Bab 43

4.7K 201 0
                                    

Setelah 2 minggu menghabiskan masa yang sungguh mengasyikkan di Pulau Pangkor, tibalah masa untuk pulang. Plannya kami akan singggah di kampung Umar di Perak sekejap.

Aku dan Umar berbual-bual sepanjang perjalanan ke kampungnya. Seronok sungguh mengimbas kenangan manis di Resort Rimbunan. Daripada jetski, snorkeling, sampai la ke berkayak - semua kami buat! Umar bercadang untuk menjadikan trip ke Resort Rimbunan sebagai acara tahunan. Dan aku pastilah sangat bersetuju!

Sedar tidak sedar, kereta sudah meluncur masuk ke perkarangan rumah Umar. Rumah kayu bersaiz sederhana menanti kepulangan kami. Daripada tingkap kayu, wajah ibu Umar menjengah. Nampak saja kereta kami, terus dia tersenyum riang dan turun menjemput. Umar bersalam dan memeluk ibunya dengan mesra. Aku menurut gerak laku Umar. Aku rasakan hangat tubuh ibunya memelukku dengan erat. Di atas serambi, duduk nenek dan atuk Umar. Kedua-duanya kelihata sedang santai berehat.

"Aaaa..langkah kanan kamu berdua. Sila-sila. Ni kami tengah makan petang ni. Rezeki cucur udang hari ni," pelawa Atuk kepada kami berdua.

Perut memang dah sedia berkeroncong. Pekena dengan cucur udang dan air kopi, terasa tenaga muncul kembali dalam badan aku.

Nenek Umar menilik aku daripada atas sampai ke bawah. Tanpa warning tangannya memegang perut aku dan berkata,

"Eh ini dah ada isi belum ni?" suara Nenek serius sekali.

Aku tergamam disoal siasat secara tiba-tiba begitu. Errr..awkward!

"Ehh...belum lagi nek." Aku menjawab perlahan.

"Laa..apa pasal belum ada?" dia bertanya kembali tanpa belas. Bagai tidak percaya yang dalam perut aku ni hanya berisi lemak!

"Err.." sekali lagi aku mati kutu. Aku memandang Umar meminta bantuan.

Tetapi dia hanya tersenyum sambil mengunyah cucur udang dengan berselera. Sedikit pun tiada riak gelisah di wajahnya.

"Eh, elokla beranak muda-muda. Badan tengah kuat. Senang nak jaga anak. Nanti dah tua esok sikit-sikit sakit tulang. Nak dokong anak pun tak larat dah." Nenek terus membebel sambil mengerutkan keningnya.

Eh Nenek ni kenapa tak pasal-pasal nak attack aku ni? Yang si Umar kat sebelah ni pun bukan nak backing..hati aku mula terasa panas.

Tiba-tiba, atuk Umar mencelah.

"Eh kamu ni Senah, budak ni baru je sampai. Lelah pun tak hilang lagi. Biar la diorang makan dulu.."

Aku senyum penuh penghargaan kepada atuk Umar yang 'menyelamatkan' aku daripada terus di'bahan' oleh nenek Umar. Aku jeling sekali lagi kepada Umar yang masih buat donno. Grrrr.

Aku dibawa masuk ke bilik tidur Umar. Biliknya serba sederhana dengan katil single dan sebuah kipas angin. Ada sebuah almari pakaian yang nampak sudah berusia. Aku duduk di atas katil merehatkan badan aku yang tiba-tiba terasa lain macam penatnya.

"Kalau Hana nak mandi, baik awal-awal ye. Kalau malam tandas tu gelap sangat sebab lampu tak berapa terang," Umar memberitahu. Aku cuma mengangguk perlahan.

Kata Umar sebelum ini, tandas rumah ini di luar. Tetapi setelah dibuat renovasi, tandas telah dibawa ke dalam rumah. Namun, hanya satu tandas inilah yang dikongsi untuk semua orang dalam rumah ni. Aku masuk perlahan-lahan ke dalam tandas yang gelap dan licin itu. Lantainya simen dan di sebuah sudut ada satu tempayan besar berisi air. Di hujung sudut, ada satu tandas cangkung yang sudah usang.

Aku mandi ala kadar. Suasana gelap dan keadaan tandas menyebabkan aku kurang selesa. Tapi tidaklah aku suarakan hal ini kepada Umar. Aku tahu yang keluarga Umar bukan seperti keluarga aku. Jadi, aku cuba sedaya upaya untuk membiasakan diri. Tapi bab toilet ni..arghh payahhh! Aku kalau nak terbuang air tengah jalan pun pilih-pilih mana toilet RnR yang bersih! Kalau kotor tak pe la, aku rela tahan je!

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now