[C] SIXTH SENSE | 박지민

By iamfathiah_

20.6K 3.7K 665

"Boleh tak kalau satu hari kau tak kacau aku?! Rimaslah!" -Park Jimin- ---------- "Ada satu cara yang paling... More

CAST🧝
1🌟
2🌟
3🌟
4🌟
5🌟
6🌟
7🌟
8🌟
9🌟
10🌟
11🌟
12🌟
13🌟
14🌟
15🌟
16🌟
17🌟
18🌟
19🌟
20🌟
21🌟
22🌟
23🌟
24🌟
25🌟
26🌟
27🌟
28🌟
29🌟
30🌟
31🌟
32🌟
33🌟
34🌟
35🌟
36🌟
38🌟
39🌟
40🌟
41🌟
42🌟
43🌟
44🌟
45🌟
46🌟
47🌟
48🌟
49🌟
50🌟
51🌟
52🌟
53🌟
🌟-THE END-🌟
πŸ’– SPECIAL CHAPTER πŸ’–

37🌟

256 46 13
By iamfathiah_

-----

Melian mengambil dua pasang baju yang disediakan Bailey kemudian memasukkannya ke dalam sebuah beg sandang milik Jimin. Seterusnya, dia mencapai sedikit makanan ringan serta tiga botol air mineral lalu dimasukkannya ke dalam beg tersebut.

Jimin yang berada di atas katil hanya memerhati tingkah laku Melian yang begitu ambil berat akan dirinya. Segala keperluan lelaki itu disediakan sehingga cukup.

"Kenapa pandang saya macamtu? Saya tak cantik ke hari ni?" Tegur Melian seraya tergelak kecil memandang ke arah kekasihnya. Jimin tersentak dari lamunan sebelum menggelengkan kepalanya. Sesekali, keluhan kecil dilepaskan.

"Berat hati aku nak tinggalkan kau, Melian. Aku sayang kau lebih dari nyawa aku sendiri." Ujar Jimin perlahan. Selesai saja kelengkapan Jimin disediakan, Melian melabuhkan punggungnya disisi lelaki itu lalu menatap wajah keruh milik Jimin. Kedua-dua tangan Jimin dicapai dan digenggam erat.

"Janganlah macamtu, awak. Saya pun sayangkan awak lebih dari nyawa saya sendiri. Tiada yang kurang kasih sayang saya terhadap awak. Saya janji kita akan berjumpa nanti setelah semuanya selesai. Yang penting, Angela diselamatkan. Kalau iblis tu dapat takluki dunia ni, alam bunian juga akan musnah dan menjadi kucar-kacir—" Melian berjeda. Wajah Jimin ditatapnya dalam sebelum menghadiahkan sebuah kucupan sekilas pada bibir lelaki itu.

"Jadi, semuanya ada pada tangan awak, Jimin. Jikalau awak berjaya, dunia ni akan aman dan damai tanpa berada di dalam ketakutan lagi. Semua orang bergantung pada awak termasuk saya. Sebabtulah saya pohon agar awak tidak menangguhkan tanggungjawab yang penting ini. Jangan risau. Saya sentiasa ada di dalam hati awak, sayang." Ujar Melian bersama senyuman manis buat Jimin.

Hati Jimin menjadi tenang sedikit demi sedikit setelah melihat senyuman indah yang dilemparkan Melian. Dia berharap dan berdoa agar mereka berdua dipertemukan kembali.

Beberapa minit kemudian, setelah semua kelengkapan Jimin siap, Melian dan Jimin beriringan melangkah keluar daripada bilik tetamu dan mendapatkan pakcik Callon dan Bailey yang berada di ruang tamu. Apabila melihat kemunculan mereka berdua, pakcik Callon dan Bailey terus mengangkat punggung dari kerusi kayu.

"Semuanya dah siap, Jimin?" Jimin mengangguk perlahan. Genggamannya pada tangan Melian dieratkan lagi seperti tiada hari esok buat mereka. Tingkah laku Jimin hanya dipandang Bailey melalui ekor mata.

Pakcik Callon mengarahkan Jimin untuk duduk di atas permaidani yang terdapat di ruang tamu rumah tersebut. Jimin hanya diam dan akur dengan arah itu. Genggamannya pada tangan Melian dileraikan.

Jimin duduk seraya melunjurkan sepasang kakinya seperti yang diarahkan pakcik Callon. Kemudian, pakcik Callon mencapai sehelai kain berwarna hitam lalu menutup tubuh Jimin. Mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu untuk meniupkan semangat baru buat lelaki itu yang akan menghadapi level terakhir. Iblis yang akan lelaki tersebut berdepan adalah bukan calang-calang. Kuasanya amat kuat sekali.

Seketika, keadaan di ruang tamu menjadi hening. Pakcik Callon masih dengan kerjanya mengubat Jimin manakala Melian dan Bailey hanya berdoa di dalam hati agar semuanya berjalan lancar.

Tubuh Jimin dirasakan bergetar. Tiba-tiba dia dapat rasakan sesuatu yang sedang masuk ke dalam badannya. Matanya dipejam erat membiarkan sebuah semangat baru mengalir di dalam badan. Dia janji, dia akan selamatkan Angela dari makhluk terkutuk itu. Dia juga berjanji akan menyelamatkan semua roh-roh yang tidak tenang.

Setelah semuanya selesai, pakcik Callon menarik kain hitam yang menutupi tubuh Jimin. Perlahan-lahan mata yang terpejam erat dibuka kembali. Melian dan Bailey tersenyum gembira setelah melihat perubahan lelaki tersebut.

Iris mata Jimin sudah bertukar kepada warna hijau serta tubuh lelaki itu menjadi semakin tegap sehingga menampakkan urat-urat di pergelangan tangan dan leher. Rambut lelaki itu juga sudah bertukar warna iaitu hitam ke warna kelabu cair. Melian, Bailey dan pakcik Callon yakin semangat baru yang mereka inginkan sudah masuk ke dalam tubuh Jimin.

Jimin bangun dari kedudukannya seraya berpaling memandang ke arah mereka bertiga bersama senyuman manis.

"Terima kasih pakcik..." Ujar Jimin lantas memeluk pakcik Callon. Pakcik Callon mengukir senyuman manis lalu membalas pelukan manusia di depannya. Beberapa saat kemudian, pelukan mereka terlerai.

"Pakcik sudah meniup semangat baru masuk ke dalam tubuh kamu agar kamu tak gentar untuk berlawan dengan iblis durjana itu kelak. Ingat, jangan leka dan sentiasa mengingati Tuhan. Jangan sesekali kamu menyerah kalah kalau tidak semuanya akan sia-sia." Titip pakcik Callon mengiringi Jimin sehingga ke pintu utama.

"Baiklah pakcik. Kata-kata pakcik akan saya pegang." Balas Jimin. Pakcik Callon menepuk dua kali bahu lelaki itu seraya mengangguk berkali-kali.

"Pesan pakcik bila kamu dah sampai sana, jangan sesekali berpaling ke belakang atau memikirkan kami. Kamu hanya perlu fokus dan kosongkan fikiran. Yang paling utama ketika kamu berdepan dengan makhluk terkutuk tu adalah melihat kelemahannya." Pakcik Callon memandang cucu lelakinya. Bailey mengangguk lalu menghulurkan sebuah keris di depan Jimin. Jimin menyambut keris tersebut lalu membeleknya.

"Ini adalah keris turun-temurun keturunan pakcik. Mereka menggunakan keris ni untuk berlawan dengan makhluk jahat. Keris ini bukan keris biasa. Jadi, kamu perlu berhati-hati ketika menggunakan keris ini. Pastikan, kamu bunuh iblis durjana itu dengan memancung lehernya. Dengan cara itu, dia dapat dihapuskan. Dalam masa yang sama, ketika kamu pancung lehernya, kamu perlu baca ayat-ayat ni dan jangan sesekali terlupa! Ingat pesan pakcik!" Ujar pakcik Callon lagi memberi amaran keras. Jimin menganggukkan kepalanya berkali-kali.

Selepas itu, Jimin mengucapkan kata-kata maaf kepada keluarga bunian tersebut jika ada tersilap kata dan tersalah langkah terutamanya kepada Melian Luthient. Kemudian, Jimin terus memeluk kekasihnya erat. Melian membalas pelukan tersebut. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Selepas pelukan terlerai, mereka menatap ke dalam anak mata masing-masing sebelum tautan dilepaskan.

Bailey melangkah ke arah Jimin. Dia akan bersama lelaki itu sehingga ke pintu keluar alam bunian. Pakcik Callon pula mengucapkan kata-kata perpisahan bersama kata-kata semangat buat Jimin.

Setelah semuanya selesai, Bailey dan Jimin beriringan melangkah keluar dari kawasan perumahan pakcik Callon. Sempat dia memandang Melian buat kali yang terakhir. Tangannya diangkat lalu melambai ke arah mereka.

"Kita cuma perlu jalan terus sehingga ternampak sebuah gua. Lepastu masuk ke dalam gua tu dan kita akan nampak sebuah pintu kayu. Pintu tu lah yang digunakan oleh orang bunian untuk keluar masuk." Terang Bailey dan menerima anggukan daripada Jimin.

"Ada ke manusia lain selain aku pernah sampai ke sini?" Soal Jimin ingin tahu. Bailey menggeleng berkali-kali.

"Sepanjang wujudnya alam bunian ni, kaulah manusia pertama yang masuk ke alam kami. Kau perlu ingat, kalau level pertama tak lepas level kedua mestilah takkan lepas. Hutan yang kau masuk ni adalah hutan kematian jadi manusia yang masuk tujuan mereka hanya untuk mati saja."

"Macam mana hutan ni boleh wujud?"

"Sebenarnya ini memang petempatan jin dan iblis. Ketua mereka adalah Leon Javier, Sang Penguasa Dunia yang akan kau berdepan nanti. Dia merupakan anak kepada Lucifer, Lagenda Penguasa Dunia suatu ketika dahulu. Sekarang dia akan kembali untuk menuntut jasad Angela. Angela bukan calang-calang manusia walaupun dia dilahirkan manusia. Dia adalah keturunan ketujuh berdarah Alejandro Xander yang merupakan lawan Lucifer. Mereka berperang antara satu sama lain di dalam hutan ini dan Lucifer kalah. Namun, semangat untuk mengalahkan Alejandro semakin membuak-buak dalam diri Lucifer. Dia bersumpah akan menghancurkan keturunan ketujuh Alejandro Xavier dan keturunan ketujuh itu adalah Angela Alexender. Sebabtulah bila Angela mati, jasadnya sukar untuk ditemui kerana Alejandro menjaganya agar tidak jatuh ke tangan yang tak sepatutnya. Tapi, disebabkan kekuatan dan kelicikan Leon Javier, akhirnya roh Angela jatuh ke tangan dia. Dengan adanya roh Angela, jasad Angela akan mudah ditemui kerana jarak roh dan jasad terlalu dekat. Jadi, peluang kau untuk menjumpai Angela sangat tipis kerana kau sudah hampir seminggu berada di alam bunian walaupun tempoh kau tinggal disini cuma tiga hari..."

TBC
☄️

Maafkan Shaf sebab lambat update? Ada sesiapa yg masih tunggu? Mesti takde kan??😂ok hambar—
Btw please vote and comment❤️❤️

Continue Reading

You'll Also Like

40.4K 2.3K 45
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
3.8K 151 18
seorang gadis yang dikenali sebagai echaa seorang student yang sangat ceria tapi penakut sedikit kat highschool telah berjumpa seorang lelaki yang po...
1.5K 91 6
DANISH HAKIM seorang mafia yang digeruni berdarah kacukan Spain Melayu.Danish bekerja sebagai lecturer untuk menutupi pekerjaan gelapnya AIRINE NAJIH...
77.8K 3.9K 39
Bila tiba aku bicara, Kata aku luah tanpa henti.