T I A R A

Oleh Jwayara

138K 9.3K 1.3K

"With my own freaking brother... Suwei lah! Kau tunang aku, Mia. What on earth are you thinking?" - Hardeen D... Lebih Banyak

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 22

3.1K 206 29
Oleh Jwayara

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Bayu laut menghembus, kicauan burung menggamatkan sang senja. Cahaya mentari di sebalik bukit-bakau bertukar jingga, sekaligus melimpahkan keindahan alam yang indah nian. Senyuman manisnya tidak memudar di bibir. Bahagia, itu yang dirasakan. Dia tidak ingin memori ini terkubur. Rasa sayang dan cinta terhadap jejaka semakin menebal walaupun dia kalah dalam menjadi yang halal buat sang kekasih.

"Awak, kita nak pergi mana ni?"

Si lelaki tersenyum. Setiap langkah si gadis dipantau agar tidak tersungkur di pasiran pantai. Hembusan angin semakin kuat dari arah laut. Si lelaki segera membetulkan rambut si gadis yang berombak ditiup angin kencang.

"Lama lagi ke saya perlu pakai penutup mata ni?" Omel si gadis. Kakinya masih mengorak langkah mengikuti si lelaki. Bau bayu dan bunyi hempasan ombak terhidang jelas di hidung dan telinga. Si gadis mencuit sedikit perut si lelaki sebelum mereka sama-sama ketawa beriringan.

"Sabar sayang. Kita hampir sampai. Awak cakap nak hadiah."

Rajuk si gadis mengenangkan si lelaki terlupa akan tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-22 tahun. Si lelaki memberi alasan bahawa jamuan besar-besaran sempena hari kelahiran isteri si lelaki diraikan semalam. Kebetulan tanggal kelahiran mereka jatuh pada tarikh yang sama, dan itu membuatkan si gadis bersama sedikit kesal. Disebabkan si lelaki memohon untuk menjaga air muka keluarga, si gadis terpaksa bersetuju kerana tidak mahu si lelaki berasa sempit untuk memilih.

Hati si gadis begitu hampa kerana perjanjian di antara mereka termeterai. Hampir satu jam si gadis melangut di lokasi istimewa mereka, namun kemunculan si lelaki tetap tidak kunjung tiba. Kalau si lelaki memaklumkan hal ini di awal waktu, si gadis tidak perlu terus menunggu hingga lewat malam. Si gadis juga tidak akan ditahan oleh Polis Bantuan kerana kelewatan pulang ke kampus pada jam yang ditetapkan. Mabuk cinta. Perkara haram menjadi halal, yang dilaknat Allah SWT juga berlumba-lumba dilakukan.

Demi Tuhan, si gadis tidak pernah memilih untuk bercinta dan jatuh sayang terhadap lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga. Si gadis sanggup menjadi yang kedua sekiranya diizinkan isteri pertama. Hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga si lelaki tetapi cinta mereka lebih unggul dari segalanya.

Janji-janji yang dibibit si lelaki disimpan rapi di sudut hati. Si gadis percaya si lelaki akan mengotakan janji dan memenuhi kekosongan hati ini dengan lakaran indah. Cinta yang dijunjung separuh nyawa ini akan mereka perjuangkan bersama-sama meskipun si gadis dicemuh oleh masyarakat sebagai perampas.

Beberapa belon berwarna merah berbentuk hati diikat ketat pada sebatang kayu yang agak berat disisi meja. Persiapan sebuah meja makan yang diletakkan tengah-tengah pasiran pantai terlihat sempurna dari hasil dekorasi tangan si lelaki sendiri. Si lelaki tersenyum, kakinya perlahan-lahan melangkah di hadapan si gadis.

"Lama lagi ke? Kenapa awak berhenti?" Si gadis menyoal selepas genggaman pada lengannya tidak lagi terasa. "Awak? Jangan lah main-main."

Kedua-dua belah dibawa ke belakang tempurung kepala si gadis sebelum ikatan ribbon diloloskan. Si gadis mencelikkan mata apakala pandangannya tidak lagi terhalang. Mata si gadis membulat tanda tidak percaya, tangannya menekup bibir. Si lelaki melorek senyuman lebar dan kucupan ringkas hinggap di dahi si gadis. Mereka saling bertatapan.

"Selamat hari jadi sayang. Surprise! Awak suka?"

"Sayang..." Si gadis mengangguk. Sebak, matanya panas. Cairan mutiara bergenang di tubir mata.

"Saya takkan lupa hari jadi awak. Macam mana saya boleh lupa sedangkan awak yang paling teristimewa?"

Kali ini air mata si gadis menuruni laju kerana terharu bercampur gembira. Sisa kegeraman yang terbendung selama ini dilepaskan dengan tumbukan kecil di dada si lelaki. Kepala ditunduk, menyorokkan wajah banjir. Si lelaki tertawa besar sebelum tangan kesat itu mengusap rambut si gadis isyarat memujuk. Mereka berpelukan sambil tersenyum bahagia.

"Thank you. Awak tahu gembirakan saya."

"Saya tahu semua perkara. Awak saja yang tak tahu." Lagak si lelaki walaupun usaha kejutan kepada si gadis adalah idea dari pertolongan temannya juga. Rakan karib si lelaki adalah abang angkat kepada si gadis, jadi sudah pasti dia mencucuk-cucuk idea dari lelaki itu untuk menambat semula hati sang kekasih.

Si lelaki juga tidak peduli sekiranya sang isteri menyimpan rasa sedih kerana sikapnya yang bermain kayu tiga. Si lelaki tidak pernah rela dengan perkahwinan ini, jauh sekali mencintai yang halal. Semuanya bermula setelah si lelaki membawa si gadis untuk berjumpa keluarga. Mereka bantah hubungan ini kerana si gadis tidak bersekedudukan. Disebabkan tidak mahu kehilangan kelebihan yang sedang diperoleh, si lelaki terpaksa bersetuju untuk mengahwini wanita lain.

"Ye ke? Bukan sebab kawan baik awak yang pecah lubang?" Si gadis mengusik lalu tertawa. "Nampak? Dia juga yang baik. Itu pun awak masih cemburukan dia."

Si lelaki berdecit. "Dia suka awak. Wajar saya cemburu sebab awak kepunyaan saya."

"Betul, tapi mana tahu kalau Allah tetapkan jodoh tak panjang. Bolakkan hati awak terhadap saya. Alih-alih saya berkahwin dengan kawan baik awak."

"Sayang, saya tak suka. Kata-kata satu doa. Kalau ditakdirkan awak bersama orang lain, baik awak bunuh saya. Saya tak sanggup." Ucap si lelaki penuh emosi. Tidak mampu dibayangkan sekiranya hal itu terjadi. Tangan si gadis digenggam. "Walau apa pun terjadi, saya tetap akan peristerikan awak suatu hari nanti. Saya akan ceraikan dia. Awak akan tunggu saya kan?"

"Seribu tahun pun saya sanggup tunggu awak."

Si gadis menyembunyikan senyum. Jari telunjuk si gadis mencuit sedikit aising kek dan disalati pada pipi gerangan di hadapan. Terbuntang mata si lelaki dengan usikan tersebut. Jeritan si gadis berkumandang selepas si lelaki bertindak dengan mengejarnya di persisiran pantai. Pinggangnya dicekup dan bersatu. Mereka sama-sama ketawa bahagia dan berpelukan dibawah awan jingga.

***

Jus tembikai laici disedut perlahan untuk menyegarkan rengkung. Jari-jemari kembali mengetik papan kekunci komputer riba sebelum tangannya ralit menyelak helaian kertas yang dikepil ring binder. Bau gerimis di kafe menyengat reseptor bau, lama matanya mengamati laluan susur masuk yang berasak-asak dengan beberapa buah kenderaan. Jam di pergelangan tangan ditilik sekilas. Ketibaan seseorang yang ditunggu-tunggu masih belum tiba. Dia tidak mengerti mengapa Encik Akhsar ingin bersemuka meskipun mereka sudah bertemu kelmarin.

Mereka mengalami sedikit masalah selepas membuat kunjungan inspeksi dua hari lalu dimana terdapat sejumlah besar unit rumah mengalami kerosakan. Jika unit memerlukan penyelenggaraan, mereka perlu merancang strategi dalam menyelesaikan masalah tersebut tanpa melibatkan modal yang terlampau besar.

Oleh itu, dia cuba mendapatkan kata sepakat daripada pihak atasan untuk mengadakan pameran bagi mendapatkan dana-dana tambahan. Encik Akhsar turut memberi jaminan bahawa Casuarina Property akan menyediakan pasukan penyelenggaraan yang terlatih bagi memperbaiki dan menjalankan penambahbaikan yang diperlukan.

Tiara tersenyum tatkala gerangan yang ditunggu-tunggu sudah memperlihatkan diri. Encik Akhsar mendapatkan tempat di hadapannya kemudian berdeham kecil. Sisa-sisa embun dari rambut lelaki itu dikerling. Kata maaf dari Encik Akhsar diterima dengan senang hati. Mereka sempat berbual kosong untuk meredupkan suasana.

"Cik Tiara dah lama sampai ke?"

"I pun baru sampai dalam sepuluh minit lepas."

"Maaf I tiba-tiba ajak you jumpa."

Sweater ditanggalkan dari tubuh. Anak mata Tiara dicari. "I dapat pemberitahuan ada pelabur yang berminat untuk melawat kawasan lapangan. Tapi disebabkan cuaca hari ni buruk, dia bersetuju untuk jumpa dan diberikan penjelasan dahulu. You ada bawa laporan?"

Tiara mengerut kening, cuba memproses segala butir yang didengari. Mereka baru saja berbincang mengenainya. Takkan secepat ini? Pelabur mana yang baik hati bersetuju untuk berusaha sama sebelum disebarkan? Hairan. "Eh? Tapi kita belum adakan pameran lagi, Encik Akhsar. I'm still working on the proposal. Tak iklankan di mana-mana pun lagi."

Teguran suara garau membantutkan balasan lelaki itu. Tiara menikus apakala ukiran senyuman ramah di bibir Encik Akhsar dihadiahi kepada figura yang berdiri di belakangnya. Detakan jantungnya dipam laju sebaik saja bau wangian maskulin menghunus rongga hidung. Derapan kaki semakin rapat, pancaindera mereka bersatu. Mata Tiara terbeliak tidak percaya.

Ma—macam mana? Nafasnya tersangkut, seakan-akan dirampas. Bibirnya separa terbuka namun dia bijak mengawal sebelum disedari oleh manusia tersebut. Mimpikah dia? Bagaimana? Bagaimana Tuan Hardeen boleh berada di sini? Tidak mungkin. Tidak mungkin lelaki ini pelabur yang dimaksudkan Encik Akhsar.

"How's traffic?" Encik Akhsar membuka mukadimah. Nadanya mesra.

"Get pretty rough to be here. Hujan lebat."

"Kalau hujan memang sesak tuan, kena pula hari minggu. Tapi tak seteruk jammed di KL."

Senyuman dilakar. Hardeen memilih untuk berada di sisi meja, di antara kedudukan Tiara dan juga Encik Akhsar. Santai saja postur tubuhnya berlabuh selepas posisi dibetulkan. Melihat saja air muka gadis itu, dia boleh mengagak kehadirannya tidak disangka-sangka. Mereka berbual kecil sebelum melangkah ke perbualan seterusnya.

"Cik Tiara akan brief tuan berkaitan kawasan di Kubang Gajah memandangkan beliau mempunyai analisis data terperinci. Kalau tuan ada apa-apa soalan yang ingin dikemukakan, atau sebarang info yang tak berapa jelas, let us know and we'll do our best to explain it to you in terms you can easily understand."

"Tell me more about it."

Sepanjang perbincangan berlangsung, Tiara mengemukakan secara jelas dan dia cuba menyakinkan pelabur berkenaan dengan bantuan contoh slaid dan excel di komputer riba. Lelaki itu sesekali menggangguk dan menuntut beberapa jawapan atas keterangannya yang berjela-jela. Setiap kali anak mata mereka berdua bertembung, setiap kali itu juga keinginan Tiara berkobar-kobar mahukan kepastian.

"I'm seeking more data in terms of the projected increase in the property value and the overall performance of the area in question. I need more information regarding these two aspects, specifically numbers and concrete evidence."

Hardeen semakin berminat. Tiara mengeluarkan dokumen berlamina yang memapar beberapa graf dan rajah ke tengah meja. Jarinya bergerak tertib sebagai penunjuk arah. Penuh sopan.

"Memandangkan pasaran hartanah sukar diramal, I tak boleh jamin hasil yang pasti buat masa sekarang. Tapi berdasarkan data dan penunjuk pasaran semasa, tuan boleh lihat nilai hartanah dalam kawasan tersebut dianggarkan akan mengalami lonjakan ketara dalam beberapa tahun akan datang. Kawasan ini juga kaya dari segi pembangunan infrastruktur dan persekitaran strategik yang cukup menguntungkan dalam jangka masa panjang."

Tiara menyambung keterangannya. "Nilai hartanah di kawasan ini juga mengalami peningkatan keseluruhan sebanyak 10 peratus dalam tempoh lima tahun, yang jauh lebih tinggi daripada kadaran pertumbuhan purata di rantau ini. Berdasarkan aliran pasaran semasa pula, trend ini akan diteruskan pada tahun-tahun datang, yang membawa kepada potensi yang lebih tinggi untuk pertumbuhan nilai hartanah."

"I have taken into consideration your information and analysis, and I am now seriously considering the investment. It would be best to physically visit the property and get a firsthand feel for the location and surroundings. Would that be possible?"

Tiara menggangguk bersama gayutan senyuman. Manis. "Of course, we can arrange a private viewing for you at your convenience, so that you can inspect the property and get a better feel for the surroundings. Would you like to schedule a time now?"

"Could we arrange for the viewing on Wednesday afternoon, around 4 PM?"

"I'll arrange for all the necessary arrangements to make it a smooth and pleasurable. Kalau tuan perlu untuk diiringi, I boleh minta kakitangan kami untuk bawa tuan ke lokasi." Kali ini Akhsar pula menjawab di pihak Tiara. Fokus lelaki itu terarah kepadanya.

"It's fine, thank you for being so flexible and accommodating. Let's touch base again on Wednesday after I've had a chance to check out the property and do some further research on it."

Selepas memberi kata perpisahan, Tiara menyepi apakala anak mata hazel itu mencari pancainderanya sebelum berlalu pergi. Dia masih kaget dengan kemunculan Tuan Hardeen, lebih-lebih lagi lelaki itu secara sukarela menawarkan diri untuk melabur atas projek yang sedang diusahakan.

Lelaki itu sangat bijak dalam berpura-pura. Kononnya mereka tidak mengenali antara satu sama lain walhal sebaliknya. Anehnya, mengapa Encik Akhsar seolah-olah tidak mengenali Tuan Hardeen? Tidakkah lelaki itu tahu bahawa Tuan Hardeen adalah pemangku Estate Empire?

"Good job, Miss Tiara." Puji Akhsar ikhlas. Terpegun sungguh dia melihat karisma gadis itu sebentar tadi. "You betul-betul hebat. Klien nampaknya terpujuk untuk melabur."

"You sama hebat Encik Akhsar. Your hard work and dedication are definitely worth recognition and admiration." Mereka saling berbalas senyum lalu tertawa halus. "Berkaitan hari kejadian nanti, bukan hari rabu ni Encik Akhsar ada meeting di luar?"

"Yes, tapi delay esoknya. Kiranya rabu jadual I memang clear sampai ke petang. Cik Tiara akan turun padang juga kan?"

Tiara tersenyum sebagai balasan. Sudah pasti dia turut serta kerana ada perhitungan yang harus diselesaikan dengan Tuan Hardeen. Kalau sejauh ini lelaki itu mahu mengejarnya untuk menunjukkan siapa yang berkuasa, dia juga tidak akan segan-segan mempamerkan belangnya.

BEBERAPA botol wiski kosong yang berselerakan di atas counter table dikutip satu-persatu dan dihumban ke dalam satu beg plastik hitam. Keadaan di dalam kondo miliknya sangat tongkang pecah. Putung rokok, plastik makanan ringan dan beberapa kotak makanan segera bergelimpangan di atas jubin. Bau alkohol semerbak di udara manakala bunyi muzik dari home pod masih bergendang-gendang nyaringnya. Alat kawalan jauh dicapai lalu sekelip mata saja keadaan kembali sepi.

"Wake up dude!"

Sean menendang perlahan betis seorang lelaki yang nyenyak tidur di atas lantai akibat pengaruh alkohol. Terkebil-kebil lelaki itu memandangnya sebelum mengeliat kecil. Majoriti tetamu yang datang yang menghidupkan parti adalah kenalan daripada warga syarikat. Parti warm welcoming yang kononnya diadakan untuk meraikan kedatangannya hancur lebur dengan kemaksiatan. Sean melabuhkan punggung di atas sofa dan menyalakan api pada hujung putung rokok. Asap terhembus di udara.

Hampir sekian lama berkhidmat di North Carolina, tabiat lamanya kembali berdarah. Tiada batasan sama sekali, malah cara ini saja yang mampu memuaskan dirinya dari terus terkunci dengan memori-memori lalu. Hidupnya bebas, sangat kebaratan sehingga lesap adat ketimuran yang sepatutnya diagungkan. Dia fikir dia mampu mencaras gadis itu dari fikiran, ternyata telahannya salah sama sekali. Dia masih bersemadi dengan perasaan itu, masih takut dengan bayang-bayang sendiri walaupun sudah genap sebulan meninggalkan bumi Malaysia.

Dia cuba melupakan Tiara dengan berfoya bersama wanita lain tetapi mengapa gadis itu kerap mengetuk mindanya? Mengapa saat dia berusaha melupakan, bayang Tiara semakin sukar dilekangkan?

Dia boleh saja kembali ke Malaysia. Dia boleh saja menghubungi gadis itu untuk menerangkan segala yang kabur di antara mereka. Namun semuanya hanya terjadi di minda. Hardeen lebih jauh merancang segalanya. Lelaki itu lebih licik dari musang, memerhatikan gerak-geri sebelum membaham kelemahannya hidup-hidup.

Mengapa perlu Tiara menjadi taruhan? Mengapa tidak wanita lain? Sean menghisap rokok. Tidak mungkin Hardeen turut menyukai Tiara dalam diam, bukan? Lelaki itu sanggup mati dari mengekspresikan perasaan sendiri. Kalau bukan kerana suka, mengapa sejauh ini permainan lelaki itu untuk mengusirnya dari hidup Tiara? Apa manfaat yang lelaki itu terima?

"Babe..."

Seruan manja seseorang menerbangkan khayalan Sean. Grace maju mendekati dan berlabuh manja di atas ribanya. Batang lehernya dipeluk manja, gadis itu mula menggoda. Sean tersenyum lalu putung rokok dilempar dalam ashtray sebelum belakang Grace diusap. Semenjak berada di North Carolina, gadis itu kerap menemaninya. Mungkin kerana Grace yang dipertanggungjawab untuk membantunya mengendali krisis, jadi dia selesa dengan keterbukaan gadis tinggi lampai itu.

"You hungry?"

"No. I thought you were leaving." Grace menjawab. Wajah tampan Sean diteliti dari alis sehingga ke bibir.

"I need to clean up the mess, Grace."

"Hiring a cleaning service to clean everything up would be a better idea." Grace memberi cadangan. Jam digital di dinding dikerling. Mereka mempunyai masa sebanyak setengah jam untuk bercekerama sebelum mempersiapkan diri ke pejabat. Dia masih belum menyelesaikan tugas yang perlu dikemukakan pada tengah hari nanti. Semuanya angkara termakan dengan pujukan Sean yang menginginkannya pada malam hari. Dirian dibetulkan.

"I need to take a bath."

Sean menarik Grace untuk didudukkan di atas ribanya semula. Gadis itu tersenyum lebar dengan aksi manjanya. Hujung hidung Grace dicium ringkas. "We still have time. Don't have to rush anything."

"Just give me a few minutes, and I'll be right back. Don't worry, I'll be quick."

"Fine, go get ready."

Bibir mereka berkucup sekilas. Bayang tubuh Grace yang sudah lesap dari ruang mata diperhati sesaat sebelum tubuh disandarkan pada couch. Lama pancainderanya termenung melihat dinding kaca yang memaparkan keindahan bangunan mencakar langit di waktu pagi. Ternyata semuanya berasa kosong sama sekali.

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

1.9M 20.1K 31
C O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan...
12.8K 257 53
Sejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah...
317K 12K 83
AMARAN! CERITA INI BUKAN UNTUK PEMBACA BAWAH UMUR! "My proposal is, bear my child. Produce my offspring. Itu sahaja. After you finish your job, you a...
367K 13.3K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...