Auristela | Tuah Andika BOOK ONE OF SOVEREIGN SERIES® Tiada hala tuju, buntu. Itu aku Seorang gadis yang bingung kerana tercampak tanpa sengaja di sebuah tempat yang disebut, Angsoka. Kerajaan sejarah lama yang tak didendang. Dari situ aku belajar sesuatu, Sesuatu yang bergelar cinta, sesuatu yang bergelar kesetiaan dan sesuatu yang bergelar agama. Sesuatu yang berbeza dengan apa yang aku perolehi di tempat asal. Kesatria. Bertemu dia membuatkan aku memilih. Lebih memilih tempat asing itu yang tiada apa-apa kemudahan. Dan juga, aku tega memilih si dia. Si kesatria Angsoka berkuda putih berbanding seorang Tuan Muda. Ini adalah satu mitos sebuah Antah Berantah, Tak tahulah idea apa yang muncul ni. Mungkin tak memenuhi citarasa awak. ⚠ baku language Pesanan: Cerita ini ada sedikit sentuhan berkaitan agama dan kepercayaan. Mohon yang Islam tidak terpengaruh dengan isinya. Hanya rekaan semata-mata.