T I A R A

By Jwayara

138K 9.3K 1.3K

"With my own freaking brother... Suwei lah! Kau tunang aku, Mia. What on earth are you thinking?" - Hardeen D... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 20

3.1K 221 27
By Jwayara

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

"KETINGGALAN kau ni. Takkan lah kau tak tahu? Tan Sri memang ada seorang lagi anak lelaki. Tapi aku dengar khabar, anak sulungnya tu tak sama dengan satu lagi. Sebab itu Tan Sri sorok!"

Tercebik-cebik Jenny menyampaikan gosip hangat yang tersebar di serata Estate Empire. Semenjak berita kemunculan Encik Harrez menjadi buah mulut, ramai pula detektif tidak berbayar menjalankan misi mengorek informasi tentang lelaki berkenaan.

Hal ini semakin sensasi apabila lelaki itu menjawat posisi biasa dan bukannya sebagai salah satu ahli lembaga. Segelintir beranggapan bahawa Encik Harrez menolak menyandang pangkat tinggi kerana ingin belajar dan bermula dari bawah. Peratus selebihnya mengatakan lelaki itu dipaksa berkhidmat asbab kehadirannya yang muncul secara tiba-tiba.

Beberapa teman sekerjanya yang berada di jabatan Undang-Undang turut berkongsi cerita. Encik Harrez akan dipindahkan dari legal secretary ke bawah kawalan eksekutif pemasaran tidak lama lagi setelah lelaki itu menyampaikan minat untuk berada di bidang penjualan pemasaran. Berita tersebut didengari ahli lembaga dan mereka telah menerima cadangan itu selepass mendapat kelulusan daripada Tuan Hardeen. Mungkin agenda disebalik kedatangan Encik Harrez kerana Tan Sri ingin mereka berdua menguruskan Estate Empire.

"Masalahnya sekarang ni, kau dengar cerita tak yang Encik Harrez tu zero? Langsung tak tahu soal hartanah. Takkanlah duduk luar negara menjoli aje? Katanya dulu belajar di rantau."

Ujar Hanis menghangatkan lagi sesi membawang yang sedang berlangsung. Makin seronok lah Jenny kerana mendapat modal untuk diceritakan kepada teman-temannya yang lain nanti. Tidak kisah jikalau hal itu mengaibkan mangsa, asalkan hatinya senang.

"Kau biar betul? Eh, tak percayalah aku!"

Suara nyaring Jenny menarik perhatian beberapa pekerja berdekatan. Mujur kubikel mereka saling berhadapan, memudahkan sesi membawang berjalan lancar. Badan dilonjak ke depan, membisikkan sesuatu kepada teman-temannya.

"Mana kau tahu Nis?"

"Aku dengar cerita, memandangkan kawan aku yang kena handle tasking untuk Encik Harrez."

Hanis menyakinkan. Jenny menonjolkan reaksi ingin tahu, sudah siap sedia untuk mengorek cerita sensasi berkenaan jejaka berkenaan. Biasalah... Kalau sesi membawang sudah bermula, pasti tiada hentinya. Masing-masing berkobar-kobar untuk membuat dosa kering meskipun Islam menegah.

"Sepanjang kawan Kak Nis handle, ada jadi apa-apa ke?"

Zulin menyoal. Panasaran kerana ura-ura yang didengari oleh orang lain sangat berbeza dari cerita yang disampaikan Hanis. "Lin dengar lain sangat. Dia orang cakap, Encik Harrez buat kerja pantas. Kacak pula orangnya."

"Eh tapi apa yang saya dengar, lain. Saya dengar, ada orang yang buatkan kerja Encik Harrez. Maklumlah anak pemangkin syarikat, mestilah semua pakat tunduk hormat." Danisha menambah rencah. Semua yang mendengar turut terlopong.

"Biar betul?"

Derapan kasut tumit tinggi kedengaran dari arah bertentangan dan gerangan tinggi lampai maju kepada mereka sambil mencekak pinggang. Jenny dan Hanis kecut perut sambil memandang sesama sendiri. Keadaan yang sudah panas semakin hangat walaupun penghawa dingin hidup. Perasaan takut dan bimbang menyelimuti diri mereka tatkala wanita itu berdiri statik bersama riak ketat. Masing-masing kelam-kabut dan berpura-pura melakukan tugas.

"You guys must have lots of free time on your hands."

"Morning Jes."

Jesnita berpaling ke kanan. Sosok tubuh tegap Hardeen yang melintasi di sisi bersama senyuman ringkas hanya dibalas dengan lorekan kecil. Penampilan lelaki itu semakin kacak hari demi hari, dan dia tidak mampu menidakkan rasa teruja di hati tika bertatapan mata. Wangian Hugo Boss yang sentiasa melekat di tubuh lelaki itu bagai menghidupkan adrenalina di dalam darahnya. Walaupun begitu, reaksi di wajah masih di dalam kawalan. Perhatian dipusatkan semula ke arah pekerja-pekerja tersebut dengan wajah berlagak.

"I tak nak gosip murahan sampai di telinga Tuan Hardeen. If you guys plan on sticking around and not quitting anytime soon, then keep your damn mouths shut." Matanya menjeling. Meninggalkan mereka yang jelas terkulat-kulat ketakutan setelah 'dibasuh'.

Itulah, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kalau kena buang kerja, memang naya! Bukan setakat tutup periuk nasi sendiri, malah memalukan diri sendiri juga jikalau punca diberhentikan adalah kerana hal yang tidak munasabah.

Malu tujuh keturunan!

"Ini arahan Uncle Long atau dia yang rela jejak kaki ke sini?"

Melihatkan perubahan wajah Hardeen, Jesnita sudah boleh membuat andaian. Tidak mungkin Harrez bersetuju untuk kerja di Estate Empire kalau bukan dipaksa oleh Tan Sri Haidar Saadi. Abang sepupu tirinya itu lebih gemar berjoli dari membanting tulang. "You're scared to death that he's going to take everything from you, just like he took away Mia from you, isn't it?"

Rahang Hardeen bergerak. "I didn't force him to come here, Jesnita. He came of his own will. I don't give a shit about that brat. Dia nak buat apa, dia punya suka."

"Just come up with anything so we can get this guy out of here. Harrez cucu pertama Tan Sri Panglima Hadi Sadeeq, anak sulung Tan Sri Haidar Saadi dan Puan Sri Julia. Think about it, if you don't take action now, he'll get everything with those titles. Do something."

"Jadi?"

Kening dijongket. Dia tidak mengerti mengapa Jesnita bimbang tentang pembahagian harta. Dia tidak kisah kalau Harrez menjadi pemangkin Estate Empire kerana syarikat ini adalah legasi keluarga. Dia mempunyai banyak aset lain yang mencecah jutaan ringgit selepas memagang gelaran iKon perniagaan.

Memang tidak dapat dinafikan Estate Empire memegang satu kabel besar di seluruh negara tetapi dia juga mengusahakan perniagaan lain dari hasil titik peluhnya sendiri. Setakat ini saja dia sudah memperolehi lapan hotel bintang di beberapa buah negeri, tujuh ladang estet kelapa sawit, dan ini tidak termasuk dengan aset dan perniagaan yang masih dalam proses meningkat naik.

"You boleh tanya I lagi? You're the boss, so do something for god's sake and kick him out."

Bersungguh-sungguh Jesnita meminta. Dia takkan sesekali hidup susah sekiranya Uncle Long menjodohkan mereka berdua. Kalau Estate Empire jatuh di tangan Harrez Dalwi, rosak lah impiannya. Memang keluarga mereka memperolehi harta yang takkan habis jika dimakan tujuh keturunan, tetapi dia tetap mahukan Estate Empire menjadi salah satu wilayah taklukan.

"What's the big deal? Papa yang recommend Harrez kerja di sini, jadi I tak ada kuasa untuk keluarkan dia tanpa sebab munsabah. Unless he really screws something up."

Jesnita mendengus sebal.

TIARA membuang pandang ke luar tingkap, merenung pokok-pokok renek dan lebat yang merimbun di sepanjang lebuh raya. Jam di pergelangan tangan sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari, dan ini bermakna dia akan tiba di kota Arau pada jam dua petang. Lenguh, itu yang dirasakan kerana berlabuh terlalu lama. Ketiadaan Jane sedikit kelam-kabut disebabkan segala urusan penting yang tertera pada jadual diuruskan gadis itu. Kiriman beberapa pesanan melalui e-mel dan aplikasi Whatsapp sudah dicatit di nota telefon. Gadis itu perlu menghadiri temujanji untuk mengganti dirinya sepanjang keberadaan di Perlis.

"Assalamualaikum bonda..."

Suara gemersik Puan Diana menghunus reseptor telinga. Sejak dari rumah lagi bonda sudah berpesan agar menghubungi jika tiba ke Stesen KTMB Arau. Selepas bertukar khabar, Tiara mengheret luggage tatkala pemandu kereta sewa yang dihubunginya sudah tiba. Cuaca pada hari ini hujan dan lembap, menghembuskan angin sejuk di serata kulit yang terdedah. Mujur dia mengenakan sweater fabrik tebal. Perjalanan ke homestay mengambil masa kira-kira sepuluh minit. Dia sudah bersepakat dengan tuan rumah untuk berjumpa pada jam 2.45 petang bagi sesi penyerahan kunci.

"Huk! Uhuk!"

"Astaghfirullahalazim, cuba makan cermat sikit."

Farzana menggeleng kecil melihat Tiara dari panggilan video. Gadis itu berteleku di atas sofa lalu terbatuk-batuk mencapai sebotol mineral di meja kopi. Tiara menahan kepedasan, gegenang mutiara bertakung di tubir mata. Rasa perit bercampur panas di rengkung semakin menjadi-jadi walaupun dia sudah meneguk air dengan banyaknya.

"Pedasnya. Perit tekak aku."

Adu Tiara. Masih merasakan bias-bias pedas kuah mee segera berperisa tomyam di rengkung. Mujur Puan Hasanah menbekalkan berbotol-botol air mineral kepada penginap. Dia terlupa untuk membeli air mineral selepas pulang dari kawasan lapangan hari ini kerana terlampau letih. Layan mata punya fasal, balik saja ke homestay, memang dia bantai tidur dulu.

"Buat hal betul. Tolong eh, aku tak nak jadi saksi kematian tersedak kuah mee segera pula. Tak fasal-fasal boleh glamour ekspres."

Farzana mengutuk sebelum diiringi ketawa mengekek. Semenjak Tiara berkunjung ke Perlis atas urusan kerja, mereka berdua memang akan membuat panggilan video sehingga lewat malam. Dia yang berkeras untuk menemani kerana bimbang akan keselamatan Tiara yang jauh di negeri orang. Kesihatan abah juga semakin pulih meskipun strok di muka masih belum hilang. Berkat urutan Usu Najda, abah mula tunjukkan simptom baik setelah seminggu berlalu. Jadi esok hari dia boleh pulang ke Kuala Lumpur dengan senang hati.

"Aku nak tanya soalan boleh?"

"Tanyalah. Sejak bila kau pandai minta izin? Macam tak biasa pula."

Tiara berdeham lalu menukar siaran walaupun fokusnya tertumpu kepada Farzana. Suara-suara dari kaca televisyen sekadar untuk membisingkan keadaan di dalam rumah yang sunyi. Canggung pula tinggal berseorang tanpa teman di tempat baharu.

"Kau dengan Encik Sean apa cerita? Dia hilang lagi?"

Sengihan di bibir Tiara sedikit demi sedikit pudar. Topik berkenaan Encik Sean pasti akan membuatkan dia makan hati tanpa punca. Walaupun lelaki itu sudah agak lama berhijrah ke USA atas urusan kerja, dia di sini masih menuntut jawapan. Bingung. Baru-baru ini Tiara dihubungi oleh satu nombor asing yang terpapar di log panggilan. Bila dia cuba mendail nombor itu semula, panggilan tersebut masuk di peti mel suara.

"Sibuk agaknya uruskan cawangan di sana."

"Takkan tak contact kau langsung? Dah macam perangai si Yaqin tu pula."

Selera Tiara termati sebaik saja nama Yaqin meniti di bibir Farzana. Dia cukup malas untuk merombak kenangan lama. Kalau boleh disedut keluar memori tersebut, sudah lama dia lakukan dengan rela hati.

"Farza, kisah lama biarkan berlalu. Tak usah buka-bukan semula. Aku tak suka, kau pun tahu."

"Ye, aku faham. Tapi aku geram kau tahu? Kau tak rasa macam fishy ke? Tak nampak lagi? Bila menjauh, terus berubah mendadak. Entah-entah Encik Sean test market. Agaknya bila kau mula bagi hati, seronok lah dia. Ingat kau boneka agaknya, tak ada hati perasaan."

Kembang-kempis hidung Farzana menahan gelodak amarah. Dia cukup tidak suka sekiranya ada malaun yang sengaja menyakiti Tiara. Di awal perkenalan, dia sudah menanam persepsi baik terhadap Encik Sean, tetapi semuanya sudah berubah. Demi Tuhan dia cukup tidak boleh terima dengan perbuatan lepas tangan Encik Sean terhadap Tiara. Ini bukan zaman dahulu kala, bilamana wanita akan menunggu kepulangan sang kekasih dari medan perang. Zaman modenisasi ini semuanya sudah kaya dengan alatan teknologi.

Nafas dihela berat, Tiara menarik senyuman halus. Kalau begitu realiti yang perlu dia telan, dia akan melangkah setapak demi setapak kehadapan dan meninggalkan kesemuanya di belakang. Termasuk perasaan hijau yang baru saja menular buat lelaki itu.

Pengalaman mendewasakan manusia, bukan?

***

"Macam mana Encik Harrez boleh tak tahu pula? Encik Harrez yang uruskan laporan, tapi kenapa maklumat yang kita bincang sebelum ni bercanggah?"

Marah Zakuan lalu menghempas fail tebal di atas meja Harrez dengan wajah tegang. Dia sedikit terkejut kerana idea yang dicurahkan dalam laporan cadangan ini sangat berbeza dengan ideanya. Malah, dia dijerkah pula oleh pihak atasan disebabkan tuduhan meniru. Rasa malu bagaikan disimen pada mukanya apabila mesyuarat itu turut disertai oleh Tan Sri Haidar Saadi sebagai pemerhati. Darah yang sememangnya membuak-buak semakin menggelegak setelah lelaki itu hanya beriak tenang, mendongak lalu tersenyum senget. Seolah-olah sedang memperlekehkannya.

"Kau menuduh aku tanpa bukti apa pasal? Kau yang uruskan dari mula. Sikit pun aku tak ubah apa-apa."

Harrez membalas selamba, bagaikan perselisihan mereka hanya angin lalu. Tiada perasaan ingin tahu mahupun tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah. Zakuan semakin berasap. Silap besar dia mempelawa diri untuk berkolaborasi dengan Encik Harrez. Dia tidak mengharapkan keramahannya dibalas sebegitu.

"Tak ada orang lain yang gatal tangan untuk ubah selain kita berdua, Encik Harrez. Saya hampir dikenakan tindakan disebabkan laporan cadangan ini ada unsur plagiarism dari laporan orang lain. Saya ada keluarga untuk diberi makan, Encik Harrez. Encik Harrez tak boleh buat saya macam ni."

Nafasnya turun naik mengawal amarah yang semakin menyala-nyala. Kalau diikutkan nafsu amarah, mahu saja dia menghadiahi penumbuk sulung di wajah lelaki sehingga hatinya puas. Tidak pernah lagi sepanjang perkhidmatnya di sini dia mendapat tentangan daripada orang lain. Maruah yang selama ini dijaga, dipijak-pijak hanya disebabkan karya buruk yang diconteng Encik Harrez.

Pen yang sedia berada di tangan dicampak kasar di atas lantai sehingga berkelentang. Tidak semena-mena menarik perhatian beberapa pekerja berdekatan. "Aku cakap bukan aku, maksudnya bukan aku lah! Kau datang tunjuk muka taik depan aku, selesai masalah? Your brain must be fucked up, you even accuse me of something so stupid."

"Masalahnya, kau orang terakhir pegang proposal tu bro. Cakap pakai otak lah! Disebabkan kau, aku yang hadap. Kau fikir kau anak Tan Sri, aku takut?"

Penumbuk dikepal. Mata-mata yang melihat perbalahan itu berbisik sesama sendiri. Zakuan naik hantu. "Tak guna kaya harta tapi miskin intelek. Hidup jangan membebankan orang lain kalau diri sendiri memang tak berguna!"

Seliratan urat-urat di tangan timbul menghijau. Wajah si bedebah direnung maut. Berapi-rapi dalaman Harrez menerima tuduhan Zakuan yang membuta tuli. Dirinya mudah. Selagi orang tidak mencari fasal, selagi itu dia tidak akan membalas. Kaki didirikan dan kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek, menghadap Zakuan bersahaja.

"Kau cakap apa? Ulang balik. Aku tak berapa dengar." Kening dijongket. Kembang kempis hidang Zakuan melihatnya. Marak kemarahannya.

"Tak berguna?"

Belum sempat Zakuan mengiakan, penumbuk padu Harrez terlebih dahulu singgah di rahang lelaki itu. Keadaan menjadi hingar-bingar dengan jeritan beberapa pekerja wanita yang menyaksikan. Masing-masing sudah berpindah jauh dari kawasan pergaduhan ke arah ruang yang lebih selamat.

Lensa kamera telefon bimbit berkali-kali bercahaya, merakamkan situasi tegang itu untuk diviralkan di sosial media. Susunan kubikel-kubikel di situ juga sudah menjadi senget-benget disebabkan pergolakan. Tiga orang sekuriti berlari-lari anak untuk merungkaikan pergaduhan tersebut.

"Aku bawa kau jumpa Tuhan la sial!"

Lantang Harrez menggemparkan ruang tersebut. Kakinya berganjak untuk mendekati Zakuan namun pergerakannya ditahan oleh dua orang sekuriti. Zakuan memuntahkan darah segar. Tangannya mengesat koyakan di tepi bibir. Staf-staf yang mendengar sudah kecut perut, cuak dengan ugutan lelaki itu yang tampak menyakinkan. Beberapa figura manusia dari arah pintu masuk menarik perhatian mereka apakala seorang lelaki tua maju ke hadapan.

Pang!

Satu tamparan berbisa hinggap di wajah Harrez. Automatik mendiamkan mulut-mulut pemerhati yang mengelilingi mereka. Rahangnya bergerak manakala mata pula terpejam sesaat, menerima kesakitan serta dimalukan di depan khalayak umum. Mimik berang Tan Sri Haidar Saadi direnung kosong, menunggu lelaki itu untuk mengeluarkan segala amarah yang terbendung. Dia cuba bergelut untuk melepaskan diri, malang sekali tubuhnya dikunci kemas oleh sekuriti-sekuriti.

"I'm getting real tired of this, and I'm starting to think I've been making the wrong decisions all along. Just take a look at yourself and what you're doing here. Menyusahkan orang saja! Memang sampah masyarakat!"

Harrez terasa dadanya diketuk berkali-kali dengan penukul, sakit dan terlalu perit untuk dihadam. Lebih-lebih lagi kata-kata kesat itu keluar dari mulut orang tuanya sendiri. Senyuman hambar diukir, menundukkan sedikit kepala sebelum kembali mendongak Tubuhnya yang masih dikunci oleh dua orang lelaki itu ditolak sehingga pegangan mereka terungkai. Anak mata Tan Sri Haidar Saadi diamati dengan senyuman yang masih belum lekang.

"Betul, ni bukan dunia aku. Aku pun tak minta untuk bergaul dalam bidang orang kaya, apatah lagi masuk dalam dunia kau orang. Tapi disebabkan aku hormat orang tua sendiri, aku turutkan juga walaupun dihina. I'm sorry if I've let you down, but I can't be the person you expect me to be, Tan Sri."

Tali leher di tulang kolar ditarik sehingga tertanggal. Harrez mengorak langkah besar meninggalkan ruangan sejuk beku tanpa menunggu balasan. Lorekan puas dari Zakuan tidak meninggalkan sedikit parut di hati kerana dia sudah sedia berdarah menghadam omongan pedas bapa sendiri. Dunia ini sememangnya tidak adil.

Continue Reading

You'll Also Like

12.4K 252 53
Sejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah...
16.3K 1.1K 51
"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjela...
683K 30.3K 49
Cerita yang berkisar mengenai Arina Nadirah yang menyimpan perasaan cinta kepada abang kandungnya sendiri, Khairul Aqil. Dugaan Allah itu hebat, Arin...
297K 19.9K 71
Hadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia...