Bab 38

5.6K 234 1
                                    

Selepas makan malam, aku dan Umar solat Isya' berjemaah. Selepas itu dia membaca Quran sementara aku bersiap-siap untuk tidur. Aku teringat kata-katanya selepas Solat Maghrib tadi, 'saya boleh tunggu..'. Adakah maksudnya malam ni dia tidak akan tidur di atas katil bersama aku..?

Hati aku rasa berdebar-debar sekali lagi. Macam mana kalau dia nak tidur sekatil dengan aku? Boleh ke aku menolak? Ke berdosa? Ish, segannya aku nak tidur sekatil dengan lelaki ni. Eh, dia bukan lelaki la Hana - dia suami kau! Monolog aku bertambah dashyat dengan diri sendiri..

Ya Allah, kenapala gelabah sangat aku ni. Mungkin betul cakap mummy, aku ni naïve sangat agaknya. Macam mana perasaan perempuan lain yang baru kahwin? Diorang semua ok ke sama je gelabah macam aku?

"Apa yang berkerut-kerut tu Hana?" tegur Umar yang baru selesai membaca Al-Quran. Naskhah Al-Qurannya yang kelihatan lusuh itu diletakkan di meja sebelah katil.

"Err..tak de pape" aku menggeleng-gelengkan kepala ku dengan pantas. Bantal yang tak berdosa aku tepuk-tepuk beberapa kali dengan penuh semangat.

"Betul tak de apa-apa?" Umar menduga sekali lagi. Dia melihat gelagat aku dengan wajah yang sedikit lucu.

"Ermm.." aku menggigit kuku aku sekali lagi. Perluke aku berterus terang kepada Umar tentang jiwa kacau aku ni? Ke..nanti dia ingat aku ni mengada-ngada sangat? Erk!

"Hana tak nak saya tidur atas katil dengan Hana ke?" tanya Umar perlahan.

"Ermm.." sekali lagi aku mengeluarkan bunyi yang sama. Eh, dia boleh baca fikiran aku la! Ha, kalau dia dah boleh tau sendiri kan senang. Anggukla kepala tu..anggukla! Eh, kenapa keras pulak tengkuk aku tak nak mengangguk ni..

"Kalau Hana segan, saya boleh tidur di atas sofa tu malam ni. Tak mengapa.." Umar terus mencapai bantal dan meletakkannya di atas sofa.

"Eh bukan.." Eikk?! Apasal aku terkeluar cakap 'bukan' pulak? Aku nak ke dia tidur sekatil dengan aku?

"Bukan?" Umar terhenti daripada menyusun bantal-bantalnya dan berpusing mengadap aku.

"Hana ok saya tidur di sebelah Hana?" Umar bersuara lagi. Dia merenung aku dengan pandangan matanya yang redup.

"Err.." aku bersuara ragu-ragu sekali lagi. Ya Allah apa kena dengan aku ni?! Apa yang aku nak sebenarnya ni? Ishh, rasa macam nak ketuk kepala sendiri dengan tukul besi pun ade jugak. Come on Hana make up your mind!

Umar terus datang menghampiri aku dan menyuruh aku duduk di atas katil. Dia duduk di sebelah aku dan memandang wajah aku lama seperti cuba memahami perasaan hati perempuan aku yang cukup kompleks ini.

"Awak nak dengar cerita tak?" tanya Umar perlahan.

"Cerita apa?"

"Cerita sebelum tidur.." Umar tersenyum memandang aku.

"Ok.."

Umar menyelak comforter di katil dan memberi isyarat untuk aku masuk. Dengan perlahan-lahan aku baring di atas bantal dengan rasa musykil. Dia kemudiannya pergi ke bahagian katil sebelah lagi dan duduk bersandar di kepala katil.

"Ceritanya bermula begini.."

Wah, ni betul-betul nak bercerita ni. Aku berpusing dan mengadap Umar yang beriya-iya mula membuka cerita.

"Di sebuah kampung, ada seorang budak lelaki yang saaaangat nakal. Dia suka bermain di tali air."

"Ermm..tali air tu apa?" aku bertanya dengan jujur.

"Puan Hana ni tak kenal tali air rupanya.." Umar tersengih memandang aku.

"Tali air ni..adalah saluran untuk mengalirkan air ke sawah" Umar menerangkan kepada aku sambil membuat gaya tangan sekali.

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now