Anggun itu rapuh, lemah seperti buih belon yang mudah pecah. Kerana itu dia perlukan perlindungan. Hidup selama 21 tahun dalam ketakutan buatkan dia berdoa hadirnya sosok seorang pelindung. "Adakalanya awak kena berani, jangan lari dari masalah. Hadap dan lawan!" Nasihat itu membuatkan Anggun ingin bangkit dan melindungi diri sendiri.