Six

62 7 0
                                    

  "Okay no hal. Sabtu ni aku pergi rumah kau dulu dan tinggal motor di sana. Tapi kalau cuaca dah mula mendung kita terpaksalah batalkan bicycle date kita. Keselamatan kita lebih penting" kata Joochan. "Kita Orphnoch Joochan. Kalau kita ditimpa kemalangan sekalipun kita akan cepat pulih. Kau tak perlulah risau pasal tu" "Betul tapi kita akan cepat pulih bila kita berada dalam bentuk Orphnoch je. Dalam bentuk manusia tidak sebab sistem imun manusia kita lemah sama seperti manusia normal lain" terang Joochan. "Betul juga kata kau. Kenapalah aku suka sangat terlupa pasal tu" Yena mengetuk kepalanya berulang kali. "Kau selalu terlupa benda-benda penting sebab dalam kepala otak kau ada aku je" sakat Joochan. "Perasan betul mamat seorang ni. Nasib baik dia handsome. Jadi tak boleh nak marah lebih-lebih" sakat Yena pula.

  "Soalan pantas: antara aku dan Jihoon siapa lebih handsome?" tanya Joochan. "Daehwi. Soalan pantas: antara aku dan Hyewon siapa banyak cakap?" Yena menyoal Joochan semula. "Susahlah nak jawab. Itu soalan aras tinggi" kata Joochan sambil memegang dagunya. "Soalan ni senang gila kot. Satu dunia tahu aku banyak cakap" kata Yena pula. "Itu betul tapi Hyewon pun banyak cakap bila kau dah betul-betul rapat dengan dia. Sebab itulah aku cakap soalan pantas kau tadi susah" maklum Joochan. Yena mengangguk tanda faham. "Mari sambung buat kerja. Kita banyak sembang kosong tapi kerja tak siap lagi" gesa Joochan. Tanpa membuang lebih banyak masa lagi, mereka berdua kembali bertugas. Hari yang ditunggu telahpun tiba. Mereka berdua terutamanya Joochan tidak sabar-sabar untuk bicyle date. Setibanya di rumah Yena, Joochan masuk ke dalam sebentar untuk bertemu ahli keluarga Yena.

  Dia juga sempat meminta kebenaran ibu bapa Yena untuk membawa Yena berbasikal ke taman. Selepas mendapat kebenaran, Joochan dan Yena duduk atas basikal masing-masing dan bersiap-sedia untuk mulakan aktiviti bicycle date itu. "Are you ready?!" tanya Joochan. "Yes!" jerit Yena. Dalam kiraan 3, mereka mula mengayuh basikal. Pada awalnya mereka berdua kelihatan seperti sedang berlumba kerana masing-masing mengayuh dengan laju. Namun, apabila tiba di bandar, mereka mula mengayuh dengan perlahan-lahan. Bicyle Date mereka bermula secara rasminya. Yena mengayuh basikal di belakang Joochan kerana terlalu bahaya kalau dia mengayuh di sebelah. Risiko Yena dilanggar pengguna jalan raya lain memang tinggi. Untuk elakkan kejadian tidak diingini berlaku, dia terpaksa menunggang basikal di belakang Joochan. Setibanya di taman, mereka berehat sebentar. Yena pula sudah terbaring di atas padang rumput kerana terlalu penat.

  "Kalau nak baring sekalipun tutuplah dada tu dulu. Kau dahlah pakai baju ketat" kata Joochan. "Kenapa? Kau terangsang ke?" tanya Yena selamba. Joochan menanggalkan sweaternya lalu menutup dada Yena. "Kau lulus ujian jadi lelaki sejati. Tahniah" lafaz Yena yang masih berbaring. Joochan pula baring di sebelah Yena dan berkata "Tahniah je? Hadiah tak ada?" "Kiss nak? Itu je aku mampu tawarkan pada kau" kata Yena. "Simpanlah kiss kau tu. Bukannya kenyang kalau kena kiss pun" kata Joochan pula. "Maknanya kau nak aku belanja kau makanlah? Ok no hal. Sekarang juga aku belanja kau makan" Joochan bingkas bangun apabila mendengar Yena kata begitu. Namun, apa yang Joochan harapkan tidak menjadi kenyataan. "Kau kata kau nak belanja aku makan tapi takkan belanja makan aiskrim je?" kata Joochan kepada Yena yang sedang leka makan aiskrim.

Really Like You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now