Seven

65 9 0
                                    

  "Okaylah daripada tak dapat langsung. Kau patut bersyukur sebab kaulah lelaki asing (yang bukan ahli keluarga Yena) pertama yang aku belanja makan. Even Daehwi yang rapat dengan aku pun aku tak pernah belanja dia makan" ujar Yena. "Kau ni memang kedekutlah Yena. Nasib baiklah kau teman wanita upahan aku" kata Joochan sambil menggelengkan kepalanya. "Aku anggap itu sebagai pujian" kata Yena sambil ketawa kecil. "Esok aku nak pergi jumpa Jihoon dan Hyewon. Kau nak ikut tak?" tanya Joochan yang baru sahaja selesai menghabiskan aiskrimnya. "Esok aku nak keluar dengan abang aku. Jadi aku tak boleh ikut kau" kata Yena yang masih menikmati aiskrimnya. "Lepas ni kita nak ke mana pula?" tanya Joochan. "Baliklah. Sekarang kaki aku pun dah sakit dan lenguh lagi nak pergi tempat yang lebih jauh" jawab Yena.

  Dua hari kemudian; Joochan tiba awal di sekolah seperti biasa. Dia duduk di tempat duduknya sambil menunggu Yena. Namun penantiannya hanyalah sia-sia kerana Yena tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Sepanjang waktu persekolahan, Joochan terasa amat sunyi. Hidupnya tiba-tiba terasa kosong tanpa Yena walaupun baru sehari Yena tidak hadir ke sekolah. Oleh itu, petang itu juga Joochan pergi ke rumah Yena untuk memeriksa keadaan Yena. Selepas mendapat kebenaran ibu Yena, barulah Joochan masuk ke dalam bilik Yena. "Eh eh pakwe kitew datanglah. Rindu kitew lettew" usik Yena yang masih terbaring di atas katil. "Ha'ah RINDU SANGAT-SANGAT. Mak kau kata kau asyik baring je atas katil dari pagi tadi. Kenapa? Kau dah sakit tenat ke?" usik Joochan pula. Dia duduk di atas kerusi kayu di tepi katil Yena.

  "Sabtu aku berbasikal dengan kau. Ahad pula aku keluar jalan-jalan dengan abang aku. Kalau sekejap tak apalah. Tapi ini lama gila. Jadi inilah makannya. Kaki aku rasa macam nak patah kot" bebel Yena. "Aku ingat kau ni lasaklah sangat. Baru keluar berbasikal dan jalan-jalan dengan abang dah sakit kaki. Itu belum aku suruh kau masuk marathon lagi" sindir Joochan. "Pergi balik. Orang tengah sakit kaki dia boleh membebel pula" Yena toleh ke kiri, sengaja tidak memandang Joochan. "Aku risaukan kaulah. Sebab itulah aku ke sini" maklum Joochan. "Sayang juga kau dekat aku ye?" tanya Yena sambil ketawa kecil. "Mestilah sayang. Kau kan teman wanita upahan aku yang masuk air" kata Joochan sambil mengusap kepala Yena. "Esok kau datang tak?" tanyanya. "Tak. Tolong bagitahu guru kelas kita pasal ni ye" pinta Yena.

  Joochan mengangguk. "Semalam kau pergi jumpa Hyewon dan Jihoon, kan? Diorang apa cerita?" Yena mengubah topik perbualan. "Macam biasalah tapi aku tengok diorang makin bahagia" jawab Joochan. Air mukanya turut berubah. "Kau pula? Takkan tak bahagia kot dengan aku?" soal Yena. "Dengan kau bukan setakat bahagia tapi terlebih bahagia. Silap haribulan boleh masuk hospital bahagia aku" jawab Joochan sambil berseloroh. Yena tertawa. "Baguslah. Kebahagiaan kau adalah keutamaan aku. Kalau kau gembira, aku pun tumpang gembira" ujar Yena. "Ayat kau macam ayat yang aku selalu guna" kata Joochan. "Bila kita terlalu sukakan seseorang, kita sanggup lakukan apa sahaja untuk lihat dia gembira walaupun kegembiraan dia bukan dengan kita. Jadi kita serupa walaupun situasi kita mungkin berbeza" lafaz Yena. Wajahnya tampak begitu serius. Kata-kata Yena membuatkan Joochan teringat pada dirinya sendiri.  

Really Like You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now