STATUS: COMPLETED! ##### "Oh My God! Ya Allah! Tak guna punya jantan! Siapa jantan-jantan keparat ni? Siap la binatang-binatang ni semua!" marah Rafella. Renyuk kertas kajang itu dalam tangannya. Turun naik nafas Rafella menahan amarah. Kalau boleh dia mahu mendapatkan jantan-jantan itu untuk diberikan pengajaran. Tak, lebih tepat untuk dia membalas dendam bagi pihak Zelda. "Akak bagitahu Fella dekat mana benda ni jadi! Macam mana rupa jantan-jantan keparat ni?" Oktaf suara Rafella sedikit naik. Bibir diketap geram. Rafella mengepal buku lima. "Akak tak tahu." "Akak!" "Akak tak tahu!" bentak Rania. Air mata yang melekat di tubir mata dikesat dengan jari jemari. ##### HAK CIPTA TERPELIHARA berdasarkan AKTA HAK CIPTA 1987. Tidak dibenarkan memplagiat sebarang isi kandungan di dalam buku ini tanpa kebenaran penulis. Nama, karakter, tempat, insiden dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata. Sebarang persamaan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia adalah kebetulan dan tidak disengajakan.