BLURB Prinsip Ikram sekali cinta, selamanya cinta. Dan baginya kisah cinta dia dan Humaira sudah cukup sempurna. Tak perlu adanya kisah cinta lain, apalagi melibatkan orang ketiga. Humaira lelah. Semakin besar rasa kosong menyusup ke dada menjadi api yang membakar rasa. Mengalah pada situasi, lalu memberi ruang cinta Ikram dibahagi dua. Bukan kerana dia tak lagi cinta, bahkan kerana terlalu cinta dia rela berkorban jiwa. Alysa, Hadif dan Syakila. Mereka terperangkap dalam cinta segi tiga. Masing-masing pengagum rahsia. Diam-diam mencintai pujaan orang. Ketika nafsu dan cinta berbeza tipis, kesetiaan dan keikhlasan mula teruji. "Humaira tetap Humaira. Seribu gadis cantik lain tak mungkin dapat gantikan seorang Humaira." -Ikram. "Di mana letaknya dosa orang ketiga jika hati sama-sama mengikhlaskan? Tidak ada namanya dosa selagi apa yang kita lakukan ikhlas kerana ALLAH." -Humaira. "Kalau dia tak mahu jadi pemimpin kehidupanku, tak boleh ke dia jadi imamku? Tuntun tanganku menuju syurga ILAHI." - Alysa. "Cinta adalah nafsu. Nafsu adalah cinta. Sekuat mana hati kau cuba menolak cinta itu wujud kerana hatimu bernafsu. Lantas mengapa kau salahkan cintaku jika kau sendiri tak pantas menjaga hati?" - Hadif. "Sekuat mana pun aku berusaha, dia tak pernah menganggap aku ada." - Syakila. Lima hati lima cinta. Mereka berpegang pada nama CINTA. Kala hidup di ambang bahagia, kabut duka menguji setia. Janji terlupakan. Mungkinkah mereka terus bersatu? Apakah yang mendamba akan tersakiti, atau yang memiliki akan kehilangan?