Bab 30

8.6K 342 22
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia NKIM :)

Terima kasih atas segala sokongan, komen dan votes anda semua. NKIM kini dalam proses akhir editing sebelum diterbitkan. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan NKIM versi cetak, sila berikan nama, e-mail, dan no telefon ke : zhana.matha [at]gmail.com

Terima kasih :)

*******

To: umar.abas@kejoramail.com

From: hana.tihani@kejoramail.com

Assalamualaikum Umar,

Jawapan kepada soalan ke 4 dan ke 5 awak ialah:

4. Saya menerima lamaran awak kerana awak mempunyai ciri-ciri suami yang saya idamkan.

5. Sama seperti di atas :P

5 soalan saya pula.

1. Apa masakan kegemaran awak?

2. Apa hobi awak?

3. Apa buku yang paling awak suka? (tiru soalan awak)

4. Kenapa awak melamar saya? (tiru jugak)

5. Kenapa awak pilih saya? (ok tiru lagi!)

Tunang Umar,

Hana

Tersengih panjang aku selepas membalas e-mail kepadanya. Sengaja aku jual mahal. Aku nak tengok dulu apa reply dia. Tee hee..

To:hana.tihani@kejoramail.com

From: umar.abas@kejoramail.com

Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh

Sungguh padat dan ringkas jawapan Hana. Siap boleh ulang jawapan pulak tu. Pandai ye.. :)

Baiklah, di bawah adalah jawapan untuk soalan Hana.

1. Masakan kegemaran saya ialah Laksa Johor resepi ibu saya. Nanti saya minta ibu saya masakkan untuk Hana ye :)

2. Hobi saya ialah menulis khat dan kaligrafi. Saya mula belajar khat di sekolah rendah lagi. Mula-mula tu saya tak berapa minat. Tapi lama-kelamaan minat itu timbul pula. Menulis khat memberi saya ketenangan dan ruang untuk saya berkarya.

3. Saya sebenarnya tak begitu banyak membaca macam Hana. Tapi mungkin antara buku yang paling saya selalu baca ialah Al-Quran. Masih jauh perjalanan saya untuk memahami Al-Quran ni. Setiap kali saya baca, saya akan jumpa begitu banyak perkara yang saya masih tidak ketahui. Jadi, saya ingin sentiasa membaca Al-Quran dan terus menggali ilmunya yang tersangat luas.

Untuk soalan 4 dan 5, saya akan berikan jawapannya dalam satu bentuk yang lain. Hana kena bersabar ye menanti jawapan untuk soalan ke 4 dan 5 tu. ;)

Tunang Hana,

Umar.

Ooo, dia suka laksa johor. Aku nak belajarla cara masak laksa johor yang dia suka!

Dan hobi dia tulis khat? Aku tak pernah kenal siapa-siapa pun yang pandai tulis khat. Apa yang bestnya tulis khat ni ye? Banyak jugak ni yang aku kena belajar untuk lebih mengenali Umar.

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now