T I A R A

Bởi Jwayara

138K 9.3K 1.3K

"With my own freaking brother... Suwei lah! Kau tunang aku, Mia. What on earth are you thinking?" - Hardeen D... Xem Thêm

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 15

2.9K 214 44
Bởi Jwayara

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Julia Foo

Sekali lagi aku diduakan, sekali lagi aku dihancurkan...Kerana cinta yang melukut teguh di hati, aku cuba membutakan mataku agar tidak terus berduka lara meskipun aku tahu diriku hanya lah kambing hitam buat menutup kekhilafan dirinya. Kenapa wanita itu juga yang kau memilih untuk bersama? Mengapa bukan aku, isteri kau yang sah disisi agama?

Kecewa, terhina, terluka... Semuanya menjadi satu bebola api yang menghempap diriku berkali-kali sehingga aku tersesat untuk mencari ketenangan yang diidami. Kau bilang baik-baik saja di hadapan orang tuamu tetapi hakikatnya. Allah saja yang tahu bagaimana realiti berdarah diantara kita. Aku cuba meracuni fikirannmu bahawa wanita itu bukan lah manusia sebaik malaikat tetapi diriku dicerca berkali-kali tanpa ihsan. Abang, kalau si dia ialah wanita yang baik, mengapa dia harus menjadi orang ketiga di antara kita?

Andai kehadiran aku membawa bala kepada pasangan itu, perjalankan lah aku kearah ketenangan tanpa kesulitan. Aku wanita yang mendambakan bahagia bersama suami tercinta namun langkahku tersepit antara permainan cinta tiga segi. Aku dan kau namun kau dan dia. Berulang kali aku berpesan kepada diriku agar coretan luahan ini hanyalah mimpiku disiang hari dan aku terjaga dalam keadaan yang baik-baik saja. Tetapi siapalah aku untuk mengenangkan fantasi di dalam realiti?

Wahai suamiku, andai saja kau membaca tinta ini pasti kau juga akan turut berduka. Aku tidak meminta harta mahupun kesenangan duniawi tetapi aku cuma menginginkan kesetiaan dan belaian kasih yang tulus daripadamu meskipun aku tidak berhak untuk memimpikannya. Aku sedar walaupun sehasta cintamu tidak akan pernahku genggam namun pengharapan di dalam hati masih menyala terang seakan bulan di waktu malam. Aku tidak menyalahkan takdir jauh sekali menidakkan qada dan qadar Tuhan tetapi persoalan di fikiranku semakin liar berterbangan. Adakah aku tidak layak merasai kebahagiaan atau aku terlalu tamak menginginkan sesuatu tanpa memikirkan natijahnya?

Tidak mengapalah abang... Benih-benih cinta yang sudah tertanam di dalam rahim ini akanku jaga dengan sepenuh kasih dan sayang walaupun kejadiannya adalah sangat hina. Aku rela menyerahkan segalanya kepadamu jikalau itu yang membuatkanmu berasa senang dan gembira. Andai saja episod berdarah ini hanya sekadar mimpi ngeri, aku berharap aku akan terjaga ke dunia realiti...

Julia Foo, 23 March 1992

Cairan jernih di tubir mata bergenang. Sekeping surat itu dilipat menjadi segi empat sama sebelum dimasukkan ke dalam sampul untuk ditempatkan ke dalam sebuah kotak rotan bersaiz kecil. Julia teresak lagi dalam keadaan tercungap. Kali ini dadanya terasa sempit dan pedih. Sayu sungguh hati ini memikirkan nasib diri yang tidak terbela. Haknya sebagai isteri dicantas oleh orang ketiga. Paling menyakitkan, dia langsung tidak dihormati oleh suaminya sendiri.

Wajah sang suami yang tenang beradu di atas katil dipandang dengan penuh kasih dan cinta. Perlahan-lahan, kakinya menapak mendekati Haidar yang nyenyak dibuai mimpi. Julia tersenyum dalam kedukaan. Dia tidak berkesempatan untuk mendekati lelaki itu sedekat ini jikalau mereka di dalam keadaan berjaga.

Haidar memberi amaran bahawa kedudukan mereka harus dijarakkan meskipun dia enggan menurut. Dia tahu dia mampu melembutkan hati yang keras itu jika kena dengan caranya. Dia masih mencuba namun usahanya seakan mencurah air ke daun keladi. Masih samar-samar dan gelap gelita.

Peristiwa sebulan yang lalu masih segar di dalam ingatan. Kini, benih-benih Haidar sudah tersemat subur di dalam tubuhnya walaupun dirinya dirogol secara rela. Dia bersyukur sekurang-kurangnya Haidar masih mahukan zuriat di antara mereka wujud. Dia tertunggu-tunggu kehadiran cahaya mata pertama setelah kandungannya mencecah usia satu minggu.

Meskipun dia tidak bisa memiliki Haidar secara emosi, mempunyai anak daripada benih suaminya cukup memadai. Sekurang-kurangnya lelaki itu mengizinkannya untuk menyimpan kandungan ini daripada digugurkan. Dia sudah terlebih bersyukur.

Julia memberanikan diri untuk menyentuh wajah kacak Haidar. Dimulai dari rambut sebelum terjatuh pada seulas bibir yang terlekuk sempurna. Demi Tuhan, hatinya cukup terpaut dengan kekacakan suaminya yang tiada tandingan. Jujur dia sangat bersyukur dan gembira kerana dia memiliki Haidar sebaik sahaja menerima lamaran daripada keluarga lelaki itu. Semuanya terasa seperti mimpi indah yang tidak akan pudar dimamah waktu.

Namun, panas yang disangkakan ke petang rupanya hujan di tengah hari. Bahagia yang didambakan selama ini rupanya mimpi ngeri di malam hari. Semuanya berubah tika mereka disahkan sebagai sepasang suami isteri tiga bulan yang lalu. Lelaki itu berterus-terang bahawa perkahwian mereka hanya tercoret di atas kertas dan dirinya diibaratkan seperti kambing hitam buat menutup cinta terlarang suaminya bersama wanita lain.

Kecewa, itu yang dirasakan. Dia menangisi nasib buruknya berkali-kali. Hatinya cukup tercalar untuk menelan kenyataan perit itu. Sudah puas hatinya cuba dipujuk untuk memaafkan mereka berdua tetapi luka itu semakin berdarah setiap kali mereka bertelagah. Kata-kata nista Haidar bagaikan bisa yang meracuni dirinya tidak kira masa.

Air matanya menitis titik demi titik. Keterlaluankah impiannya untuk menjadi ratu di hati lelaki itu? Atau takdir hidupnya yang melawan arus kebahagiaan?

"Abang, Julia sayang abang sepenuh nyawa Julia." Lirih.

***

"What? Kau gila ke?"

Hardeen menayang wajah selamba. Tubuh disandar pada kerusi sementara tangan disilangkan ke dada. Lagaknya seolah-olah tidak terkesan langsung dengan buakan amarah lelaki itu. Keputusan perbincnagan sebelum ini sudah sampai ke telinga Sean dan dia memang sudah agak lelaki itu takkan pernah memberi kata setuju dengan cadangannya minggu lalu. Lamgkah yang dia aturkan sejauh ini tetap diteruskan tanpa sebarang sesal. Posisi Sean sebagai pengurus projek akan diganti oleh calon yang lebih berpengalaman semasa ketiadaan lelaki itu di Malaysia.

"Sejak bila keputusan direktor dikira tak masuk akal? The entire board has given their thumbs up. So, sorry to break it to you, but it's a done deal. You just got to suck it up and obey the board's ruling. There's no room for arguments or excuses here. Swallow your pride and go with what they say, no matter how much it kills you."

Sean menahan amarah yang bermaharajalela. Ruang sejuk beku ini tidak mampu menyejukkan hatinya yang sedang kepanasan. Dia tidak mengerti mengapa barisan ahli lembaga bersetuju dengan cadangan mengarut yang dikemukakan Hardeen.

Posisinya di dalam syarikat ini tidak melayakkan dirinya untuk menguruskan kekacauan di cawangan luar negara, tetapi mengapa dirinya dipilih secara rambang begitu saja? Kalau Hardeen sengaja menggunakan cara kotor untuk memenangi taruhan, hilang lah satu mata dipihaknya. Lelaki itu akan mudah mendekati atau menyakiti Tiara sepanjang ketiadaannya di sini.

"Kau sengaja rancang semua ni untuk jauhkan aku dari Tiara, kan? Kau tahu kau takkan boleh buat apa-apa kalau Tiara pilih aku. Kau fikir kau akan menang walaupun kau hantar aku ke sana? Nonsense. Jangan mimpi disiang hari lah Hardeen."

"She's smart. Dia tahu menilai." Sambung Sean separa tegas.

"I love how you're trying to put up a tough front here, as if you're the one in control. But let me tell you something, you will be the one who ends up hurt if you keep mouthing off so much."

Alis kening dijongket tanda mengejek. Ya, apa yang diperkatakan oleh Sean adalah selari dengan niatnya dari awal. Dia sengaja melakukan ini semua untuk menjauhkan lelaki itu daripada Tiara. Nasi sudah menjadi bubur, erti kalah tidak pernah tercoret di dalam kamus hidupnya. Sayang? Cinta? Semua itu takkan wujud di dalam diri seorang Hardeen. Dia membuat semua ini dengan niat suka-suka. Sekadar hiburan low class yang dicipta oleh Sean.

"We're not alike at all. Aku betul-betul peduli tentang Tiara. Kau pernah berada di situasi yang sama, Hardeen. Jadi sepatutnya kau boleh faham perasaaan orang lain."

"Lelaki hidung belang macam kau nak borak tentang cinta? You've gotta be kidding me."

Ejek Hardeen membalas serangan Sean yang tidak putus-putus membela Tiara. Naik menyampah pula dia jadinya dengan bicara lelaki itu yang kononnya suci. Mereka berdua lebih kurang saja, masing-masing pendosa mencari sinar keimanan.

Kalau Sean fikir dengan menjadi hipokrit boleh mencuri hati Tiara, memang lelaki itu silap besar lah. Gadis itu bukannya bodoh boleh dilambakkan dengan kata-kata manis untuk dipujuk rayu. Wanita seperti Tiara ialah kompleks. Memang nampak mudah untuk dijerat tetapi hakikatnya gadis itu gemar bermain tarik tali dari segi fizikal dan emosi. Dari gerak tubuh Tiara pun sudah boleh dibaca.

"Kau fikir Tiara boleh terima ke lelaki yang dah tebuk ramai perempuan? Wakey wakey, reality's finally coming to slap you in the face?"

Puas hatinya! "She's not an idiot to stay with you if she knew just how much of a douchebag you are. No one wants to deal with a guy who's a complete ass. It's a red flag, dude."

"Don't you bloody dare... I mean it."

Ugutan Hardeen membuatkan Sean berbelah-bahagi. Ketakutan yang dirasakan di dalam dasar hati semakin timbul dan membesar. Dia tidak akan dapat menerima kenyataan jikalau Tiara menjauhkan diri disebabkan sikapnya yang suka bertukar-tukar wanita. Mana mahu diletakkan mukanya ini jika rahsia dipekungnya sudah pecah?

Hubungan mereka berdua masih diambang kehijauan selepas Tiara memberi kata setuju untuk mengenali sesama sendiri di malam lalu. Semenjak dari itu, dia merasakan dirinya adalah manusia yang paling bahagia di dunia ini kerana berjaya melangkah setapak ke hadapan. Sungguh, dia tidak mampu membayangkan perubahan Tiara selepas mengetahui sisi buruknya. Hardeen sememangnya sedang bermain gila.

"If you follow through on that, I swear to hell, you're gonna regret it big time. You got that?"

"Bring it. I'm calling your bluff. Just follow my damn instructions, and we can pretend like this conversation never happened. Is that so difficult for you?"

Kening dijongket bersama senyuman senget. "Aku bagi kau dua pilihan sama ada terima tawaran atau hilang Tiara. And for good measure, if you don't want her to hate you, then do yourself a favor and cut off all contact. Don't even think about contacting her. Ever. Kau tahu aku takkan pernah main dengan kata-kata aku kan?"

Sean mengetap rahang.

PUTARAN lagu dari siaran radio berlegar-legar di dalam perut kereta. Telefon bimbit yang setia berada dalam genggaman diketik sekali lagi pada dada skrin sebelum ruang perbualan dibuka. Beberapa mesej yang dihantar kepada lelaki itu masih belum dibalas semenjak dua hari lalu. Tiara mengerutkan dahi, tertanya-tanya.

Termasuk hari ini, sudah dua hari Encik Sean tidak memasuki pejabat, malah hanya notis kerja yang ditinggalkan untuknya melalui Zalia. Perubahan tersebut membuatkan Tiara menyimpul tanggapan asing. Kelainan daripada sikap lelaki itu sangat ketara semenjak isnin lalu. Boleh dikatakan dia sedang bekerja dengan orang lain walaupun bersama gerangan yang sama.

Ada suatu ketika, lelaki itu akan naik amuk tanpa punca. Terkebil-kebil dia jadinya apabila Zalia turut terkena tempias. Dingin. Bila Tiara cuba menghulur kemesraan, Encik Sean akan mengeluarkan arahan tidak mahu diganggu. Kadang-kala lelaki itu akan keluar bertemu klien tanpa pengetahuannya.

Berselisih di pejabat tidak bertegur, malah, Encik Sean tidak lagi sudi mencicipi juadah dan minum pagi yang disediakan olehnya. Dia cuba berlagak biasa dan bersikap profesional, seolah-olah alah bisa tegal biasa. Namun hati perempuan mana yang boleh menidakkan kesakitan tersebut?

Bohong lah kalau dia tidak terasa sama sekali. Bohonglah dia tidak terkesan dengan perubahan Encik Sean yang terlampau mendadak. Adakah kerana kesalahan dipihaknya? Tiara bermonolog, dahinya berkerut. Perasaan malu sudah dibuang jauh-jauh ke lautan paling dalam. Disebabkan perasaan ingin tahu, berjela-jela karangan mesej dihantar kepada Encik Sean empat hari lalu. Itu belum dihitung seberapa banyak air matanya berjurai.

Mengapa Encik Sean berubah drastik? Mengapa berubah selepas mereka berdua bersetuju untuk mengenali antara satu sama? Atau, dia tergesa-gesa menyambut keinginan Encik Sean tanpa berfikir panjang?

"Pak Zahar, kalau Tiara nak bertanya sikit boleh?" Tiara menyoal sopan sambil memandang wajah lelaki tua itu dari rear view mirror. Perhatian Encik Zahar mula tertumpu kepadanya. Senyuman kecil dilayangkan.

"Boleh, tanya saja lah Cik Tiara... Tak perlu minta izin. Segan Pak Zahar jadinya." Lelaki itu tersengih, menampakkan barisan giginya yang sedikit kekuningan akibat merokok.

"Encik Sean ada maklumkan apa-apa pada Pak Zahar tak? Tiara cuba telefon Encik Sean semalam tapi tak dapat pula."

"Semalam tuan muda datang ke rumah Puan Sri dan Tan Sri. Tak pasti lah pula apa urusannya di sana, tapi tuan muda maklumkan pada Pak Zahar untuk ambil dan hantar Cik Tiara seperti biasa."

Tiara mengangguk, menerima penjelasan daripada Pak Zahar walaupun hatinya mulai tidak tenteram. Perasaan gelisah, bimbang dan takut membentuk satu bebola tajam yang menghempap tubuh sehingga berdarah. Nafas ditarik sedalam mungkin dan dihembus.

Tiara memejam mata untuk menenangkan diri yang mula berasa cemas. Dada yang terasa ketat cuba dilonggarkan dengan kawalan pernafasan. Nostalgia masa lalu bagaikan berulang berkali-kali. Semuanya seakan-akan kaset rosak yang bermain tanpa henti. Bulu roma merinding tinggi manakala bias-bias muntah berkumpul di rengkung.

Tiba di Estate Empire, Tiara masih lagi termenung di hadapan pintu lif setelah melalui akses sekuriti. Matanya terasa berbahang, dadanya sempit. Rasa trauma itu semakin kerap memunculkan diri sehingga kemampuannya untuk menepis hanya tinggal senipis kulit bawang. Kesakitan tersebut berkumpul dan memerihkan fizikal serta emosi. Suara-suara manusia di sekelilingnya saat ini berdengung di reseptor telinga.

Sedetik itu kepalanya terasa berpusing dan kelam. Nafas yang cuba ditarik paksa semakin pendek seolah-olah tubuhnya dilemaskan di dalam lautan yang paling dalam. Tiara memegang dada, kakinya lembik untuk terus berdiri tegak. Sekelip mata sahaja punggungnya terjatuh menghempap lantai marble bersama tangisan. Waktu itu, perasaan cemas menyerang bertubi-tubi. Tiba-tiba satu tangan melekap di belakangtubuhnya. Bau wangian maskulin secara langsung meresap ke dalam hidung.

"Tiara, take a deep breath. Listen to me. You need to take it easy. Just relax and try to calm down."

Satu suara terasa dekat di halwa telinga namun Tiara tidak mampu untuk mengecam manusia berkenaan kerana pandangannya berbalam-balam. Nafas ditarik dalam keadaan terdesak setelah sepasang tangan turut menyokong tubuhnya dari tersungkur. Bau wangian maskulin tersebut sekali lagi menusuk ke reseptor bau. Sut di tubuh si lelaki dicengkam kuat manakala tenaga di tubuhnya cuba disatukan semula.

"Tiara, look at me. Just breathe - inhale slowly, exhale slowly. Try to relax as much as you can. Just take some deep breaths, and focus on my voice. It'll all be alright. I promise you."

"Stay focused on your breathing, Tiara. If you can keep your breathing in check, then everything is gonna be fine. Do you hear me? Just focus on your breath."

Kepala diangkat lemah, kekuatannya disedut keluar dari badan. Suara-suara asing berbisik sesama sendiri berdengung. Nafasnya semakin pendek, sisa air mata di pipi mengalir menjatuhi bumi. Pautan di pinggang oleh satu tangan sasa semakin kemas dan figuranya terasa melayang. Sekelip mata saja, keadaan sekeliling bertukar menjadi kabur dan kelam.

Stetoskop diafragma dibawa rapat ke dada pesakit ke tiga tempat berbeza sebelum dicatatkan ke dalam rekod. Setelah sesi pemeriksaan selesai, selimut nipis yang sedia menutupi tubuh gadis itu ditarik semula ke atas. Kakinya berganjak mendekati Hardeen yang setia menunggu di ruangan rehat. Fail rekod yang tercatit tentang butiran pemeriksaan Tiara diserahkan kepada lelaki itu selepas diminta.

"Poor thing. She had an anxiety attack, did she?" Soal Hardeen masih membaca keterangan yang direkod Doktor Ayuni. Pandangan mereka berdua berlaga. "I mean, she's clearly having trouble breathing, and she seems to be panicking."

"Ya. Berdasarkan testimoni you, I boleh simpulkan ini disebabkan oleh perasaan cemas yang melampau."

Terang Doktor Ayuni jelas dan mengiakan pertanyaan Hardeen. Pandangan ditunak tepat ke arah Tiara. Wajah lembut itu tampak tenang dibuai mimpi. "Physically speaking, she seems to be in good health. But mentally, I can see that something is off. It's like she's having trouble processing things, like there's some sort of disconnect between her thoughts and emotions. She's definitely going through some sort of mental struggle."

"So, you're saying she has mental health issues?"

Hardeen menjongket kening, menuntut jawapan akan persoalannya. Doktor Ayuni merupakan kenalan lamanya yang berkhidmat di Estate Empire semenjak tiga tahun lalu di bahagian Jabatan Perubatan Karporat. Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan kepada pekerja syarikat dan rawatan perubatan asas, pemeriksaan kesihatan, dan nasihat perubatan kepada pekerja bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan warga Estate Empire.

"Berkemungkinan. I'm not an expert when it comes to mental health issues, so I can't say much more. It would be best if she made an appointment with a psychiatrist for further advice and consultation." Doktor Ayuni menyilang kaki. Tertanya-tanya dia jadinya.

"This is new, Hardeen. I tak pernah nampak you dengan perempuan lain selain Jesnita. Bukan ke dia perempuan yang pernah viral sebelum ni?"

Hardeen menjawab selamba. "I bumped into her in the lift and it seems like she needed help. That was all that happened."

Doktor Ayuni menyembunyikan senyuman. Terhibur dengan penjelasan Hardeen yang tiada perasaan. Sepanjang perkhidmatannya di sini, tidak pernah sekali pun dia melihat lelaki itu prihatin terhadap orang lain. Paling membuatkan dia terkejut apabila kedatangan lelaki itu dalam keadaan sedang mencempung tubuh seseorang. Adakah ada sesuatu yang terjadi di antara mereka berdua selepas kekecohan itu?

"Betul ke ni? I sense something special between you and her."

"Nonsense. She is not my type, Ayuni. Not even cross my mind."

Hardeen menyangkal keras. Tiara bukan jenis wanita yang dia sukai. Sungguh dia tidak pernah mengimpikan gadis itu menjadi miliknya seperti yang dipersetujui antara dia dan Sean. Percaturan mereka berdua hanyalah disebabkan taruhan. Kalau bukan disebabkan itu, dia takkan pernah terjebak.

Pergerakan kecil daripada sekunjur tubuh membantutkan perbualan mereka. Doktor Ayuni segera bangkit dari couch untuk mendekati figura Tiara. Pertolongan dihulur dengan menyokong tubuh gadis itu untuk disandarkan pada katil rawatan. Keadaan berubah sunyi apakala anak mata gadis itu jelas terbuntang melihat Hardeen yang memerhati dari jauh. Tumpuan Tiara cuba dicuri. Gadis itu terkebil-kebil melihat kamar yang didiami mereka saat ini.

"You okey?"

"I...I dekat mana?"

"You dalam JPK. You pengsan depan lif pagi tadi. Mujur tuan cepat-cepat bawa you ke sini." Jawabnya lembut, cuba menenangkan gadis manis di hadapan. "You ada sakit mana-mana anggota badan?"

"Pinggang. Pinggang I rasa sakit sikit." Adu Tiara mengerutkan dahi sebaik sahaja ingin membetulkan posisi. Pinggangnya terasa lenguh dan mencucuk-cucuk.

"Normal sebab you jatuh terduduk. Don't worry, you'll get better, I promise. I'll give you the medication you need and make sure it gets taken with food, alright? Dua kali sehari untuk siang dan malam."

"Thanks."

"You're welcome."

"Ayuni."

Hardeen menyeru dalam nada tenang. Sempat anak matanya bertembung dengan sepasang pancaindera Tiara yang turut mengerling ala kadar kearahnya. Tatkala Doktor Ayuni berpaling, suaranya berlanjutan.

"Could you give us a moment? I have something to discuss with her privately."

Tiara panasaran. Aura dingin yang berterbangan disekeliling lelaki itu merasuk ke tubuh. Kini, semuanya berbeza selepas ruang yang didiami hanya tinggal mereka berdua sahaja.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

3.8M 68.1K 45
RAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Me...
4.8K 482 21
Definisi: (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg perlahan dan lemah gemalai. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Cerita hidup Megat Zahiril.
53.7K 1.5K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
302K 15.6K 71
Fate Destiny. Takdir yang tercipta. Siapa sangka, percutian kerana terpaksa aku relakan Adel, membawa dia menjalani sebuah pengembaraan di mana dia b...