Bab 22

6.7K 308 4
                                    

From: umar.abas@kejoramail.com

To: hana.tihani@kejoramail.com

Assalamualaikum Hana,

Saya harap Hana berada dalam kesihatan dan iman yang baik. Terlebih dahulu saya minta maaf sekiranya e-mel saya ini mengganggu kehidupan Hana. Tujuan saya menghantar e-mel ini kepada Hana adalah untuk meminta penjelasan Hana tentang beberapa keping gambar yang telah dihantarkan kepada saya. Gambar itu telah saya attachkan di sini.

Saya tidak tahu siapa yang menghantar gambar ini dan apa tujuan gambar-gambar ini dihantar kepada saya. Selaku Pengerusi Persatuan Pelajar Islam Kolej Kejora, saya tidak ada hak untuk campur tangan dalam urusan peribadi ahli persatuan. Namun, saya berharap agar dengan sedikit penjelasan daripada Hana, ia dapat mengelakkan fitnah daripada terus tersebar.

Umar.

Dengan pantas aku menekan butang download dah terteralah gambar aku dengan Carl di bawah asrama ketika Carl datang menghantar bunga. 2 keping lagi adalah gambar ketika aku sedang duduk minum dengan Carl di café tempoh hari. Berderau darah menyirap ke mukaku! Jantungku berdegup kencang tiba-tiba. Siapa yang ambil gambar-gambar aku ni? Dan kenapa dihantar kepada Umar? Mungkinkah Sumaiyyah..?

Perasaan aku bercampur baur - marah, sedih dan geram menyelubungi hatiku. Berulang kali aku baca e-mel daripada Umar bagai tidak percaya. Betul ke Umar yang menulis e-mel kepada aku? Dan dia mahukan penjelasan tentang Carl? Apa maksudnya semua ini?

Apa tanggapan Umar pada aku sekarang? Mesti dia ingat Carl tu boyfriend aku. Hancur luluh rasa hati aku memikirkan yang mungkin Umar sudah berpandangan serong terhadap aku. Kalau dia ingat aku dah ada boyfriend, mesti langsung tak ada peluang untuk aku bersama dengannya. Sekilas di benak mataku terbayang wajah tenang Umar. Wajah yang selalu kurindu di dalam diam.

Hati aku mnggelegak tiba-tiba. Ini sah kerja Sumaiyyah! Kalau bukan dia sape lagi? Memang dia yang tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Perempuan hipokrit! Geramnya aku! Kalau diikutkan hati nak aja aku cari dia di bilik sekarang. Tapi aku mana ada bukti. Selagi tak ada bukti, aku tak boleh menuduh dia sewenang-wenangnya walaupun memang dialah calon yang paling logik nak buat kerja khianat ni.

Aku cuba menenangkan diri sebelum membalas e-mel Umar. Aku tarik nafas panjang-panjang dan cuba bernafas dengan lebih dalam. Setelah beberapa ketika aku rasakan diri aku lebih tenang dan stabil. Mujur Umar terus e-mel untuk bertanya hal ini terus kepada aku. Inilah peluang untuk aku menjelaskan perkara sebenar dan aku tak harus mensia-siakan peluang ini.

Aku membuka e-mel dan mula mengarang reply.

From: hana.tihani@kejoramail.com

To: umar.abas@kejoramail.com

Assalamualaikum Umar,

Terima kasih atas e-mel Umar. Saya sungguh terkejut melihat gambar-gambar yang berbau fitnah itu, tetapi saya bersyukur kerana Umar terus e-mel kepada saya untuk meminta penjelasan.

Lelaki yang bersama saya dalam gambar tersebut adalah Carl. Dia adalah kenalan keluarga saya dan juga pekerja di syarikat bapa saya. Kami tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa melainkan kawan biasa.

Saya mohon maaf sekiranya tindakan saya boleh mengundang fitnah. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Sebenarnya saya telah jatuh hati kepada seseorang. Telah lama saya menyimpan perasaan ini kerana saya takut untuk bertepuk sebelah tangan. Orang itu adalah awak Umar. (deleted)

Sebenarnya saya telah lama sukakan awak Umar. Sejak detik pertama kita bersua. (deleted)

Umar, bolehkah saya luahkan sesuatu kepada awak. Saya sebenarnya sudah lama suka dekat awak. (deleted)

Saya sebenarnya.. (deleted)

Hana Tihani

Argh! Akhirnya aku menghantar e-mel tanpa meluahkan perasaan aku. Macam mana aku nak bagitau dia yang aku suka dekat dia? Semua ayat yang aku tulis bunyi macam merepek. Susahnya nak meluahkan perasaan ni! Dengan aku yang tak berpengalaman dicampur pulak dengan mungkin sikap peribadi aku sendiri yang kurang 'jiwang'.

Takpelah, sekurang—kurangnya sekarang aku dapat membersihkan nama buruk aku. Dan Umar sudah mengetahui perkara yang sebenar. Aku harap dia dapat mempercayai aku dan bukan orang yang cuba memburukkan nama aku.

Walaupun Carl muncul dan cuba mendamba kasih aku, hati aku masih tetap kepada Umar. Walaupun hatiku pernah dicuit keliru dengan kemunculan Carl, ternyata sukar aku untuk melepaskan pautan perasaanku kepada Umar. Aku sendiri pun tak faham kenapa perasaan aku kepada Umar begitu menebal. Tanpa pernah berduaan bersua muka, tanpa pernah bertukar janji – tapi aku tetap rasakan yang Umar itu begitu dekat dengan hati aku.

Ya Allah, sekiranya Umar itu yang terbaik untuk aku, kau bukakanlah jalan untuk kami bersama. Dan sekiranya Umar itu tidak baik untuk aku, bantulah aku Ya Allah untuk melupakannya. Kudus doa kupanjatkan di dalam hatiku. Hanya kepada Allah saja tempat aku mengadu perihal Umar.

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now