Terima kasih atas bantuan Joochan, Jihoon dan Hyewon kini sudah menjadi pasangan kekasih. Joochan banyak membantu Hyewon dalam memenangi hati Jihoon kerana dia mahu melihat Hyewon gembira disamping lelaki yang dicintainya walaupun hati Joochan sendiri hancur kerana tidak dapat memiliki Hyewon. Walaupun dia tidak dapat bersama Hyewon, sekurang-kurangnya dia kenal lelaki yang menjadi pilihan hati Hyewon. Oleh itu, dia tidak perlu bimbang tentang Hyewon kerana dia tahu Jihoon adalah lelaki terbaik buat Hyewon. Kebahagiaan Hyewon adalah keutamaan bagi Joochan. Joochan juga bertekad untuk buang perasaan suka yang mendalam pada Hyewon tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya. Mujurlah Yena, rakan baik baru Joochan sudi menghulurkan bantuan. Dia tidak kisah menjadi teman wanita upahan Joochan asalkan Joochan dapat buang perasaan sukanya pada Hyewon buat selama-lamanya. Mampukah Joochan mengubah hidupnya dengan bantuan Yena? Apakah pula perasaan sebenar Yena terhadap Joochan?