Bab 9

7.5K 327 3
                                    

Mesyuarat Jawatankuasa Minat Surau bermula tepat pukul 5 petang. Hari ini, aku pakai tudung warna maroon dikenakan dengan blaus dan skirt labuh daripada rona ungu. Aku lihat Umar juga memakai baju melayu warna ungu hari ni. Alamak, matching pulak! Aku tersengih-sengih seorang diri. Di sebelah kiriku, Sumaiyyah dan rakan-rakannya duduk berkumpul sambil berbisik-bisik memandangku. Aku buat-buat tak nampak.

Agenda hari ini adalah untuk membincangkan tentang cadangan mengadakan pertandingan fotografi dengan tema Islami. Foto penyertaan akan ditampal di segenap ruang pamer di surau dan para pelajar boleh mengundi foto kegemaran mereka. Kami juga akan mendapatkan khidmat nasihat En. Zamarul, penasihat Kelab Fotografi Kolej Kejora. Sejurus mesyuarat tamat, aku melangkah keluar surau untuk pulang ke bilik.

Daripada arah belakangku, sempat aku mendengar suara-suara kecil Sumaiyyah dan rakan-rakannya.

"Pakai tudung semata-mata nak mengorat!"

"Macam tu la anak orang kaya tak sedar diri"

"Masuk surau pakai tudung, keluar surau togel kepala!"

Berdesing telinga aku mendengar tohmahan daripada mereka. Aku percepatkan langkah ke pulang ke bilik. Bengkak hati aku dikutuk begitu. Walaupun ada betulnya kata mereka tu tapi perlu ke cakap depan-depan aku!

Sampai ke bilik, aku berhadapan pula dengan Lia. Aku nekad sudah malas lagi nak menyembunyikan pemakaian tudung aku daripada dia. Bersedia sajala untuk tadah telinga.

"Wow, pakai tudung pulak sekarang?" Lia mencebik bibirnya.

"Apa salahnya aku pakai tudung.."

"Hana, aku tau kau pakai tudung ni semata-mata sebab nak mengorat Umar tu je kan?"

"Kau bukan tahu apa yang ada dalam hati aku.." aku bersuara kepenatan.

"Hana, aku kenal sangat la kau ni. Kau ni sama je macam aku. Kita kan tak suka dengan perempuan pakai tudung jalan terhegeh-hegeh tersipu-sipu. Kita kan orang Islam liberal. Itu prinsip kita! Apa ? Sebab seorang mamat surau je kau lupa semua tu?"

"Lia, aku tau dulu aku fikir macam tu..tapi mungkin cara pemikiran kita salah.."

"Wow, memang hebat kuasa lelaki kan? Sampai boleh tukar prinsip diri!"

"Lia, aku tak nak gaduh la pasal ni.."

Lia merenung aku dengan pandangan tajam. Dengan kasar dia meluru keluar pintu dan menghempas pintu bilik. Aku dah biasa dengan perangai dramatik Lia ni. Tapi pada hari ini, aku terasa impaknya lebih. Mungkin sebab dia dramatik dekat aku kut. Selalu dekat boyfriend2 dia je. Aku geleng kepala dan terus bersiap sedia untuk mandi. Terasa penat sunggguh hari ini. Sudahlah seharian di kelas, kemudian mesyuarat, lepas tu terpaksa pula mendengar kutukan orang terhadap aku. Dan sekarang Lia pulak buat hal. Apalah nasib badan. Nak buat benda baik pun dikutuk sakan.

Selesai aku mandi, aku terus bentang sejadah dan pakai telekung untuk solat Maghrib. Selesai solat, perasaan aku berasa tenang kembali. Aku terus mengadap laptop untuk menyudahkan assignment. Dateline 3 hari lagi. Aku kena focus!

Tapi 5 minit mengadap Word Document aku sudah mula menekan butang Facecook. Aku scroll wall kawan-kawan aku. Ada yang update pasal filem yang baru mereka tonton. Ada yang update gambar lauk makan malam. Tak kurang juga yang meluahkan perasaan sampai berjela-jela panjangnya. Terhibur sedikit hati aku melihat telatah kawan-kawanku di Facebook.

Tiba-tiba ada ada tab berkelip di hujung screen laptop. Private message daripada Sumaiyyah! Apa pulak minah ni nak daripada aku?

Sumaiyyah: Assalamualaikum.

Aku nak jawab ke tak..nak jawab ke tak..

Hana: Wa'alaikumussalam.

Orang kasi salam baik-baik, kita jawab la baik-baik jugak..

Sumaiyyah: Saya nak tanya awak tentang satu perkara boleh?

Aku tau dah kau nak tanya apa..

Hana: Apa dia?

Sumaiyyah: Awak ada apa-apa ke dengan Umar Abas?

Hana: Eh, mana ada apa-apa. Saya tak kenal sangat pun dengan dia.

Sumaiyyah: Selama saya kenal Umar, saya tak pernah nampak dia cakap dengan mana-mana perempuan di luar urusan kerja. Hari tu, lepas mesyuarat depan surau, apa yang dia cakap dengan awak?

Eh, eh menyibuknye minah ni..

Hana: Tak de pape yang penting pun.

Sumaiyyah: Awak ada hati dengan dia ye?

Wah,direct tanpa berlapik tanya. Minah ni boleh tahan lagaknya..

Hana: Tak de lah.

Ha, amik kau. Sepatah ku jawab tanda tak kuasa nak melayan.

Sumaiyyah: Awak tak payah bohong la. Saya tahu. Awak pakai tudung pun sebab nak kasi dia suka kat awak kan

Eh minah ni sudah lebih. .Terasa kemarahan aku meluap kembali.

Hana: Sumaiyyah, saya rasa dalam Islam kita tak digalakkan berburuk sangka. Baik awak pergi rujuk mana-mana kitab kalau tak sure.

Sumaiyyah: Awak jangan ingat sebab awak baru pakai tudung, Umar boleh tergila-gila dekat awak. Semua orang tau awak tu pakai tudung celam celup!

Celam celup tu apa pulak..tapi malas aku nak tanya.

Hana: This is getting pointless. Sumaiyyah, saya tak tahu apa masalah awak dengan saya. Saya tak pernah nak cari pasal dengan sapa-sapa. Ok, Saya nak log off dulu.

Terus aku log off Facebook dan kembali mengadap assignemntku yang bertangguh. Ha tu la distracted main Facebook lagi, kan dah kena melayan drama minah surau seorang ni. Aku ingat budak-budak surau ni baik sangat. Takde hati busuk dengki khianat. Sama je rupanya.

Hati aku terasa sebal tiba-tiba. Sudahlah Sumaiyyah nampaknya sudah mula nak menunjukkan taring. Lia pulak asyik cari pasal dengan aku semenjak dua menjak ni. Saat begini, aku betul-betul rasa keseorangan. Kalau dulu, aku boleh kongsi perasaaan aku dengan Lia. Tapi nampaknya sekarang ni persahabatan aku dengannya semakin renggang. Takkan sebab Umar dan tudung dia sanggup buang kawan! Pada siapa boleh aku luahkan rasa hati aku kini..

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now