Bab 50

7.6K 246 15
                                    

Aku memandang keliling rumahku dengan pandangan puas. Masih ada beberapa kotak lagi yang belum dibuka, tetapi boleh kata 70% dah settle la. Alhamdulillah.

Aku kerling jam yang masih belum bergantung di dinding. Tepat 5.30 petang. Ada masa lagi ni kalau nak masak simple-simple. Bergegas aku kubang barang dapur. Tengok apa yang boleh dimasak. Nasib baik aku sempat ke kedai runcit bawah tu tadi. Aku capai beberapa bungkus sayur-sayuran. Masak sayur goreng la senang. Hmm..dengan goreng telur dadar campur bawang dan cili. Jadila tu!

Dengan bersemangat aku terus mula masak. Aku ni sebenarnya boleh dikira dengan jari tangan je berapa kali aku masak seumur hidup. Tapi, minggu lepas sempat aku menuntut sekejap dengan Bibik Ani. Beriya la Bibik Ani mengajar aku masak beberapa lauk kampung. Siap ambik nota lagi aku!

Selesai masak aku hidang lauk simple atas meja, di celah-celah barang-barang yang berselerak. Kebetulan, kedengaran pintu depan dibuka.

"Assalamualaikum.."

"Wa'alaikumussalam."

"Wahh sedapnya bau. Hana masak apa ni?"

"Ala, masak simple2 je. Nak rasmikan dapur kita ni."

"Ye ke. Saya baru ingat nak bawak Hana keluar makan, takut penat seharian mengemas."

"Takdela. Saya belum siap kemas semua lagi. Tapi kira boleh la.."

Aku mendepang tangan menunjukkan hasil kerja aku sepanjang hari.

Ruang tamu kecil di hias ringkas dengan sofa daripada Ikea. Ruang tamu aku hias dengan tema warna biru turquoise, sempena warna kegemarannya.

Ruang makan aku biar dengan konsep warna alami. Motif kayu dan warna rona kayu.

Bilik tidur aku biar semua putih dengan accent warna ungu dan biru. Memang itulah taste aku. Simple, menarik dan yang penting tidak menyemakkan mata.

"Wahh..cantiknya rumah kita!" Umar memandang setiap sudut dengan kagum.

"Pandai sungguh isteri saya menghias rumah.." dia mencubit pipi ku mesra.

Aku tersenyum puas. Aku tak sangka yang hanya bulan lepas, kami masih homeless.

Setelah peristiwa mummy meluahkan kisah silamnya kepada aku, dia telah menelefon Umar dan meminta maaf serta menceritakan segala-galanya. Umar memaafkan mummy dan terus pulang ke rumah keesokan harinya.

Aku dan Umar meluangkan masa untuk bercerita dengan terus terang segala apa yang telah berlaku. Aku meminta maaf kepada Umar kerana tidak berterus terang daripada mula tentang Carl. Umar juga memohon maaf kerana tidak memberi peluang kepada aku bercerita perkara sebenar. Kami juga sedar yang perhubungan aku dan Umar menjadi agak kompleks kerana pengaruh daripada mummy.

Menyedari hakikat itu, sebagai jalan penyelesaian Umar meminta agar kami tinggal di rumah sendiri. Setelah sepakat berbincang dengan mummy dan daddy, kami mengambil keputusan bahawa itulah yang terbaik untuk kami buat masa ini.

Sejak itu, hari-hari kami dipenuhi dengan aktiviti mencari rumah sewa yang sesuai. Akhirnya, kami terjumpa satu apartment yang agak selesa dan sewanya juga tidak terlalu mahal. Baru aku tahu yang Umar sebenarnya mempunyai kedudukan kewangan yang agak kukuh. Oleh kerana dia sering membuat part-time business daripada dulu, dia mempunyai simpanan yang agak banyak.

Rupa-rupanya, daripada mula berkahwin Umar sudah ingin duduk sendiri, tapi kerana menghormati mummy dan daddy dan kerana dia tahu bahawa aku ini satu-satunya anak mereka - dia mengalah dan bersabar.

Kini aku mula sedar bahawa memang sesungguhnya ada banyak perkara yang harus aku belajar. Perkahwinan bukanlah semudah yang aku baca di buku-buku dan yang aku tonton di kaca tv. Perkahwinan sebenar menuntut kesabaran dan pengorbanan daripada kedua-dua suami dan isteri.

Aku sedar yang aku tidak boleh terus-terusan dengan sifat degil dan individualistik aku. Aku kena belajar bertolak ansur dan menimbangkan perasaan Umar. Aku juga sedar aku tak boleh lagi bersifat seperti zaman anak dara dulu, sesuka hati membuat keputusan yang aku rasakan sesuai. Kini, segala perkara aku kena rujuk dan berbincang dengan suamiku, Umar.

Walaupun Umar cuba untuk memahami aku sedaya yang dia mampu, hakikatnya hati perempuan memang tidak akan dapat difahami oleh lelaki seratus peratus. Begitulah perbezaan hakiki wanita dan lelaki. Jadi, mana-mana yang tidak dapat dia fahami dan selami - aku harus berlapang dada dan menerimanya.

Aku dan mummy pula harus sentiasa memperbaiki hubungan kami. Kesilapan silam akan kami jandikan panduan di masa hadapan. Aku bersyukur kerana kini perhubungan aku dan mummy menjadi lebih terbuka. Aku lebih selesa untuk berterus terang dengan mummy, dan mummy pula menjadi lebih senang untuk dibawa berbincang.

Bagi perancangan bisnes aku pulak, nampaknya aku kena tangguhkan sebentar. Aku akur dengan permintaan Umar untuk aku fokus kepada rumah tangga buat masa kini. Tambahan pula sebab kini aku ada 'projek' baru pulak.. ;) 

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now