T I A R A

By Jwayara

138K 9.3K 1.3K

"With my own freaking brother... Suwei lah! Kau tunang aku, Mia. What on earth are you thinking?" - Hardeen D... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 10

3.2K 211 13
By Jwayara

[TIARA]
Kau dan aku merancang untuk mengukir cinta namun perihnya hanya mampu meninggalkan kenang dan luka.

Media
Yaqin dan Yazmin

BUNYI kicauan sekumpulan burung berterbangan gemersik menyanyikan melodi indah. Kelopak mata dipejam rapat, membenarkan ketenangan yang dialami tika ini merasuk ke dalam fikiran dan juga tubuh badan. Cahaya oren dari celahan bukit-bakau mula memancar terang menandakan hari sudah semakin senja. Di dalam kotak fikiran masih lagi terganggu dengan kepulangan ke Kuala Lumpur pada hari esok. Hati ini begitu berat sekali untuk meninggalkan kampung halaman yang sentiasa berasa dekat di hati.

Farzana sudah pulang pada hari ahad yang lalu jadi tinggal lah dia di sini yang masih lagi di dalam zon 'cuti'. Lepas ni pagi-pagi telinganya takkan lagi tadah bunyi ayam berkokok tetapi bunyi salakan anjing di bawah flat.

Rambut yang dibiarkan lepas tertindih dengan satu fabrik di belakang badan. Laju Tiara mencelikkan mata apabila kehadiran seseorang meragut ketenangannya.  Mata Tiara membulat, pancaindera mereka akhirnya bertamu buat kesekian lamanya. Kelu. Lelaki itu menguntum senyuman mesra.

"Ara sihat?"

"Sihat."

"Yaqin datang sorang je, ambil angin. Mas tak ada." Bicara bersambung. "Kenapa Ara tak datang semalam?"

Yaqin melemparkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas. Riaknya mungkin nampak tenang, tetapi dalaman ini sudah hebat bergelora. Dia tidak menyangka hajatnya untuk bertemu Tiara akhirnya kesampaian. Gadis itu semakin cantik dan mendebarkan jiwa. Terdera sungguh hati ini apakala mengimbau kembali keputusan bodohnya suatu ketika dahulu.

Sekiranya masa terputar, takkan pernah sekali pun terdetik di hatinya untuk melepaskan Tiara pergi. Lebih-lebih lagi dia sentiasa merasa seperti juara dikalangan pemuda-pemudi yang cuba merebut perhatian Tiara. Siapa yang tidak berbangga memiliki primadona kampung?

"Ara sibuk sikit, tak sempat tengok Yaqin dengan Mas naik pelamin. Tahniah, Ara doakan Yaqin dan Mas bahagia sehingga ke anak cucu."

Ucapan ramah dari Tiara seolah-olah tidak terkesan langsung dengan berita perkahwinannya bersama Masliyana. Yaqin menarik nafas panjang, sedikit terpukul dengan reaksi Tiara. Gadis itu masih lagi memerhatikan hempasan ombak di gigi air.

"Mas bukan pilihan Yaqin, Ara. Mak yang pinangkan dia untuk Yaqin. Yaqin tak pernah rela dengan perkahwinan ni."

Tiara terdiam membisu. Agak terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh Yaqin secara mendadak. Dia kurang pasti dengan agenda lelaki itu. Jadi? Apa kaitannya dengan ketidakrelaan Yaqin? Mereka bukannya ada hubungan istimewa. Pergi lah habaq dekat mak dengan bini hang.

Kening Yaqin berkerut seribu dan tubuh dibalikkan menghadap Tiara. Jari-jemari runcing itu digenggam lembut dan gadis itu bereaksi kaget. Mungkin tidak menjangka bahawa dia akan berkelakuan sedemikian.

"Yaqin masih sayangkan Ara. Perasaan Yaqin pada Ara masih sama. Sedikit pun tak pernah berubah. Yaqin tahu Yaqin banyak sangat salah pada Ara. Yaqin tinggalkan Ara macam tu je tapi sekarang kita dah boleh bersama semula sayang."

Genggaman Yaqin ditepis. Terkejut beruk Tiara mendengarnya. Apa masalah dengan Yaqin ni? Biul ke?

"Yaqin merepek apa ni?"

Tiara membidas dengan nada kurang senang. Jantungnya berdegup kencang. Kaki didirikan dan sweater milik Yaqin di bahunya terlurut ke bawah menciumi pasir pantai. Lelaki itu turut bangun dan laju memaut lengannya. Tiara menepis kasar bersama gigilan kecil. Anak mata mereka bertentangan tepat.

"Ara balik ke kampung ni sebab Ara rindukan Yaqin kan? Kita sama-sama rindukan antara satu sama lain. Kenapa Ara menidakkan perkara yang nyata?"

Tiara semakin bingung dengan ungkapan yang dilemparkan Yaqin. Kebodohan apakah yang sedang berlangsung di depan matanya sekarang ini?

Lelaki itu fikir kepulangannya ini disebabkan dia rindu dengan kenangan mereka berdua ke? Eh, tolong lah! Sikit pun aku tak hingin. Kau dah tinggalkan aku tak bertali beberapa tahun lepas ada hati nak sambung semula. Kutuk Tiara di dalam hati.

"Kita kahwin lari sayang. Yaqin tak kisah tinggalkan family semata-mata untuk Ara. Kita bina hidup kita sama-sama ya?"

"Yaqin dah gila ke?!"

Tiara menggeleng laju dan ditepis-tepis tangan Yaqin yang menjulur ingin memaut lengannya. Naik merinding bulu roma di kulit melihat air muka Yaqin yang kelihatan benar-benar terdesak. Dijauhkan figuranya dari Yaqin apabila lelaki itu tiba-tiba saja mendekat. Macam mamat saiko!

"Ara dah boleh terima kenyataan yang kita memang tak berjodoh. Sikit pun Ara tak berdendam. Yang sudah tu, sudah. Yaqin dah kahwin dengan Mas, jadi tolong hargai dia dengan sepatutnya."

"Yaqin tak pernah cintakan Mas, Ara. Tapi kita, Yaqin nakkan kita. Bukan dengan Mas!"

"Bawa-bawa lah mengucap Yaqin. Berhenti romanticize masa lalu yang takkan pernah terjadi untuk masa sekarang. Kalau Yaqin tak boleh kesiankan Mas, fikir air muka mak abah. Jangan disebabkan hawa nafsu, Yaqin sanggup malukan keluarga sendiri."

"Ara..." Sebut Yaqin dengan nada sayu. Hatinya begitu sakit. Sakit kerana cahaya cinta di mata Tiara sudah hilang untuknya. "Tolong lah... Yaqin janji takkan tinggalkan Ara lagi. Yaqin akan buktikan—"

"—buktikan apa lagi? Antara kita dah tak ada yang istimewanya lagi." Tiara memintas laju. Emosi. Menggeletar tangannya untuk melampiaskan amarah. Dia sudah pulih dari fasa patah hati. Tapi manusia mana yang tidak teruji jikalau terus diprovok?

"Ara harap segala yang masih belum selesai diantara kita berakhir sampai sini. Ara doakan yang baik-baik untuk Yaqin dan Mas."

Kaki Tiara bergerak meninggalkan pantai tanpa menunggu balasan Yaqin. Nafas dihela, hatinya berasa lega. Lega kerana kemelut yang terkandung di kalbu sudah dikeluarkan tanpa bersisa. Lega kerana dia sudah melangkah sejauh ini tanpa bergantung dengan mana-mana janji manis yang pernah ditaburkan. Dia takkan pernah sesekali berpatah balik. Itu janjinya.

Yaqin meruap wajahnya berkali-kali. Figura Tiara yang semakin jauh dari pancaindera direnung dengan mata berkaca-kaca. Rasa sesal di dalam hati semakin bermaharajalela dan kehidupan alam bagaikan melontarkan kata ejekan. Dia bungkam untuk menelan satu-persatu kenyataan realiti yang menyiat-nyiat jiwa.

PERBINCANGAN antara Estate Empire dan juga Realty Prime yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur diakhiri dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. Hardeen tersenyum seraya berjabat tangan dengan seorang gadis berwajah pan-asia bersama ucapan terima kasih. Mujur dia dapat memancing big shot company yang sangat mahir dalam menarik pelabur-pelabur muda agar sudi bekerjasama dengan syarikatnya untuk projek besar yang akan datang.

"No big deal, Hardeen. I can definitely provide whatever you need, so there's no need to thank me at all. I like your original vision, so this is actually good for both you and my company, so win-win."

Ariana masih lagi menayang senyuman mahal kepada Hardeen. Kaki disilang dan menampakkan pehanya yang putih gebu buat tatapan lelaki itu.

"We'll take care of all the hassles, and it's gonna be way better than you expect it to be." Rahang dilonggarkan dan anak mata berkanta lekap itu direnung. Taktik untuk menarik perhatian umpannya berjaya dijerut dengan mudah.

"You're a total big shot in the game, and everyone's always talking about Estate Empire. I should be thanking you for choosing my company."

Ujar Ariana lagi sebelum mengusap-usap lagi lengan sasa Hardeen. Hatinya begitu terpegun melihat kekacakan lelaki itu yang tiada tandingan. Selama ini dia hanya melihat dan mendengar khabar berita tentang Hardeen Daniel melalui platform laman sosial dan juga televisyen yang memaparkan kejayaan Estate Empire dalam memecah rekod dunia. Ternyata kali ini, hasratnya untuk bertemu empat mata tercapai.

Lelaki pakej lengkap seperti Hardeen sememangnya menjadi gilaian para wanita tidak kira umur. Siapa yang tidak mahu bergandingan dengan figura gah di hadapannya ini? Silap-silap orang kurang siuman pun turut mabuk cinta dengan Hardeen.

"Alrighty. I'm thinking we're all set here, since the deal's in place. I got other things on my plate, so if there are any problems, I'll have my secretary give your team a shout."

"Sure..."

Ariana mengangguk, mengerti. Agenda di dalam kepala bergetar hebat. Rambut beralunnya yang menutupi dada disebak ke belakang seraya bau haruman minyak wangi yang tercalit di leher berbau tajam. Lurahnya sengaja dinampakkan disebalik kemeja ketat.

"By the way, you wanna hang out tonight? Whenever works for me, I'll be free the whole night."

Kelakuan gadis itu yang tampak terlalu ranggi untuk menarik perhatiannya direnung tanpa sebarang minat. Sudah menjadi pengalaman yang biasa untuknya apabila berhadapan dengan situasi ini setelah sesi appointment tamat. Dia sudah lali dengan ikan-ikan yang datang menyerah diri tanpa perlu dipasang dengan jerat. Malang sekali, tiada seorang wanita pun yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Setakat berliburan atas kepentingan tertentu dia boleh melayan. Tetapi kalau bercinta sehingga naik pelamin, sorry to say. Aku tak minat.

"Just ring me up when you're ready, and I'll be there."

Hardeen membalas. Gadis itu tersenyum sipu-sipu malu sebelum mereka berdua sama-sama berangkat keluar dari kawasan hotel. Sebaik sahaja menghantar Ariana ke basement parking, Hardeen mengatur langkah ke Ford Mustang untuk melolos ke dalam. Terdetik di hatinya untuk mencapai sebuah fail 'Malacca Housing Project' yang tertera di hadapan kulit keras bersebelahan kerusi pemandu. Bibirnya berdecit, kotak fikiran diterpa dengan bayangan sesuatu.

Kandungan fail tersebut sudah dihadam dua hari lepas. Paling tidak terjangka, tugasan lengkap yang diserahkan kepadanya adalah hasil yang diusahakan oleh Sean dan Tiara. Kata Sean, lelaki itu hanya menyumbangkan sedikit idea manakala hampir 80 peratus diatas idea dan hasil kerja keras Tiara. Mesyuarat pada hari lalu bersama ahli lembaga agak berantakan kerana mereka sebulat suara memutuskan projek berkenaan sebagai perantara Realty Prime.

"She's pretty good, but that stupid stuff is kind of a turn-off."

Hardeen tersenyum sinis. Sikap yang ditonjolkan Tiara begitu kolot tetapi hasil kerja gadis itu memang cukup cemerlang. Patut lah bukan main protes semasa perbincangan hari lalu berlangsung kerana gadis itu yang berhempas pulas menyediakan segala-galanya. Tapi apa gunanya kecerdikan tersebut kalau undang-undang syarikat dilanggar? Dia tidak akan pernah berkompromi. Sadis tetapi itulah dirinya. Paling pantang jikalau hal leceh seperti ini diperkecilkan.

"So, what am I gonna do with you? Give you a second chance for all the hard work you've put in?" Soal Hardeen sendiri sebelum wajah lembut itu muncul di dalam fikiran.

***

"Bonda, tak perlu lah tapau banyak sangat makanan untuk Ara. Banyak sangat ni... Silap-silap Ara boleh buat kenduri dekat dalam bas nanti."

Tiara menongkat dagu dengan tangan sambil memerhatikan kelibat Puan Diana yang sibuk meletakkan mangkuk tingkat lauk-pauk dan sebekas cekodok pisang di dalam sebuah beg kecil. Lagak bonda tidak ubah seperti momen beberapa tahun lalu. Wanita tua itu akan bangkit seawal lima pagi untuk menyediakan bekalan. Bonda sentiasa mahukan keluarga kecil mereka menjamah hasil air tangannya sendiri daripada membeli di luar.

"Apa yang susahnya, Ara? Nanti dah sampai Kolumpo, boleh makan sekali dengan Farza. Kalau kamu lapar dalam bas nanti, jadi lah makan cekodok buat alas perut. Tak usah membeli di kedai. Membazir."

Tiara tersengih lagi. Beratnya hati. "Yalah. Kalau Ara cuti lagi, Ara balik temankan bonda. Lagipun Ara ada fikir nak ambil lesen kereta. Senang nak ulang alik dari KL ke Perak. Jadi lah kalau beli kereta secondhand dulu."

"Suka hati kamu lah. Yang mana elok, bonda setuju je."

Puan Diana memberi keizinan. Sebelum ini dia menentang keinginan Tiara untuk mengambil kelas memandu kerana dirasuki bimbang. Tetapi zaman sudah berubah mengikut peredaran masa. Mempunyai lesen memandu adalah satu keperluan lebih-lebih lagi anak tunggalnya itu bekerja di negeri orang. Takkan hari-hari perlu keluarkan duit untuk ke destinasi yang ditujui? Alamatnya memang pokai lah!

Tiara tersenyum lagi seraya mengeluarkan sesuatu dari kocek. Tangannya naik mencapai tangan Puan Diana dan beberapa keping not 50 diletakkan di atas telapak tangan wanita tua itu. Mereka saling bertatapan.

"Bonda ada duit Ara. Jangan risau, kamu tu lebih memerlukan."

Tiara menggenggam tangan Puan Diana tatkala wanita itu ingin menyerahkan wang itu semula. "Ara memang berniat untuk bagi bonda. Mungkin jumlahnya tak banyak tapi cukup lah untuk buat belanja dapur. Lepas arwah ayah pergi tinggalkan kita, Ara memang dah berjanji dengan diri Ara untuk jaga bonda. Bonda saja lah harta yang tak ternilai dalam hidup Ara. Jadi, tolong lah terima ya bonda?"

Puan Diana menahan esak. "Kamu ni kan! Suka betul usik perasaan bonda. Lepas ni siapa lagi nak happy kan bonda kalau kamu tak ada? Kawan gaduh pun dah duduk jauh di KL sana."

Tiara tergelak. "Itulah... Pak Johar ajak bonda kahwin, bonda tak nak. Jual mahal sangat kan? Kan dah sunyi!"

Reaksi geli-geleman muncul di muka Puan Diana. Terbahak-bahak Tiara jadinya. "Eee... Tak kuasa lah aku nak bina masjid dengan si Johar duda tu. Bagi free pun aku tak nak!"

"Eleh! Malu-malu kucing. Padahal suka kan?"

Puan Diana menyeka air mata yang berlinang. Geram pula dia jadinya kerana diusik sebegitu rupa oleh Tiara. Mana budak bertuah ni tahu tentang berita dia dilamar oleh Johar pun dia tidak pasti. Kalau bukan mulut orang kampung, mesti mulut si Najda yang bocor! Cukup lah arwah Ahmad Tarmizi saja yang menjadi suaminya. Dia tidak perlukan lelaki lain untuk memberikan kebahagian sementara.

Bunyi hon dari luar rumah mengejutkan Tiara dan Puan Diana di dapur. Mereka saling merenung antara satu sama lain sebelum wanita tua itu meminta diri untuk ke ruang tamu. Tiara panasaran. Apabila gerangan yang bertandang diintai dari pintu jendela, darahnya berderau.

"Jadinya, kamu ke sini untuk jemput Ara lah ya?"

Sean tersenyum mengiakan telahan Puan Diana yang rancak berbual. Secawan teh berasap nipis yang dihidangkan Tiara dibalas dengan ucapan terima kasih. Gadis itu mengangguk sekali sebelum berlabuh sepi di sisi Puan Diana. Kalau bukan kerana baik budi Farzana, dia takkan pernah sampai sejauh ini semata-mata untuk menemui Tiara. Hendak mendapatkan alamat kampung gadis itu juga berderet-deret pujukan diberi. Mujur Farzana lembut hati.

"Alang-alang saya ada hal sikit di Perak, itu yang saya terfikir untuk tumpangkan Tiara ke KL. Hari pun dah petang, kalau sampai ke KL agaknya dah menjelang malam. Bahaya."

Sean menjawab mesra. Senyumannya masih bergayutan di bibir. Anak mata mereka bersatu sebelum Tiara melarikan pandangan. Rasa rindu yang menggenggam hatinya sejak beberapa hari lalu berterbangan ke udara.

"Sebenarnya acik pun berat hati nak biarkan dia naik bas tak berteman. Selalunya Ara dan Farza balik berdua. Tapi kawannya tu dah balik ke Kolumpo dulu. Kes jenayah tak kira tempat, kalau nak jadi memang jadi juga."

Tiara menyisip teh berasap nipis tanpa riak. Jangan disangka ketenangannya luarannya seiring dalaman. Meletus-letus amarahnya di puncak saat ini. Semangatnya pula sudah berkobar-kobar untuk pulang ke rumah kuarters bagi melunaskan dendam kesumatnya kepada Farzana. Dia mahu piat-piat telinga gadis itu sekuat hati kerana membocorkan alamat rumahnya kepada Encik Sean.

Mulut tempayan betul!

"Acik jangan risau. Saya akan pastikan Tiara selamat pulang ke Kuala Lumpur." Sean menyakinkan sambil menikmati hidangan petang. "Rumah besar di simpang empat tu memang tak ada orang duduk ya, acik?"

Ingatan Puan Diana diterjah dengan kemunculan bayangan sebuah rumah banglo mewah yang dibina di kampung ini. Dahulu, ada sepasang suami isteri daripada negara luar ingin menetap di sini tetapi disebabkan salah seorang anak mereka mengalami kecelakaan yang agak serius di New York, sepasang suami isteri itu melepaskan niat untuk berhijrah dan pulang ke sana semula. Sudahnya, rumah itu dibiarkan terlalu lama hampir menjangkau usia 10 tahun. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa rumah itu mempunyai aura yang agak seram jika dilintasi pada waktu malam.

Dia juga mempunyai pengalaman yang agak seram semasa ingin berjalan pulang bersama Najda dari masjid di hujung kampung. Malam itu cuaca tidak berapa baik dan mereka berdua terdengar bunyi suara sayup-sayup dari rumah tersebut. Elok pula Najda menegur dan keesokannya harinya wanita itu mengadu lenguh sendi di bahagian bahu. Setelah berubat dengan Ustaz Amri di masjid kampung, baru mereka mengetahui ada jembalang yang datang menumpang.

"Oh, rumah tu memang dah lama sangat dibiarkan sebab yang membelinya tu orang luar. Bukan orang kita. Ada lah masalah sikit sampaikan mereka tak jadi berpindah ke sini. Banyak mulut-mulut bercakap rumah tu dah jadi sarang hantu sebab dah lama tak berpenghuni." Puan Diana khusyuk menerangkan. Sean nampak berminat untuk mengetahui lebih lanjut.

"Sayang lah kalau tak ada orang duduk sebab environment di sini pun cantik. Tanah pun lapang. Kalau dijual memang lumayan sangat."

"Ketua kampung dah berbincang dengan kontraktor untuk robohkan rumah tu dah lama, tapi sampai sekarang terbiar usang. Tanah tu besar, pemilik asalnya pun dah jual pada ketua kampung. Kalau roboh rumah tu, macam-macam kemudahan boleh dibina."

Sean tersenyum. Memang ada kebenaran dari ulasan panjang lebar Puan Diana. Kalau dijual kepada orang kampung di sini, memang sampai ke sudah rumah itu akan tetap terbiar kerana kosnya yang tinggi. Ketua kampung perlu mengupah agensi yang berdaftar untuk melariskan rumah tersebut di dalam pasaran yang sedang meningkat naik dari segi fizikal mahupun maya. Baru ada klien yang berminat untuk melakukan tinjauan.

Menurutnya, kawasan perkampungan ini terletak di lokasi yang agak strategik. Daerah ini pula dikategorikan sebagai salah satu tempat peranginan yang agak terkenal di negeri Perak. Dua dalam satu. Sean yakin rumah banglo itu boleh dijual dengan harga yang agak lumayan kerana seni rekaan rumah itu unik dengan rekaan klasik British. Lokasi rumah itu juga menghadap terus ke pantai. Pasti menarik jikalau dijadikan rumah rehat bersama keluarga tercinta.

"Kalau acik tak keberatan, boleh saya dapatkan alamat ketua kampung?"

Tiara mencuri pandang. 

Continue Reading

You'll Also Like

12.8K 257 53
Sejak pertama kali memandang wajah itu membuatkan Aiden Raziq menjadi tidak keruan. Siapakah gadis yang seringkali menghantui mindanya? Tidak pernah...
79.4K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
123K 8.2K 19
Mulanya cuma ada Kak Mun, Kinah dan Indah. Tapi selepas Saila muncul, banyak pula cerita lain yang keluar. Tentang Encik Rie yang misteri. Tentang S...
7.6K 260 43
Tanggungjawabnya kepada keluarga dijadikan asas kepada setiap keputusan yang dibuat Ilana Saramaia dalam hidupnya sejak dia berumur 8 tahun lagi. Sem...