Bab 20

7K 315 0
                                    

Sesampainya aku di café, Carl sudah menunggu. Dia menarik kerusi untuk aku duduk. Hmm memang gentleman. Mungkin pengalaman dia duduk lama di US menyebabkan dia lebih atentif kepada wanita.

"Can I get you anything?" Carl bertanya

"Lemon iced tea please" aku menjawab.

"Coming right up" Carl bingkas bangun dan memesan minuman. Dia kelihatan santai dengan shirt linen putih dan jeans birunya.

Aku menoleh sekeliling café. Tidak ramai orang di café petang ini. Hanya ada seorang lelaki yang sedang tekun bermain computer game di sudut cafe. Kelihatan seperti di alamnya sendiri dengan headphone yang menutup ke dua belah telinganya.

"Thanks for meeting with me" Carl memulakan bicara dengan senyuman manisnya. Air teh lemon diletakkkan di hadapanku. Secangkir kopi panas untuk dirinya.

Aku terus meneguk air teh lemon tanpa berkata apa-apa. Aku mengambil peluang untuk menyusun ayat di dalam kotak fikiranku.

"I like your scarf" Carl memuji tiba-tiba. Secara refleks aku membetulkan tudung di kepalaku. Selendang turquoise ini antara selendang pertama yang aku beli setelah aku mengenakan hijab. Aku padankan dengan dress biru dengan bunga-bunga kuning kecil.

"Thanks" jawabku sepatah. Namun di hatiku terselit perasaan gembira kerana penampilan bertudungku dihargainya.

"Hana, saya minta maaf kalau saya telah mengganggu kehidupan Hana. I know I can come off too strongly sometimes. Side effect of being an entrepreneur." Carl meminta maaf kepadaku. Kepalanya ditundukkan sedikit dan mukanya nampak seperti sedikit malu. Eh, ini sisi dirinya yang tidak aku sangka. Aku ingat mamat ni cocky semacam.

"It's ok.." Eh, kenapa lidah aku ni kelu semacam ni. Come on Hana, just say want you came to say and get back!

"Secara jujur, bila mummy Hana mintak nak perkenalkan anak dia, saya tak berapa berminat. Saya sangkakan Hana ni same je macam perempuan-perempuan lain yang saya kenal"

"Perempuan-perempuan macam mana?" aku bertanya curious. Walaupun aku macam dah dapat agak jawapannya...

"Yang berambut perang, berkasut tumit tinggi jenama Paris, dan hmm.." Carl menghentikan ayatnya di situ.

"Dan?"

"Dan berpakaian bukan seperti Hana" Carl menyambung ayatnya yang tergantung. Sekali lagi mamat di depan aku ni mengejutkan aku. Bukan saja gentleman, tapi cukup berhati-hati dalam berbicara soal wanita. Hati aku menjadi semakin lembut terhadap Carl. Ish, Hana what is happening to you! Baik aku cakap cepat sebelum aku ubah fikiran. Tapi sebelum sempat aku buka mulut Carl menyambung lagi.

"Carl suka dengan gaya Hana. Nampak manis dan sopan. Nampak cukup terpelihara. Sesuatu yang Carl tak pernah fikirkan pasal perempuan sebelum ni"

Erk, macam mana ni? Bila dia puji macam ni rasa bertambah berat lidah aku nak menutur ayat-ayat reject aku.

"Carl.." aku mengumpul kekuatan untuk menyampaikan niat sebenar aku.

"Yes" Carl memandangku tepat sambil memberikan senyuman yang cukup mampu mencairkan hati mana-mana perempuan.

"I actually came to tell you that.." ayat aku pula terhenti di situ. Eh macam mana dah ayat yang aku susun dalam kepala tadi?

"Hana tak berminat? Hana dah ada kekasih hati? Hana masih belajar dan mahu fokus?" Carl menyambung ayat aku dengan senyuman mengusik.

Respon Carl yang bersahaja menyebabkan aku tertawa kecil.

"Ya, tidak dan ya" aku menjawab ringkas.

"Oh, Hana masih solo.." Carl mengusap-usap dagunya dengan gaya berseloroh.

Aku mengangkat bahu tanpa menjawab. Ah, yang penting aku dah sampaikan apa yang aku nak sampaikan. Tapi kenapa macam tak seperti yang aku bayangkan? Kenapa Carl masih tersenyum riang tak macam gaya orang kena reject je..

"It's ok. I understand Hana. We can just be friends, can't we?" Carl bertanya kepada aku dengan senyuman yang masih tidak lekang daripada bibirnya.

Apa aku nak jawab? Tak kan aku nak kata tak boleh lepas aku baru je reject dia? Hmm..

"Yes we can" aku senyum sambil mengangguk. Air teh lemonku sudah ku sedut hingga ke dasar gelas. Yang tinggal hanyalah ais 2 3 ketul.

"Terima kasih Carl. Hana minta diri dulu ye. Assalamualaikum" aku bangun dan dengan pantas Carl sudah berdiri di belakang aku dan menarik kerusi aku.

Sewaktu aku berjalan pulang ke asrama otak aku ligat berfikir. Kenapa aku tidak bertegas saja tadi? Adakah aku telah membiarkan Carl rasa yang dirinya seperti ada harapan lagi? Adakah sebenarnya aku sudah mula rasa suka pada Carl..?

Oh tidak! Tak mungkin hati aku begitu mudah berbolak balik. Bukankan aku hanya cintakan Umar? Umar lelaki pertama yang berjaya mencuri hatiku. Umar, dengan auranya yang tenang dan matanya yang redup. Umar, dengan akhlak dan peribadinya yang tinggi. Tapi apa guna aku menyimpan rasa cinta pada lelaki yang langsung tidak menyedarinya? Apa guna rasa cinta aku ni kalau hanya ia bertepuk sebelah tangan? Ligat soalan berputar-putar di kepala aku. Dugaan apakah yang terpaksa aku lalui kini..

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now