Bab 16

7.2K 321 7
                                    

"Saya nak cadangkan kita adakan sesi 'hijab styling' untuk pelajar Muslimah Kolej Kejora." Tanpa berlengah aku menyuarakan cadangan aku.

"Hijab styling tu apa?" Rosman bertanya terpinga-pinga. Alamak mamat surau ni walaupun pada awal dulu dia agak kurang keyakinan dengan aku, kini dia semakin mula menunjukkan rasa hormatnya kepadaku. Namun, dia masih la seperti lelaki lain yang samar-samar terhadap hal-hal orang perempuan.

"Hijab styling tu cara-cara nak pakai tudung.." aku menjawab ringkas.

"Ooo ye ke. Banyak ke cara nak pakai tudung ni?" Rosman masih nak bertanya. Ish mamat ni banyak tanya betul la!

"Cukup banyak la untuk dijadikan satu sesi yang menarik buat muslimah kolej ni." Aku bersuara penuh yakin.

"Saya tak setuju" suara Sumaiyyah lantang kedengaran.

"Boleh Sumaiyyah terangkan kenapa saudari kurang setuju dengan cadangan ini?" Umar bertanya daripada meja pengerusinya.

"Hijab styling tu same je seperti cara-cara nak mendandan rambut! Apa gunanya kita bertudung tapi kita masih mementingkan fesyen dan stail terkini? Saya juga tak tahu bagaimana sesi ini dapat menarik pelajar perempuan datang ke Surau Solihin!" ujar Sumaiyyah dengan panjang lebar.

Suasana bilik mesyuarat menjadi sunyi sepi. Aku dapat rasakan mata-mata memandang dan mengamati perbezaan pemakaian kami berdua. Sumaiyyah bertudung labuh hitam dan berjubah warna coklat. Memang rupa dan perwatakannnya lebih mirip kepada ustazah baru balik daripada Mesir.. Aku pula bertudung pink, berblaus kuning lemak ketam dan dipadankan dengan seluar palazzo warna mocha. Pakaianku pula lebih mirip kepada model cover majalah Hijabista.

Sekilas aku jeling ke wajah Umar. Pertama kali aku nampak ada riak kebingungan di wajahnya.

"Boleh saya pula memberikan hujah saya?" aku memberanikan diri bersuara kembali.

"Silakan saudari Hana" ujar Umar.

"Saya rasa tak ada salahnya untuk muslimah kelihatan cantik ketika bertudung. Bukankah fitrah wanita itu sukakan sesuatu yang cantik? Asalkan fesyen dan stail itu mengikuti kehendak ajaran Islam. Betul kan?" aku meminta kepastian daripada ahli yang lain.

Bilik masih sepi membisu. Umar juga diam tidak berkata apa-apa.

"Muslimah yang sejati tidak seharusnya membuang masa dengan fesyen terkini! Ini semua aktiviti yang tidak berfaedah dan hanya mengundang fitnah!" Sumaiyyah masih tetap dengan pendiriannya.

"Kalau bukan Persatuan Pelajar Islam yang anjurkan sesi hijab styling, siapa lagi? Daripada mereka terus-terusan keliru dengan apakah fesyen Muslimah yang sebenar – apakah salah sekiranya kita yang anjurkan?" jawab aku kembali.

Sumaiyyah merenung aku seperti hendak ditelan aku bulat-bulat. Aku membalas pandangannya dengan bersahaja. 2 can play this game!

"Ermm, baiklah.." Umar bersuara. Pertama kali aku lihat dia seperti mati akal untuk meneruskan kata-katanya.

"Saudari Hana dan Sumaiyyah kedua-duanya mengemukakan hujah yang baik. Mungkin hal ini memerlukan lebih banyak masa untuk diteliti. Saya minta maaf kerana saya sendiri kurang arif dengan bab topik hijab dan fesyen Muslimah. Sekiranya perlu, kita boleh minta pandangan Ustazah Fauziah"

Hati aku yang panas terasa sejuk kembali mendengar pendapat Umar. Ustazah Fauziah adalah antara salah seorang penasihat kepada persatuan ini. Ustazah Fauziah memenag disenangi ramai dengan sikapnya yang lembut dan penuh keibuan. Sumaiyyah juga nampak lebih tenang. Ahli mesyuarat yang lain kembali menarik nafas lega setelah terpaksa mendengar perdebatan aku dan Sumaiyyah.

Tamat mesyuarat, aku melihat Sumaiyyah berdiri seorang diri di luar Surau Solihin. Tungggu aku ke tu? Detik hati aku. Aku buat-buat tak nampak dan cepat-cepat melangkah keluar daripada surau. Baru selangkah aku menapak, aku disapa oleh suara dingin Sumaiyyah.

"Hana, saya nak cakap sikit dengan awak"

Amboi, tak de salam, tak de minta izin..

"Apa dia" aku menjawab acuh tak acuh.

"Awak jangan ingat awak boleh buat sesuka hati awak dalam persatuan ni. Saya dah lama jadi ahli dan saya tak akan izinkan orang macam awak membawa pengaruh yang tidak baik ke dalam Surau Solihin"

"Sumaiyyah, apa masalah awak dengan saya? Saya cuma nak membantu mengikut apa yang saya tahu. Persatuan ni bukan milik awak, surau ni pun bukan surau awak. Siapa saja ada hak untuk memberikan cadangan!"

"Awak rasa awak ni dah pandai sangat kan? Baru beberapa bulan pakai tudung dah nak lebih-lebih. Eh, iman awak tu masih senipis selendang atas kepala awak tu tau tak!"

"Oh, pandai awak nak mengukur Iman saya ye? Mengalahkan malaikat pulak. Kat mana awak belajar? Boleh saya nak menuntut sekali. Maklumlah ilmu saya masih cetek lagi, baru pakai tudung la katakan.."

"Dah tau ilmu cetek kenapa memandai-mandai nak ajar saya? Mak saya ustazah, bapak saya imam kat kampung. Mak awak pakai tudung pun tidak, seksi mengalahkan mat salleh pulak tu!"

Berdesing telinga aku mendengar kutukan Sumaiyyah terhadap mummy. Walaupun aku dan mummy sekarang tengah berkonflik, tapi dia tetap ibu yang aku sayang. Tergamak Sumaiyyah mengutuk ibu aku sendiri!

"Sumaiyyah, awak ni dah melampau! Baik awak tarik balik kata-kata awak tu."

"Buat apa saya nak tarik balik. Memang betul pun apa yang saya cakap. Siapa tak pernah tengok rambut perang dan peha gebu mak awak tu?" Sumaiyyah menambah lagi sambil mencebik.

Berang aku bukan kepalang lagi. Kalau diikutkan amarah hati aku nak je aku tarik tudung labuh dia tu. Bertutup litup di luar tapi hati di dalam hitam berlikat!

Aku kira sampai sepuluh sambil menarik nafas dalam-dalam. Aku pernah baca yang ini adalah antara taktik terbaik untuk mengawal kemarahan. Namun dada aku terasa masih berbara. Dengan tiba-tiba aku berpatah balik dan pusing masuk ke dalam surau kembali. Kaki aku membawa diriku yang tengah panas dibakar api kemarahan masuk kembali ke rumah Allah yang sejuk. Dengan tidak kusedari juga, kakiku membawa aku terus ke tempat wudhu'. Dengan spontan aku menanggalkan kembali tudung dan mula mengambil wudhu'.

Air yang dingin ku alirkan ke tangan sambil berdoa agar biar tanganku dipelihara daripada menyakiti sesiapa. Ketika mulut kubasuh aku berdoa agar lidahku sentiasa dijaga Allah daripada pertuturan yang keji. Setelah satu persatu bahagian badanku disapu air wudhu', terasa api kemarahan yang tadinya meluap semakin lenyap. Kesejukan air wudhu meresap ke dalam hati dan menyamankan perasaanku kembali.

Apabila aku keluar kembali daripada surau, Sumaiyyah sudah tidak kelihatan. Aku buang jauh-jauh daripada fikiran episod pertengkaran aku dengan Sumaiyyah sebentar tadi. Tiada guna aku menyemakkan otak dengan fikiran negatif sebegitu. Baik aku fokus kepada perkara yang baik-baik sahaja. Aku meneruskan perjalanan balik ke bilik ku dengan hati yang kembali tenang.

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now