lagi mummy mengajak aku shopping semenjak aku berhijab. Tak pelah..mungkin ade sesuatu yang dia nak mintak pendapat aku. Haaa..ntah-ntah dia nak beli tudung jugak tak? Tiba-tiba, terselit satu harapan di hati aku. 

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now