Four

65 12 0
                                    

  "Aku juga akan buatkan kau betul-betul suka pada aku" kata-kata yang keluar dari mulut Yena membuatkan Joochan ketawa. "Kenapa kau gelak?!" Yena menjeling Joochan. "Kau sebenarnya suka aku, kan? Sebab itulah kau beria-ria sangat nak jadi 'girlfriend' aku" "M-Mana ada. Aku setuju jadi 'girlfriend' kau sebab aku ikhlas nak bantu kau" muka Yena bertukar merah. "Kalau ikhlas kau tak minta aku belanja kau makan, pegang tangan apa semua" Joochan sengaja memerangkap Yena. "Main ungkit-ungkit pula. Merajuklah kalau mcam ni" Yena mencebikkan mukanya. Dia juga berpaling daripada Joochan. Joochan menghampiri Yena lalu terus memberikan back hug. Yena terperanjat. Dia juga sukar bernafas ketika itu. "Kau pun suka aku, kan? Sebab itulah kau berani peluk aku" tanya Yena yang masih ada dalam pelukan Joochan. "Tak. Aku tak pernah suka kau"

  "TAPI aku akan cuba suka kau dan betul-betul lupakan Hyewon. Itu janji aku pada kau" jawapan yang keluar dari mulut Joochan membuatkan Yena rasa sedih dan gembira pada waktu yang sama. Yena membebaskan dirinya daripada pelukan Joochan dan berkata "Aku...aku tak fahamlah dengan situasi sekarang Joochan. Aku ingat kau hanya nak 'gunakan' aku untuk lupakan Hyewon. Selepas semua ni selesai, kita 'putus' dan kembali seperti sediakala" "Aku tak gunakan kaulah Yena. Aku cuma GUNAKAN bantuan kau. Aku pun tak pasti dengan apa yang aku buat sekarang tapi itulah jalan terbaik. Aku akan cuba suka kau perlahan-lahan sepertimana aku suka Hyewon" jelas Joochan. "Tapi kalau kau gagal macam mana? Apa yang akan terjadi pada kita berdua nanti?" "Kau ni fikir terlalu jauhlah Yena. Lebih baik kita fokus pada waktu sekarang" kata Joochan.

  Dia juga sempat mengusap kepala Yena. "Hantar aku balik sekarang. Aku perlukan masa untuk proses semua benda yang kau cakap tadi" kata Yena sambil memegang kepalanya. Joochan hanya mampu ketawa. Malam itu, Yena bergolek-golek di atas katil sambil mengingati semula kata-kata Joochan petang tadi. "Dia tak pernah suka aku tapi dia cuba suka aku untuk lupakan perempuan yang dia suka. Aku ingat perempuan je yang complicated tapi lelaki pun sama haih" keluh Yena. Sehingga kini dia masih keliru dan bingung tentang perasaan sebenar Joochan terhadapnya. Dua hari kemudian; Joochan dan Yena diminta bersihkan kelas selepas tamat waktu sekolah. Itulah apa yang mereka dapat kerana hadir lewat ke sekolah. "Ini semua salah kaulah Yena. Aku dah siap awal dan sampai awal untuk jemput kau tapi kau lambat siap"

  "Disebabkan kau aku pun terlewat sekali" Joochan menyalahkan Yena. Semalam Yena meminta Joochan menjemputnya dari rumah kerana basikal kesayangannya rosak. Namun, disebabkan kesilapan kecil, Yena dan Joochan hadir lewat ke sekolah. "Aku terlajak tidur sebab semalam aku penat gila kena kemas satu rumah. Aku sorang je tau yang buat semua kerja. Abang aku langsung tak tolong. Jadi tak payahlah marah" kata Yena sambil membuat muka. "Nasib baiklah kau 'girlfriend' aku. Jadi aku kenalah belajar bersabar perangai dengan kau" kata Joochan sambil menggelengkan kepala. "Tahu tak apa. Kalau kau nak jadi perfect boyfriend kau kenalah banyak bersabar dengan perangai perempuan. Perempuan kan complicated nak mampos" kata Yena yang sibuk membersihkan papan putih. "Betul tapi perempuan pun kena belajar bersabar dengan perangai lelaki. Kalau lelaki je kena faham perempuan tak guna juga" tambah Joochan.  

Really Like You [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now